Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








17 December 2014

Akhirnya Al Qur`an dan Terjemahnya Tamat Dibaca

Lisa Amin



Ni lagi satu projek tertunda. Niat nak habiskan dalam bulan ramadhan tertunda sampai bulan safar pula. Tapi tak pe la yang penting habis. Kalau ikutkan niat hati tu sepatunya sepanjang ramadan tu sekali habis. Dan selepas syawal hingga sebelum  ramadhan perlu habiskan sekali lagi. Kira macam dua kali la. Tapi tak terlaksana pulak niat tu. Hari ini 18 December 2014 @ 24 safar 1435 hijrah tamat juga. Kira 6 bulan kot. Semoga dapat memperbaki diri. Hanya allah yang tahu niat dihati.Semoga satu hari nanti dapat guru belajar mengaji. Syukur alhamdulilah. Semoga berjaya tamat sekali lagi sebelum ramadhan yang akan datang.

No comments: