Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








03 July 2012

Pusat Pengurusan Al- Firdaus Shah Alam

Lisa Amin

Semuanya nak duduk atas riba.....


30/5/2012

Terima Kasih kepada cuti-cuti malaysia Tambun Lost World di Perak kerana ia telah mencetuskan idea untuk memberi kepada insan lain.Satu ayat yang paling sadis adalah kalau nak tunggu kaya tak tau BILA??? Kalau tengok memang la yang selalu menderma ini orang kaya ada bisnes ada pendapatan puluhan ribu sebulan. Saya nak tunggu semua tu hemmmmm ntah la.... entah kan ada entah kan tidak... jadi saya tidak layak menderma kah??? layak memberi di pasar malam??? di flyover ??? RM1 @ RM 2 ya kalau dipikirkan logik begitulah selayaknya bagi orang macam saya.Tapi keinginan untuk memberi itu ada cuma tidak dizahirkan kerana tersekat dengan sebaris ayat KALAULAH AKU KAYA......JAdi sekarang saya sudah tau saya tak perlu tunggu jadia KAYA.....


Fokus untuk makan

Sewaktu perjalanan ke Tambun Lost World kami melalui kawasan perumah ini dan kakak saya menyatakan di dalam kawasan perumahan itu terdapat rumah untuk anak-anak golongan asnaf. Kawasan kejiranan kakak saya pernah menderma di sana. Jumlah penghuni di sini tidak ramai bawah dari 40 orang. Jadi kalau nak menderma barangan seperti pakaian, beg atau sebagainya mesti besar jumlahnya. Mana nak mampu. Jadi hanya yang termampu mungkin membeli KFC untuk memberi sinar kebahagiaan kepada kanak-kanak. Jumlahnya tidak mahal dan masih mampu. Saya berkongsi dengan kakak saya untuk menderma kali ini insya Allah satu hari nanti saya akan memberi secara solo.

Tengah Buat apa erkkk


Pengalaman pertama ini sunguh indah tidak tergambar dengan kata-kata melihat mereka semua gembira menikmati makanan dan bermain mainan. Kanak-kanak memang mudah dihiburkan dan sangat mesra. Tanpa segan silu mereka memeluk saya bagaikan sudah  biasa bertemu. Mereka juga duduk di riba saya sungguh seronok dah lama tidak memanjakan kanak-kanak. Apa yang paling menyentuh hati mereka sungguh tertarik dengan jam tangan dan kerongsang bergantung yang ada rambu-rambu di tudung.Mungkin jauh di sudut hati mereka teringin memilikinya. Saya tengah berfikir untuk mengusahakanya nanti mau meredah kedai borong rasanya tidak terlalu mahal.





Mereka insan yang serba kekurangan, tapi walau apa pun mereka perlu meneruskan hidup walaupun berjauhan dari keluarga. Kebanyakan anak-anak di sini merupakan anak golongan asnaf yang tidak mampu disara oleh keluarga sendiri.Bayangkan dalam usia sekecil ini mereka dipisahkan dengan keluarga kerana kemiskinan hidup. Kanak-kanak yang hanya berusia kurang dari 6 tahun. Hidup bersama kumpulan dan mereka menguruskan diri dengan bantuan yang sangat minimum dari penjaga rumah ini.

Sedang menikmati makanan
Dayana nak bagi air

Sibuk tunjuk permaianan

Sangat Comel

No comments: