Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








20 July 2012

Bazar Ramadan 2012

Lisa Amin


Sempena bulan baik ni saya pun nak buat baik. Orang kata lebih kan memberi dan kurangkan meminta. Jadi tahun  ini saya hadiahkan banner untuk kakak saya yang setiap tahun gigih cari rezeki menjual di bazar Ramadan. Semoga dia akan tambah berjaya lagi dalam bidang perniagaan. Hari ni misi balik menghantar banner dari Bangi ke Jerantut.Penghantaran ini di buat sebagai tanda kasih seorang adik kepada kakak nya wahhh lebih-lebih pulak.







Wah tahun ini bertambah panjang meja kak azi ni................... dah bermacam jenis kuih tak larat nak buat dah........... ada juga ambil kuih orang.......... bukan semua buat sendiri terutamanya kuih goreng. Tahun ini gerai no 54.................












 Disebab kan raya jatuh pada hari sabtu makan sempat la saya menyambut raya di kampung dan menolong cik azi menjual selama 2 hari............... memang penat dari jam 4 pagi hingga 10 malam baru selesai........... tapi bila tengok duitnya memang boleh senyum .... so siapa ada peluang nak berniaga tapim tak ambil peluang memang rugi...............







Rupanya apa benda yang kita buat kat dunia nia kalau nak senang mesti kena ada teknik dia........... kalau buat macam biasa untuk berniaga alamatnya memang tak  berjaya la semua kena kreatif. Saya tengok kakak saya buat kuih ni pun banyak petua dan cara yang tak terfikir oleh akal... semuanya di ajar oleh pengalaman.

Kuih Raya Apa Tahun 2012

Lisa Amin




Kuih raya apa tahun ni erkkkkk.............. deh bosan menguli kuih raya????? hahahahaha tak mungkin... setahun sekali jerr kot..........Tapi tahun ni nak cuba buat kuih yang lain dari biasa Biskut Tembikai dan Tart Rose tgk dlm blog....... ada rajin ker???? tengok mencabar je nak buat.... tak pe cuba dulu baru tau.


Yang pastinya rumah saya akan ada berbelas jenis kuih sebab ramai yang bawa balik kuih untuk emak dan emak mertua. Tak sia-sia emak saya ada 5 anak perempuan dan 5 menantu perempuan. Seorang bawak sejenis pun dah ada 10 jenis kan....... Hahahaha walaupun buat kuih raya bukan bakat saya tapi demi hari raya yang setahun sekali......... tak salah kalau mencuba, apa tah lagi dari dapur rumah simpang 3 pasti licin.

Macam Cacing Kepanasan Cari Buku Resipi

Lisa Amin



Esok Baru nak masuk 1 ramadhan tapi dah sibuk cari resipi biskut raya. Bukan apa tahun ni tak nak membazir dan beli bahan cukup-cukup je. Bukan main ambil jer. Maklumlah sekarang saya pengguna berhemah tidak mau membazir katanya. Kalau dulu beli bahan kuih raya main ambik je, sudahnya banyak berlebih. Lagi pun masa beli tu takda dalam pikiran pun nak buat kuih apa. Ambik lebih kurang jer.... so bila nak buat kuih bahan yang nak diguna tak da, tapi bahan yang tak nak guna ada beli. Sudahnya buat biskut hentam saja la janji jadi kuih raya. Maklum la umah kami biasanya akan buat makanan berat juga. Kuih raya buat pelengkap hidangan jerr. Mana boleh raya tanpa biskut raya kan.

Tapi yang sungguh menyedihkan buku resipi saya masih hilang dalam tu ada banyak resipi yang saya suka. Tak tau la kat mana dah 3 hari cari. Mungkin ada di kampung. Cerita resipi kuih raya dan buku resipi yang hilang ni timbul apa bila seorang rakan mintak resipi tart nenas. Oh buku mana dikau?????


19 July 2012

Diet Dan Senaman

Lisa Amin

Tidak berguna kamu diet tanpa senaman
Tidak guna kamu senaman tanpa diet
Kerana ia telah dibuktikan bahawa ia perlu bergabung




Nak cerita pasal dapur kena cerita pasal berat badan dulu kerana ia berkait rapat. Kerana dapur ini menjadi punca kepada berat badan yang memang dah obesiti. Bukan mudah nak tengok asap kat dapur bujang ni.......... nama pun bujang kan mood nak masak-masak masa bujang ni jarang datang maklum la tuan badan sedang diet sekarang. Kalau masak semua yang enak-enak belaka dan kena makan banyak-banyak. Jadi rosak la diet yang baru nak bermula ni. Puas sudah berniat akhirnya 2-3 minggu ni nampaknya usaha untuk diet dan bersenam dah ada. Sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 45minit. Hasilnya boleh tahan turung 1 kg setiap minggu. Makan macam biasa aja cuma dikurangkan sahaja. Percaya atau tidak sejak cuba-cuba berdiet ni berat badan dah turun 10 kg. Masih terlalu jauh untuk dapat berat badan yang sesuai. Tapi tak pe la pelahan-pelah cuba. Semoga kali ini bukan cakap kosong ada la hasilnya. Tapi apa yang paling mengembirakan baju yang pernah di beli tapi tak dapat nak dipakai kerana memang macam sarung nangka dah berjaya disarungkan dan nampak lebih elok untuk dipakai. Yang paling penting bahagian lengangnya tu sudah okey sangat......Kalau dulu saya cakap nak selit kertas sekeping pun tak lepas.... sekarang boleh la letak 10 keping kertas kot.... hahahaha..... Oh baju putihku ..... sabar akan ku pakai kamu satu hari nanti.

Susah nak percaya saya boleh melakukanya seorang diri tak perlu ada kawan kerana yang sudah obesiti itu saya bukan mereka. Jadi saya harus lakukanya sendiri dari berjalan kaki... kemudian berjogging secara pelahan mengelilingi stadium 3- 4 kali..... kemudian tambah lagi 5-6 kali kemudia tambah lagi 7-8 kali sekarang setelah hampir sebulan kaki saya mampu melangkah lebih banyak lagi, untuk paling banyak setakat ini 13 kali pusingan hahahaha tapi yg 13 kali tu hanya sekali ya bila akan terjadi lagi tak tau la. Rasanya 10 kali pusing sudah ok kot. Sungguh megagumkan diri sendiri biar pun ada kata-kata sumbang " kak baik jalan kak" Tak pe adik akak akan terus jogging dengan gaya akak. Asal akak bahagia adik jangan risau.

Terima kasih juga kepada seorang sahabat yang banyak memberi semangat Kak Mustika Fitri. Jasa mu ku kenang sekarang dia mendorong saya untuk bersenam pagi dan petang. Setakat ni belum berjaya lagi. Saya akan terus berdoa semoga saya diberi kekuatan untuk melakukan nya. Kak Mustika Firti ini bukan sebarang orang sekarang sedang buat PHD dalam bidang sukan. Seorang pensyarah di universiti di indonesia. Dia juga selalu di jemput bagi menjadi juri bagi acara antarabangsa di Indonesian dan juga luar negara. Cerita lain tak pasti lagi nanti saya akan berkenal-kenalan lagi dengan lebih rapat.Tapi beliau sangat merendah diri dan sangat memotivasikan saya. Kak Mustika Fitri ini buat senaman pagi dan petang sebanyak sepuluh round sebelah pagi dan 10 round sebelah petang. Huhuhu saya juga boleh buat 10 round tapi masa yang di ambil sekali ganda lebih lama. Hehehehe jadi saya akan mula lebih awal. Kira saya dapat jurulatih percuma yang bukan calang-calang orang dan semuanya percuma tak perlu di bayar. Dia juga ajar beberapa set senaman untuk membakar lemak dengan lebih pantas. Katanya berjogging aja tidak cukup.......... aduh  10 pusingan tidak membakar lemak dengan lebih baik .........hemmm. Tapi tak pe la ikut saja cakap jurulatih ya...... yang paling penting senaman lengan....tu yang buat baju putih tu muat di bahagian lengan kot.

Yang pastinya raya ni pakai kebaya ya........ hahahhahah kebaya hijau..

13 July 2012

Puitis Nya Lagu Dilema Rindu (Dinamik)

Lisa Amin




Puitisnya lagu dulu zaman
Mana nak cari buaian cinta?
Mana nak cari pohon rindu?
Macam mana nak simpulkan tangisan?

Di sepi ini aku mencari
Sinar matamu
Lama ku tunggu tidak ku temu

Ku ayunkan buaian cinta
Di pohon duka

Berguguran keindahan kernamu

Akan ku simpulkan tangis ini
Memaut harapan yang tenggelam


Airmata berguguran
Menyapa penantian
Yang kecundangan

Cinta ku kau persiakan
Tiada arah haluan
Terbiar sayang

Akan ku simpulkan tangis ini
Memaut harapan yang tenggelam

Airmata berguguran
Menyapa penantian
Yang kecundangan

Menjelmalah wahai sayang
Biar pun sekilas pandang

Oh di mataku

Di dalam keresahan ini
Inginku mengadu rindu

AKU PELAJARI



AKU BELAJAR MELUPAKAN
SESEORANG YANG MELUPAKAN AKU

AKU BELAJAR MEMAAFKAN
SEMUA YANG MENYAKITI AKU

AKU BELAJAR UNTUK MENJADI
YANG TERBAIK UNTUK SEMUA ORANG
YANG KAU SAYANGI

TETAPI ADA SATU YANG TIDAK BOLEH
 AKU PELAJARI

AKU PERLU SENYUM
DI SAAT ORANG YANG AKU SAYANGI
MENYAYANGI ORANG LAIN

LISA AMIN

03 July 2012

Sampai Mati Pun Tak Akan Paham Lelaki

Lisa Amin

Oh Lelaki........

Nampak gayanya memang sampai mati pun tak akan paham....
Apa mau mu?
Apa yg kamu cari?
Mahu nyawa kah?

Sampai MATI kini pasti itu lah jawapanya... mungkin satu hari nati sampai menutup mata pun tak akan pernah paham. Jadi benar kata-kata orang bahawa memahami lelaki bukan lah pekara mudah. Tidak semudah membaca ABC dan tidak sesusah membuat PHD. Berilah apa sahaja kepada lelaki yang diminta atau tidak, tapi kalau dia tak mau kita memang tiada gunanya. Jadi lebih baik berhati-hati dalam memberikan jiwa raga. Sebabnya golongan kaum adam ini memang akan berubah walaupun sebesar kuman faktornya. Mudah tepengaruh dengan godaan dunia yang pastinya membawa mereka ke neraka. Jadilah wanita sebaik mana jika mahu berubah  hakikatnya tetap sama. Jadi janganlah mudah mengalah tarik nafas berdepan masalah, selagi kita hidup  lelaki tidak boleh memusnahkan hidup kita. Hidup kita tidak berakhir bila berpisah dengan lelaki. Mungkin ia baru sahaja bermula. Dari tidak tahu segalanya dan tidak punya apa-apa kita mampu mengubah dunia. Berjuang untuk hidup dan hidup perlu diteruskan.Biarkan dunia berputar di tapak tangan kita.............



Pusat Pengurusan Al- Firdaus Shah Alam

Lisa Amin

Semuanya nak duduk atas riba.....


30/5/2012

Terima Kasih kepada cuti-cuti malaysia Tambun Lost World di Perak kerana ia telah mencetuskan idea untuk memberi kepada insan lain.Satu ayat yang paling sadis adalah kalau nak tunggu kaya tak tau BILA??? Kalau tengok memang la yang selalu menderma ini orang kaya ada bisnes ada pendapatan puluhan ribu sebulan. Saya nak tunggu semua tu hemmmmm ntah la.... entah kan ada entah kan tidak... jadi saya tidak layak menderma kah??? layak memberi di pasar malam??? di flyover ??? RM1 @ RM 2 ya kalau dipikirkan logik begitulah selayaknya bagi orang macam saya.Tapi keinginan untuk memberi itu ada cuma tidak dizahirkan kerana tersekat dengan sebaris ayat KALAULAH AKU KAYA......JAdi sekarang saya sudah tau saya tak perlu tunggu jadia KAYA.....


Fokus untuk makan

Sewaktu perjalanan ke Tambun Lost World kami melalui kawasan perumah ini dan kakak saya menyatakan di dalam kawasan perumahan itu terdapat rumah untuk anak-anak golongan asnaf. Kawasan kejiranan kakak saya pernah menderma di sana. Jumlah penghuni di sini tidak ramai bawah dari 40 orang. Jadi kalau nak menderma barangan seperti pakaian, beg atau sebagainya mesti besar jumlahnya. Mana nak mampu. Jadi hanya yang termampu mungkin membeli KFC untuk memberi sinar kebahagiaan kepada kanak-kanak. Jumlahnya tidak mahal dan masih mampu. Saya berkongsi dengan kakak saya untuk menderma kali ini insya Allah satu hari nanti saya akan memberi secara solo.

Tengah Buat apa erkkk


Pengalaman pertama ini sunguh indah tidak tergambar dengan kata-kata melihat mereka semua gembira menikmati makanan dan bermain mainan. Kanak-kanak memang mudah dihiburkan dan sangat mesra. Tanpa segan silu mereka memeluk saya bagaikan sudah  biasa bertemu. Mereka juga duduk di riba saya sungguh seronok dah lama tidak memanjakan kanak-kanak. Apa yang paling menyentuh hati mereka sungguh tertarik dengan jam tangan dan kerongsang bergantung yang ada rambu-rambu di tudung.Mungkin jauh di sudut hati mereka teringin memilikinya. Saya tengah berfikir untuk mengusahakanya nanti mau meredah kedai borong rasanya tidak terlalu mahal.





Mereka insan yang serba kekurangan, tapi walau apa pun mereka perlu meneruskan hidup walaupun berjauhan dari keluarga. Kebanyakan anak-anak di sini merupakan anak golongan asnaf yang tidak mampu disara oleh keluarga sendiri.Bayangkan dalam usia sekecil ini mereka dipisahkan dengan keluarga kerana kemiskinan hidup. Kanak-kanak yang hanya berusia kurang dari 6 tahun. Hidup bersama kumpulan dan mereka menguruskan diri dengan bantuan yang sangat minimum dari penjaga rumah ini.

Sedang menikmati makanan
Dayana nak bagi air

Sibuk tunjuk permaianan

Sangat Comel

Mengapa???

Lisa Amin





MENGAPA TANGAN KU KAU LEPASKAN JIKA KAU CINTA HANYA KU SEORANG