Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








17 December 2014

Masakan Minang.....Puas Makan

Lisa Amin


Hemmmm....puas tunggu masa yang sesuai nak pergi makan. Siap cari kat Google lagi kat mane makanan minang yang best. Kalau tengok cadangan orang ramai kat restoran garuda  kat jln raja alang. Tapi tak sangka pulak ada kat shah alam ni. Lain yang cari lain yang dapat. Sudahnya perut juga yang terisi bersama shopping kat jakle nak pitam biji mata tengok sale. Mujur tak terlanjur tadi membeli belah. Tapi sempat rembat juga tikar untuk ganti kat umah dah koyak carik-carik. Sudah lah buat tempat sembahyang tak baik betul. Kalau tempat tengok tv yg melalaikan tu bukan main karpet gebu gebas kan.Tempat sembahyang tikar dah koyak pun tak ganti-ganti. Tapi sekarang dah berseri-seri la. Warna oren lagi.





Menu pilihan kat garuda ni banyak banyak sangat. Biasa-biasa jer harga pun murah sikit dari makan kat sari ratu. Yang penting pergi kedai minang dapat makan gulai tunjang or urat. Tu yang sedap sangat tu.

Sari Ratu ....nyum..nyum mahal tapi sedap

Yang ni menu sari ratu dah bertahun mengidam nak makan tapi tak sempat-sempat. Walaupun sebenarnya selalu jerr pergi sogo tu. Tapi tak terdaya nk seberang jalan ke house depo untuk pergi sari ratu tu. Tak sangka pulak bulan ni terlaksana hajat nk makan masakan minang ni.bukan sekali tapi dua kali. So dah tau kat mana kedai lagi best. Garuda bukan pilihan hati. Hanya sari ratu tetap dihati.Walaupun harga dia memang mahal tapi rasa tu yang penting.Syukur alhamdulilah  rezeki dipermudahkan oleh allah. Mudah terlaksana kalau setakat nak makan- makan ni.terima kadih ya allah.

No comments: