Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








31 December 2010

Tangisan dan Air Mata

Lisa Amin




Alangkah ajaibnya air mata,
Air yang yang kadang hangan kadang dingin itu,
Mampu menghilangkan keluh kesah di dada...


Saya teringat kata-kata pujangga di atas............. ya saya akui keajaibpan air mata ini. Benar ia ajaib.... tapi air mata juga bukan tanda sedih  malah ia juga tanda gembira. Tapi saya jarang mengalirkan air mata , benar jika kita tidak mengalirkan air mata ia akan menjadi duri dalam diri kita. Jadi kita seharusnya menangis maka menangislah kerana ia akan memberikan perasan lega.

Bagi saya jika saya merasa sedih saya lebih suka ketawa dari memilih air mata sebagai penyelesaian. Diam itu akan memberi masa untuk saya berfikir dan muhasabah diri. Kita kena pecaya jika ada sesuatu yang tidak baik berlaku salah satu sebabnya mesti berpunca dari diri kita.Saya juga lebih suka diam dari mebicarakan pekara tersebut. Saya lakukan seperti tiada apa yang berlaku. Impaknya hati saya menjadi sekeras batu. Kerana saya mahu tunjukan bahawa saya tabah begitu tinggi ego saya. 

Kerana saya sedar saya tiada bahu untuk bersandar saya sendirian mengharungi hidup ini dan saya tidak pernah sanggup membebankan orang yang saya sayang dengan masalah saya. Jadi saya rela  diam atau ketawa jika saya memiliki masalah.........l

No comments: