Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








03 July 2012

Sampai Mati Pun Tak Akan Paham Lelaki

Lisa Amin

Oh Lelaki........

Nampak gayanya memang sampai mati pun tak akan paham....
Apa mau mu?
Apa yg kamu cari?
Mahu nyawa kah?

Sampai MATI kini pasti itu lah jawapanya... mungkin satu hari nati sampai menutup mata pun tak akan pernah paham. Jadi benar kata-kata orang bahawa memahami lelaki bukan lah pekara mudah. Tidak semudah membaca ABC dan tidak sesusah membuat PHD. Berilah apa sahaja kepada lelaki yang diminta atau tidak, tapi kalau dia tak mau kita memang tiada gunanya. Jadi lebih baik berhati-hati dalam memberikan jiwa raga. Sebabnya golongan kaum adam ini memang akan berubah walaupun sebesar kuman faktornya. Mudah tepengaruh dengan godaan dunia yang pastinya membawa mereka ke neraka. Jadilah wanita sebaik mana jika mahu berubah  hakikatnya tetap sama. Jadi janganlah mudah mengalah tarik nafas berdepan masalah, selagi kita hidup  lelaki tidak boleh memusnahkan hidup kita. Hidup kita tidak berakhir bila berpisah dengan lelaki. Mungkin ia baru sahaja bermula. Dari tidak tahu segalanya dan tidak punya apa-apa kita mampu mengubah dunia. Berjuang untuk hidup dan hidup perlu diteruskan.Biarkan dunia berputar di tapak tangan kita.............



No comments: