Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








24 June 2014

Panda Malaysia Sunggu Comel Xing Xing & Liang Liang

Lisa Amin




Ni la rupa nya panda yg kecoh satu malaysia tu.....membazir la itu la.... Ini la..... Hemmm bab tu tak mau komen la. Tapi ia memang comel......comel betul, kalau la murah rasa nak bela seekor. Biar la apa orang nak kata rasanya saya sanggup nak pergi sekali lagi dan bayar Rm 20. Ingat yang dikata dapat free tu untuk semua rakyat malaysia rupanya untuk insan terpilih saja. Tak pe la itu rezeki dia orang kan.Baru jer bercadang kalau ia free untuk semua orang nak pergi lagi beberapa kali lagi. Rindula pulak kat panda pulak bahaya ni. Kalau dekat dan kaya ada tiap-tiap minggu pergi tengok panda ni.

Kisahnya pergi tengok panda guna tiket free dan pergi tengok masa belum dibuka kepada umum.Ehhh rasa macam Vip la pulak hehehehe.Pergi sebelum Perdana Menteri rasmi pulak tu.Memang syok habis la orang pun tak ramai..... So boleh la gedik-gedik tangkap kan hehehe dengan tiket free ni jimat rm 50 kot. Rm 30 utk masuk zoo dan RM 20 utk tengok panda. Zoo negara pun dah cantik sekarang. Ada la rasa gairah sikit nak tengok semua binatang tu. 




Masa melawat yang dibenarkan hanya 15 minit, sekejap sangat kot.Tak puas tengok, yang si panda ni pulak tak kisah orang buat apa, dia sibuk dok makan buluh. Lapar kot panda-panda ni.Punya la banyak pantang larang nak tengok panda ni. Yang paling penting tak boleh bising.







Ruang pameran panda ni selain tempat tengok panda ni ada ruangan menunggu kat situ akan ada orang yang akan menerangkan serba sedikit tentang panda. Lepas tu kita akan menunggu pulak kat bawah sebelum boleh masuk kat dalam tempat panda tu. Kira ada 3 tempat menunggu la, masa nak beli tiket, masa dengar penerangan dan masa nak masuk. Selepas waktu rawatan tamat kita akan akan lalu kat tempat bilik penyediaan makanan, bilik rawatan dan bilik kawalan sebelum jumpa bilik cenderamata, jadi boleh la shopping.









15 June 2014

Makan-Makan Red Wok Restaurant Sek 7 Bandar Baru Bangi

Lisa Amin









Ini merupakan program makan tertunda kami semua. Masing-masing sibuk katanya.Akhirnya pilih tempat makan yang dekat jerr, senang nak pergi.Tempat makan ni banyak pilihan makan yang ada. Nak makan masakan panas, steamboat atau sizzling stemboat pun ada. Pilihan pun banyak semua ada.... Tak terkata banyak.Jadi masa makan tu tak ingat dunia. Duduk dari jam 8 mlm sampai jam 12 malam. Bayar buffet cam tu la sikit pun tak mo rugi. Selagi boleh makan memang nak makan.





Harga pun boleh tahan mampu milik. Kalau yg sizzling ni harga dia rm 33++ kalau steamboat biasa rm 28++ jerr. Selain menu pilihan yg banyak tu ada jg yg dah siap masak contoh mee goreng, nasi goreng, kentang bakar, ayam masak kicap dan macam-macam lagi. Paling best ada ais cream dan puding caramel semua dah masuk dlm pakej buffet.









09 June 2014

Resipi Sup Bayam 4 in 1

Lisa Amin



Gara-gara tergoda dengan macam-macam rupa cendawan kat cameron hari tu rasa macam sedap jerr nak makan cendawan. Cendawan ni murah sikit kat cameron 4 paket rm 10 boleh campur-campur dengan sayur lain. Tapi memang tak pilih sayur lain la sebab harga cendawan ni akan jadi lebih untung kalau ambik cendawan semua. Sebab ada antara jenis cendawan ni cecah harga rm 4++ kat bawah untuk satu paket. Cara saya makan sayur bayam memang lain sikit kalau goreng boleh la masukan bayam semata.Tapi bila rebus memang kena campur dengan cendawan. Sebab rasanya cendawan ni memang serasi dengan sayur bayam tambah pulak dengan sedikit ketulan daging ayam. Rasa sup bayam ni akan bertukar menjadi lebih sedap....nyummmmm. Kenapa nama sup bayam ni 4 in 1 sebab dalam sup bayam ada bayam, ayam, cendawan dan tahu telur.


Bahan-Bahan

1 ulas bawang putih
2 biji bawang merah kecil
1 ketul daging ayam bahagian dada
Srcubit lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak 2 sudu untuk menumis
1\4 kiub ayam
Bayam
Cendawan
Tahu telur pilihan sebab kebetulan ada dlm peti ais

Cara Memasak

Panaskan minyak tumis bawang putih dan merah yang dipotong halus.
Masukan daging ayam sehingga separuh masak bersama secubit lada hitam
Masukan air secukupnya setelah mendidih masukan kiub ayam dan garam secukup rasa
Masukan cendawan apa bila agak lembut masukan bayam dan tahu telur terus tutup api...kalau tak nanti lembik sangat

04 June 2014

Mossy Forest Cameron Highlands

Lisa Amin


Akhirnya dengan izin Allah sampai juga kat sini. Dah bertahun teringin nak pergi kat sini. Tapi banyak halangan cuma kali ni syukur dapat menjejak kaki kat sini. Walau pun misi tak tamat sebab hari hujan lebat masa ni.Jadi sempat jenguk separuh jalan jerr masih tersimpan misteri di hadapan sana. Insya allah lain kali kami datang lagi.  Masa nak naik tu punya la takut. Dah la jalan dia sempit muat-muat jerr ..... Kiri kanan pulak hutan. Mendaki bukit dengan kereta waja pulak tu. Sebab selama ni tengok orang pergi naik 4x4 jerr. Ingat tak boleh naik kereta biasa. Perjalan tu tak la jauh sangat tapi sebab pertama kali mendaki rasa macam jauh sangat. Dah la hujan naik guna kereta biasa. Sepanjang perjalan mendaki terjumpa orang putih jalan kaki. Ramai juga ada la dalam 10 orang. Yang lagi tabah jalan kaki naik bukit sejuk dan hujan pulak tu.






























Perasaan sepanjang jalan tu memang rasa cuak gila. Bila nak sampai, boleh ker naik sampai atas. Ada juga berselisih dengan kereta lain tiba-tiba turun keteta viva dari atas. Apa lagi rasa yakin la nak naik, viva lepas tak kan waja tak lepas hehehe. Mujur la pemandu ni sporting  cakap jerr nak pergi mana sedia berkhidmad. Terima kasih pemandu ukm. Walaupun perancangan awal minta ford4x4 dari ukm tapi saat akhir tukar jadi kereta waja tapi tak pe la.Pemandu ni pun okey la ramah mesra dan memang sangat membantu dalam perjalanan kali ini.




Walau pun ada sedikit kesal kat hati sebab tak boleh masuk hutan lagi jauh sebab hujan yang agak lebat.... Tapi tengok sikit ni pun dah rasa cantik sangat so lain kali bila datang dengan ford 4x4 dan cuaca baik kami mesti datang lagi untuk melengkapkan misi.Kita akan tengok apa yang ada kat depan rasanya kenanpakai baju sejuk sebab cuaca kat atas gunung ni lain macam sejuknya.




03 June 2014

Cameron Highland Jun 2014

Lisa Amin




Musim cuti sekolah kalau pergi Cameron boleh tahan menguji mental dan fizikal. Ramai orang tak kira hari apa pun.....semya tempat agak sesak. Tapi suasana akan jadi meriah sebab ada ramai orang. Pada sebelah malam pulak tiap-tiap hari ada pasar malam. Kat pasar malam ni banyak barang dijual harganyan pun boleh tahan murah berbandingn di tempat- tempat lawatan.  Contonya teh....kalau beli kat kilang dia pun harga tetep... Tapi kalau rajin cari boleh dapat lagi murah kat pasar malam atau kedai-kedai. Bolehnla jimat rm 2-0.80 sen banyak tu.... Cuba bayangkan kalau beli banyak kotak.... Nak bagi kawan, saudara mara dan jiran tetangga.




Kali ni pergi 4 hari lama kot bertapa kat sana. Jadi apa lagi boleh buat kat sana. Pagi buat keja sikit petangnya poya-poya. Cuma kali ni tiap-tiap petang hujan. So apa lagi dalam hujan pun redah. Tapi apa yg paling best pergi makan landmark dia la.... Semua pun strawberry memang sedap. Enjoy makan-makan dan makan. Dalam pada puasa dan kurang kan makan terus ter over dos.Ngeeee tak pe la.... Maafkan diri sendiri.  Tempat makan-makan yang paling banyak paligan kat Big Red Strawberry Farm... Ada berpuluh jenis pilihan ..... Semuanya berasaskan  Strawberry harga tu tak la murah sangat tapi berbaloi.... Boleh makan ramai. Duduk pulak tengok kebun salad dan
strawberry.... Rasanya memang haven.










Selain tu boleh juga pergi kampung sedia....kawasan pertempatan melayu.... Banyak produk strawberry home make dan ada banyak juga produk berasakan strawberry kat sini. Homestay dari pengusaha nelayu pun banyak. Rasa nyam sikit kat sini. Suasana kampung... Tisp kali masuk waktu solat ada orang azan. Kalau waktu subuh tu rasa tenang kot. Tiba-tiba rasa syukur terlebih bila dengar azan subuh. Suasa nyaman....sejuk dengar bunyi ayam....ada bunyi burung, tengok mata hari terbit memang rasa syukur atas kurniaan allah dapat hidup untuk sehari lagi.





Apa jerr yang boleh buat kat sini, makan-makan dan jalan-jalan tengok bunga,pergi ladang teh dan strawberry. Saya kalau kata nak pergi Cameron tiap-tiap minggu pun boleh ini la tempat yang boleh membuatkan hati saya berbunga-bunga. Bahagia sekali.... Bukan tak biasa jalan- jalan malaysia tapi Cameron ni memang istimewa di hati. Tengok bunga-bunga tu ya allah cantik nya.Rasanya tak sama dengan mana-mana tempat lain.sebelum pergi hati dah berbunga-bunga dah lepas balik pun hati masih berbunga-bunga. Kalau pergi tempat lain tu rasanya biasa jer. Takda la happy sangat macam pergi cameron. Sebab tu saya kata cameron ni istimewa di hati saya.  Tempat yang sepatunya orang pergi kalau pergi cameron ni Time Tunnel banyak benda menarik dalam ni. Tapi ada bayaran sikit... Berbaloi dengan apa yang kita dapat tengok kat dalam tu. Barang-barang lama yang penah kita tengok kecik-kecik dulu.




Satu lagi tempat yang orang jarang pergi tapi kena pergi Mossy Forest. Ya allah cantiknya kurnia mu.....memang kagum sangat tengok.... Tapi sejuk menggil kot dah la kami datang dalam hujan. Ingatkan nak naik sini kena naik 4x4 jer tak tau pulak boleh naik keta biasa. Viva yang comel tu pun lepas jerr... Cuma perlu yakin dan brek kereta yang bagus.Jalan nak pergi sana okey jerr cuma berbukit dan sempit sikit macam nak pergi ladang boh. Jadi kena hati-hati la.