Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








22 September 2010

JIWA KACAU

Lisa Amin

Kemboja lambang kesetiaan,bertapa setianya kemboja mengiringi kehidupan sehingga ke akhir hayat. Warna putih kemboja lambang kebersihanya, bialah perkenalan ini seharum kemboja walaupun telah gugur kebumi namun masih tetap mewangi..........

Apalah istimewanya airmata hingga dijadikan senjata menempuh air yang jernih kadang-kadang dingin kadang-kadang hangat itu boleh melegakan sesak di dada alangkah ajaibnya kejadian tuhan.........

Meskinpun tiada siapa yang mampu menongkah arus takdir yang menjadi suratan namun takdir dan suratan bukanlah mutlak kerana manusia masih mampu berdoa untuk menghindari segarit kehampaan bagi merasai titisan bening air mata pagi........

Orang yang tenang adalah orang yang bersedia, menghadapi pekara yang tidak disangkakan, mengharapkan yang terbaik tetapi menerima apa jua yang mendatang....

No comments: