Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








24 June 2014

Panda Malaysia Sunggu Comel Xing Xing & Liang Liang

Lisa Amin




Ni la rupa nya panda yg kecoh satu malaysia tu.....membazir la itu la.... Ini la..... Hemmm bab tu tak mau komen la. Tapi ia memang comel......comel betul, kalau la murah rasa nak bela seekor. Biar la apa orang nak kata rasanya saya sanggup nak pergi sekali lagi dan bayar Rm 20. Ingat yang dikata dapat free tu untuk semua rakyat malaysia rupanya untuk insan terpilih saja. Tak pe la itu rezeki dia orang kan.Baru jer bercadang kalau ia free untuk semua orang nak pergi lagi beberapa kali lagi. Rindula pulak kat panda pulak bahaya ni. Kalau dekat dan kaya ada tiap-tiap minggu pergi tengok panda ni.

Kisahnya pergi tengok panda guna tiket free dan pergi tengok masa belum dibuka kepada umum.Ehhh rasa macam Vip la pulak hehehehe.Pergi sebelum Perdana Menteri rasmi pulak tu.Memang syok habis la orang pun tak ramai..... So boleh la gedik-gedik tangkap kan hehehe dengan tiket free ni jimat rm 50 kot. Rm 30 utk masuk zoo dan RM 20 utk tengok panda. Zoo negara pun dah cantik sekarang. Ada la rasa gairah sikit nak tengok semua binatang tu. 




Masa melawat yang dibenarkan hanya 15 minit, sekejap sangat kot.Tak puas tengok, yang si panda ni pulak tak kisah orang buat apa, dia sibuk dok makan buluh. Lapar kot panda-panda ni.Punya la banyak pantang larang nak tengok panda ni. Yang paling penting tak boleh bising.







Ruang pameran panda ni selain tempat tengok panda ni ada ruangan menunggu kat situ akan ada orang yang akan menerangkan serba sedikit tentang panda. Lepas tu kita akan menunggu pulak kat bawah sebelum boleh masuk kat dalam tempat panda tu. Kira ada 3 tempat menunggu la, masa nak beli tiket, masa dengar penerangan dan masa nak masuk. Selepas waktu rawatan tamat kita akan akan lalu kat tempat bilik penyediaan makanan, bilik rawatan dan bilik kawalan sebelum jumpa bilik cenderamata, jadi boleh la shopping.









No comments: