Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








27 December 2014

BBQ dan banjir 2014

Lisa Amin



Jemputan kepada seluruh ahli kekuarga rumah simpang tiga. Walaupun banjir projek makan2 terus on. Dah bawak macam-macan dari bangi dan setelah penat berjuang meredah banjir dapat la makan macam- macam. Sepatunya 9/10 ahli keluarga yang check in tapi sebab banjir jadi 7/10 yg check in.

Yang ni bawak dr bangi mana nak cari marshmallow kat jerantut .... Bersama bahan sos BBQ.








Hah tu semua menu pada hari bbq makan sampai pengsan.Time sejuk dan hujan pulak tu selamat 3 ekor ayam, 2 kg kambing, l kg sausage, sebiji kek dan kastad labu.


25 December 2014

Peristiwa banjir hujung tahun 2014

Lisa Amin

Projek apa lg hujung-hujung tahun nie biasanya projek kumpul adik beradik dan makan-makan la. Biasanya time krismas time tu jerr ada cuti.Untuk tahun ni bersusah payah nk pujuk semua oorang balik dengan macam-macam menu. Siap buat poster lagi, penting tu untuk pengaruh ahli keluarga simpang tiga.

 Tahun nie nak buat menu lain sikit. Selalunya buat sate jerr so tahun nie nak buat ayam BBQ dan kambing bakar. Terima kasih kak lina sponser kambing. Tapi kita hanya merancang hanya allah jua yang menentukanya. Banjir besar tahun nie disebabkan hujan lebat yang luar biasa pada hari krismas tahun nie jaruh pada hari khamis so ada yg tak boleh cuti hari jumaat. Jadi projek makan-makan kena buat hari sabtu sebab ada yg tak cuti. Tapi kebanyakan ahli keluarga simpang tida dah balik hari rabu. Hujan yang berterusan dah memgambarkan banjir masa mereka balik semua dah cakap air naik separuh jalan dah.

Macam biasa la bila dah kumpul ni macam2 menu dan hal yang berlaku. Hari pertama balik jerr kami kumpul sampai jam 3 pagi lama tak citer-citer adik beradik. Ikut perancangan kali nie semua balik kecuali abg da sebab katanya anaknya dah nk sekolah lagi pun dah blk lebih awal kat kampung so 9/10 akan check in kat rumah simpang 3.

Masa balik tu pun hujan sederhana lebat bila sampai jerantut. Terus tak da mood nk shopping. Konon nanti nk pergi damak beli barang dapur. Jadi terus balik jerr.hahaha ini menhafi kesilapan besar nampaknya. Tak sangka pulak hari jumaat tu hujan lebat sampai banjir  teruk kat pantai timur. Dulu-dulu sungai kecik kat belakang umah ni selalu juga naik air sampai atas jalan. Tapi sejak projek besarkan sungai nie dah berbelas tahun air tak penah naik atas jalan.





Hari khamis tu pun malas nak keluar beli barang sebab nanti susah nak simpan ayam BBQ yg byk tu. So lepak jerr kat umah. Dah la barang dapur kat rumah tu tipis jerr banyak yang dah nk abis.Jadi bilahujan dan banjir semua kecoh sebab tak da jalan keluar sebab air dah naik atas jalan. Semua dah cuak duduk kat rumah. Sebab makanan pun tak da, cili, beras, bawang, sayr dan lauk pauk tak da. Hari jumaat tu air semua penuh atas jalan punah harapan nk pergi pasar pagi jumaat.

Bila dah tengah hari air pun dah surut terus insaf nk pergi bandar cari makanan. Masa tu bekalan elektrik pun dah terputus. Tengah hari tu masak apa yg ada jerr cili kecik pun tak da. Yg ada cili kering nak buat sambal ikan dan masak lemak labu tak boleh sebab nk parut kelapa dan bland cili tak boleh sebab elektrik dah putus akibat banjir. Sudahnya cili kering keba tumbuk dan labu masak tumis air jerr. Siksa juga time banjir ni tu rumah tak tengelam. Macam mane la mereka yang duduk pusat pemindahan tu kesian. Sejuk dan lapar.

Pergi bandar jerantut sebab nak cari bejalan makanan yang mula-mula sekali kecoh bekalan petrol terputus so semua irang beratur nak beli minyak. Banyak station yang dah tutup.Lepas tu misi mencari telur dan lilin pusing satu bandar tak da. Mujur barang-barang lain ada termasuklah ayam BBQ. Tu pun veli cepat-cepat sebab hari masih hujan takut jalan tak boleh lalu. Lega la sebab lepas nie klu terperangkap pun tak pe sebab makanan dah ada.


17 December 2014

Akhirnya Al Qur`an dan Terjemahnya Tamat Dibaca

Lisa Amin



Ni lagi satu projek tertunda. Niat nak habiskan dalam bulan ramadhan tertunda sampai bulan safar pula. Tapi tak pe la yang penting habis. Kalau ikutkan niat hati tu sepatunya sepanjang ramadan tu sekali habis. Dan selepas syawal hingga sebelum  ramadhan perlu habiskan sekali lagi. Kira macam dua kali la. Tapi tak terlaksana pulak niat tu. Hari ini 18 December 2014 @ 24 safar 1435 hijrah tamat juga. Kira 6 bulan kot. Semoga dapat memperbaki diri. Hanya allah yang tahu niat dihati.Semoga satu hari nanti dapat guru belajar mengaji. Syukur alhamdulilah. Semoga berjaya tamat sekali lagi sebelum ramadhan yang akan datang.

Masakan Minang.....Puas Makan

Lisa Amin


Hemmmm....puas tunggu masa yang sesuai nak pergi makan. Siap cari kat Google lagi kat mane makanan minang yang best. Kalau tengok cadangan orang ramai kat restoran garuda  kat jln raja alang. Tapi tak sangka pulak ada kat shah alam ni. Lain yang cari lain yang dapat. Sudahnya perut juga yang terisi bersama shopping kat jakle nak pitam biji mata tengok sale. Mujur tak terlanjur tadi membeli belah. Tapi sempat rembat juga tikar untuk ganti kat umah dah koyak carik-carik. Sudah lah buat tempat sembahyang tak baik betul. Kalau tempat tengok tv yg melalaikan tu bukan main karpet gebu gebas kan.Tempat sembahyang tikar dah koyak pun tak ganti-ganti. Tapi sekarang dah berseri-seri la. Warna oren lagi.





Menu pilihan kat garuda ni banyak banyak sangat. Biasa-biasa jer harga pun murah sikit dari makan kat sari ratu. Yang penting pergi kedai minang dapat makan gulai tunjang or urat. Tu yang sedap sangat tu.

Sari Ratu ....nyum..nyum mahal tapi sedap

Yang ni menu sari ratu dah bertahun mengidam nak makan tapi tak sempat-sempat. Walaupun sebenarnya selalu jerr pergi sogo tu. Tapi tak terdaya nk seberang jalan ke house depo untuk pergi sari ratu tu. Tak sangka pulak bulan ni terlaksana hajat nk makan masakan minang ni.bukan sekali tapi dua kali. So dah tau kat mana kedai lagi best. Garuda bukan pilihan hati. Hanya sari ratu tetap dihati.Walaupun harga dia memang mahal tapi rasa tu yang penting.Syukur alhamdulilah  rezeki dipermudahkan oleh allah. Mudah terlaksana kalau setakat nak makan- makan ni.terima kadih ya allah.

12 December 2014

Resipi Kebab Buncit Roti Pita

Lisa Amin





Hemmm ni dah lama teringin nak buat. Kebetulan daging cincang ada sikit. Salad pun ada sikit. Sikit campur sikit jadi banyak la kan.Beli roti pita nya dah lama tengok roti mission tergantung elok jerr kat econsave tu rasa nak cuba pula. Sebab asyik beli kat pasar malam jerr dah la mahal sampai rm 4.50. Jadi bahan-bahanya mudah kita acu,cuba try test buat.Saiz hidangan ni boleh buat 4 orang makan kalau nak mewah kalau tak 6 orang makan. Sebab nk jimat inti daging tu. Kalau 4 orang makan memang kebab nya buncit sampai nak koyak la kita isi bagi buncit.


Bahan-bahan

 Roti beli yang dah siap jerr
200g Daging kisar
1 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
1 sk jintan manis
1 sk jintan putih
1 sk lada hitam kisar
1 sudu besar sos tiram
2 susu besar sos cili
3 sudu besar sos lada hitam
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
1\2 biji timun
1 biji tomato
Daun salad
Mayonis





Cara-cara

1.Cincang bawang putih dan bawang besar. Kemudian tumis hingga naik bau.
2.Masukan jintan manis, jintan putih dan sebuk lada hitam.
3.Masukan daging gaul sebati tumis hingga daging masak dan air dari daging kering.
4. Masukan sos tiram,sos cili dan sos lada hitam bersama garam.
5.Kacau hingga sebati masukan timun dan tomato yang dipotong dadu. Tutup api

Roti pita potong 2 kemudian belah tengah dan bakar.
Sapu mayonis dalam roti
Kemudian masukan inti dan hiaskan bersama daun salad. Boleh tambah mayonis, sos cili dan sos lada hitam kat luar kalau nak sos banjir hehehe sebab tu la kena buat sendiri kan untuk dapatkan kebab buncit dengan inti  dan sos yang banjir. Kalau beli susah nak minta pelik-pelik.

Tapi roti pita mission ni tak sama can pasar mlm nipis sangat. Nak belah 2 pun susah. Kali pertama buat can pasar malam la. Belah dua la bagai. Next tu ada inti lebih lagi jadi lemping pulak. Hahaha tak payah belah bagai gini pun boleh la. Apa ada kisah masak sendiri makan sendiri kan.

Sebab susah sangat nk potong 2 dan sumbat inti kita buat gini je la.







11 December 2014

BBQ dan Mandi Manda Sungai Tekala

Lisa Amin



Musim mandi sungai belum berakhir. Cuti baru ni sempat lagi bawak adik-adik KKM mandi manda sungai tekala. Yang paling penting kak lisanya kena buat Bbq untuk adik-adik. Sungainya ok la tapi nak dapat tempat yang cantik tu kena mendaki sikit. Kalau bujang trang tang tang senang la sikit. Tapi kalau family macam penat la sikit sebab nak bawak banyak barang. Tempatnya bersih dan ada banyak pondok rehat . Nak duduk kat pondok kena datang awal. Bayaran masuk rm 1. Tapi bab kebersihan saya puas hati. Kebetulan bersih atau memang sentiasa bersih  tu tak pasti. Sebenarnya pertama kali pergi kat sini.



Kepada siapa yang malas nak masak jangan risau ada beberapa gerai kat luar tu. Sediakan duit jerr. Elok beli dulu la kalau dah tak bawak makan sebab bila dah masuk n mendaki memang malas dah nak pergi turun bawah tu. Ada jual goreng sausage, nuggets n bebola, goreng pisang, keledek  nasi lemak dan mee pun ada. Kepak ayam madu pun ada.  Parking pun banyak kat luar tu. So memang kira tempat ni ok la kecuali bab mendaki nak naik tu. Kadang macam putus asa la juga.



Hari tu kami sampai dalam jam 10 30 pagi memang dah ramai orang. Parking pun dah penuh. Pondok pun dah penuh. Gigih kot dia org ni pagi2 mandi sungai. Disebabkan ramainya orang tu la kami mendaki sampai dekat atas. Tu pun ada lagi yang lebih atas tapi tak larat dah nak panjat.Dah dapat tempat yang elok terus setup tempat bbq dan makan2. Menu mudah jerr hari tu. Nasi goreng, bbq ayam n air sirap. Sausage pun lupe nak beli.

Balik lebih kurang jam 2 30 petang. Ok la sebab waktu tu macam nak hujan. Rupanya betul la tak sampai ukm lagi ujan dah mencurah-curah.Selamat dari hujan dan boleh tido lena bila hujan turun.

02 December 2014

Drama Sebabak KHM Strawberry & Farm Taman Sedia Cameron Highlands

Lisa Amin




Drama apa pulak? Hehehe kalau pergi cameron kalau tak da cerita memang tak best la. Tiap-tiap kali pergi mesti ada drama terbaru terutamanya bab makan-makan nie. Lokasi hot makan-makan kami mane lagi, Khm strawberry, kedai opah ni kat taman sedia tak pun big red strawberry tak pun rasa sayang. Maklum la dah dekat setahun ulang alik kat cameron ni apa jerr kami tak buat kat sini.




Cuma kali ni nak fokus kat KHM strawberry ni sebab kat sini ada scone yang paling sedap kot. Rangup diluar lembut di dalam. Scone tu benda apa dia macam pertengahan antara kek dan biskut atau kek kawin biskut eh ya kerr...ala nanti kalau pergi cameron tray sendiri la. Banyak jerr tempat ada jual tapi tak sesedap yang ini la. Yang lain tu bila makan rasa menyesal jerr hehehe.



Drama sebabak nie bermula bila perasaan excited nak makan tu datang. Penuh semangat siapkan kerja. Lepas tu duduk santai kat cafe KHM nie. Nyaman sejuk pemandangan cantik apa lagi yang kita harapkan lepas penat-penat bekerja kan. Hemm lepas tu excited nak oder maklum la dah lama mengidam nie. Biasa nya scone ni akan set sekali dengan  tea satu teko.  Set ni harga rm 15 cukup untuk 4 orang kalau nak makan seorang sebijik.sebab set ni ada air teh satu teko dan 4 biji scone tapi biasanya kami akan oder strawberry cokelat juga satu set rm 15. Tapi kalau makan berdua memang terkial-kial la nak habiskan.

Nyumm... Tambah cokelat sikit......baru lazat nya berganda

Lepas oder memang akan buat sesi photoshoot jap kat ladang strawberry. Kali berapa punya photoshoot entah la. Tunggu oder sampai memang ambik masa sikit dia nak siapkan. Jadi memang seronok la bersantai. Bila oder dah siap kita akan mula dengan sesi photography dulu. Klik...klikkk...klikk ambik gambar lepastu baru ngap....



Mula memang excited la nak makan tu belah scone letak strawberry jem dan krim uuuuu sedapnya. Sebijik yang pertama memang senang jerrr nak abiskan. Nak makan strawberry cokelat lagi banyak kot satu pingan besar dan semuanya gemuk2 pulak tu. Ada pula gula icing ditabur atas tu. Hemm strawberry ni nampak seksi sangat dan sungguh menyelerakan.


Tapi drama setetusnya adalah nak abis kan semua tu mkanan untuk 4 orang untuk dua orang makan. Memang siksa. Dari duduk, berdiri, pusing sana pusing sini punya la puas nak habiskan semua tu.Berkat kesabaran akhirnya habis juga makan strawberry tu siap kira lagi berapa bijik seorang kena makan. Kalau bab mkn ni memang aku kalah la. Lepas makan apa lagi balik dan bergolek2 tido dalam suasana dingin cameron kan. Ohh nikmat dunia.
Tambah merah sikit kat atas untuk jamu mata...