Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








17 December 2012

Nasi Goreng Ikan Masin

Lisa Amin



 Betul la kata orang.............. kalau dah duduk seorang makan apa pun tak sedap....masak apa pun tak sedap........tapi sebgai manusia kena la makan...................hahahaha tapi bila baca balik ayat nie rasa lawak pulak...........ya la ayat macam tak selera nak makan jeer kan ...............

Kalau betul lah bagai yang di kata...................dah lama aku duduk seorang so patutnya saya ni kurus la kan tapi makin kembang ada la.....................ok la tak kisah apa pun..........yang penting aku bukan nak cerita sangat pasal resipi............ramai lagi orang lain yang lebih layak untuk bagi resipi.....cuma saya nak cerita tentang kisah nasi goreng dan saya...................walaupun saya ni dah lama masak memasak nie............antara masakan yang orang kata paling senang tapi yang tu la yang saya kurang pandai masak..... terutamanya sarapan pagi...........memang tak pandai..... sebab dulu duduk dengan mak..........hanya kami berdua...jadi sarapan pagi biasa makan....... yang biasa sahaja...........yang paling selalu mee goreng basah dan mee hailam, lempeng dan cucur ikan bilis, goreng pisang or keledek...........jadi benda lain tak pandai sangat nak masak.......untung lah mak saya tak cerewet bab bakan nie...........

Buat nasi goreng ni jadi susah bila kena masak sikit.........terutamanya makan untuk dua orang...ornag kampun nie semua nak kena tumbuk pakai lesung batu..........tak reti nak main potong-pontong je......mak saya kata orang malas je masak potong-potong nie...........so semua kena tumbuk dengan lesung. Bab yang nak tumbuk yang malas.................rela masak benda lain dan nasik sejuk tu dijadikan tambahan kepada nasik tengah hari nanti...........Dan kalau saya masak mesti terover pedas hemmmm kesimpulanya tak suka masak nasi goreng....

Tapi sejak duduk bujang nie..... kalau teringin sangat nak masak nasik memang nasi tu tak akan habis.....memang ada baki...............dan bukan sifat saya buang makanan........jadi simpan  dalam peti ais kemudian buat nasi goreng...............mula-mula memang tak reti nak buat bagi sedap.....ada je masalhanya terlebih cili la..... terlebih garam lah............ sebab tumbuk semua bahan............akhirnya kakak kesayangan saya ajar buat nasik goreng yang sedap, senang dan jimat...........oooo gitu rupanya.......




Bahan-bahan

2 cawan nasi
1 ulas bawang besar
1 ulas bawang putih
1 ketul kecil ikan masin jeruk
1 ketul daging ayam@ sotong @ udang
Sayur carrot @kobis bulat@ bunga kobis@ kacang panjang
Garam  dan lada putihsecukup rasa

Potong bawang besar dan bawang putih ...........
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah....setelah naik bau gorengkan ikan masing
Setelah ikan masak........masukan ayam @ bahan lain dan juga sayur keras seperti carrot dan bunga kobis
Masukan nasi........tambah garam dan lada putih kemudian masukan sayur yang mudah lembut seperti kobis
Sedia untuk di hidnagkan

Tak payah tumbuk guna lesung batu..............so sekarang i like masak nasi goreng

No comments: