Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








29 November 2016

Perjalanan hampir 2000KM Malaysia-Hatyai-Krabi Thailand (Part 1)

Lisa Amin



Setelah hampir seminggu membuat perjalanan jarak jauh hampir 2000km dengan mengunakan jalan darat....wow banyak betul pemandangan yang dilihat dan pengalamam yang dikutip.  Bergerak tengah malam dan sampai ke sempadan bukit kayu hitam pada awal pagi. Selesai bersarapan memulakan perjalanan masuk ke thailand. Kat situ dah mula drama pertama...... cik nama cik telah disenarai hitam dari keluar negara kerana hutang ptptn. Walaupun dah semak dalam data berkali-kali sebelum pergi memang tiada halang. Macam taktik baru je nak kutip hutan iya la klu dah beli tiket pergi London mesti la akan usaha bayar kan tak banyak pun sikit. Iya la kita yang salah tak bayar hutang tak yah nak marah-marah.  Jadi kena la uruskan dulu hutang yang tertunggaak tu. Alhamdulilah pegawai di ptptn sanggat membantu untuk memudahkan urusan pembayaran...dalam 3  jam je selesai dan nama pun dah clear.

Lepas tu memulakan perjalanan masuk ke thailand. Sebab drive maka perlukan data internet sebagai penunjuk jalan beli sim kad dlm 300 bath untuk intertnet unlimited utk 7 hari. Ok la tu  kira murah n internet pun tak la slow sangat rasa berbaloi juga kalau beli. Masa masuk tu dah nampak dah aneka makan yang menarik....nyumm...nyummm aiskrim kelapa, pulut ayam dan pulut mangga. Semua pun sedap tu. Tapi sabar dulu sebab baru lepas makan kan. Jadi alang-alang guna jalan darat kita pun boleh menyimpang ke kiri atau kanan sikit. Sebelum ke krabi kita singgah dulu ke hat yai. Berpusing-pusing cari tempat makan tengahari... Kalau ikut perancangan awal nak pergi makan kat shah alam seafood...tapi pusing punya pusing tak jumpa pulak akhinya jumpa kedai makan kelantan saja. Jadi terus saja makan tengah hari kat kedai nie.

Makan tengah hari kat sini harga dia biasa-biasa saja tapi tom yum tu memang sedap yang teramat sangat. Makan cinta pertama tom yum di bumi gajah putih ini bermula. Sedap yang lain macam sampai rasa balik nanti nak belajar masak tom yum semula.  Walau pun selalu je masak tomyam tapi rasanya memang jauh lagi nak sampai lavel tomyum thai.

Lepas makan tengah hari  singgah sekejap kat Khlong Hae floting market yang dibuka setiap hari jumaat-ahad bermula jam 3 petang hingga malam.  Tapi sebab datang awal lagi maka banyak kedai yang belum buka ada beberapa kedai je yang dah ready dan yang lain baru nak susun barang. Disebabkan perjalanan masih jauh tak boleh buang masa kat sini dan perlu teruskan perjalanan ke krabi.  Perjalanan pun bersambung ke krabi selepas itu.



Masa awal perjalanan tu lalu di banyak kawasan perkampungan dan kelihatan ramai yang bertudung di kawasan pekan dan juga banyak masjid di kiri kanan jalan. Masa sampai di hotel kami di krabi hari pun dah malam. Niat awal tu nak cari hotel muslim kat area tepi pantai senang nak terjun dalam laut tapi semua dah penuh. Jadi kami pilih hotel muslim yang jauh sikit dari kawasan pantai sebab kami drive. Jadi tak da masalah sangat kalau tinggal jauh sikit dari kawasan pantai. Resot Phu Panwa dalam 10 minit ke kawasan pantai.


Resort Phu Panwa duduk jauh sikit dari pantai resort nie macam dlm kebun kelapa sawit asalnya sebab bsnyak pokok kelapa sawit dalam nie.... Kat depan pulak ada pokok getah memang rasa duduk dalam kampung. Harga pun tak mahal sangat dalam 150++ utk samalam  dan yang paling penting ia milik orang islam dan makanan memang halal. Tapi kami cuma makan sarapan sahaje. Sarapan yg disediakan memang simpel je tak da la meja buffet yang panjang berkilo-kilo meter. Tapi cukup la alas perut bayar pun murah kan.Kemudahan lain yang membuat kan rasa selesa kat sini ada wifi, kolam renang dan sewa motorsikal yang memang murah tak sampai rm 30 je sehari.


Lepas check in hotel mandi dan berehat maka kami pun mencari loasi untuk makan malam dan pakej untuk aktiviti pantai keesokan harinya. Kami pergi ke kawasan pantai kat sana bayak kaunter yang jual pakej untuk ke pulau nie. Tapi rupanya masalah lain bila drive kat sini ialah parking. Susah betul nak cari parking kereta pusing 10 kali pun tak jumpa lagi. Lepas tinjau beberapa kaunter kami pilih salah satunya yang berharga 1200 bath yg kononya dah dicount 50% dr hg 2800 bath naik speed boat. Disebab kan stay lama kat sini ambik pula pakej ke 2 untuk islan hopping  kat pulau-pulau lain dalam 300bath + 300 bath lagi untuk cukai taman marin total dm 600 bath juga dan pilik naik kapal kecik macam sampan kayu atau nama komersialnya longtail boat.Jadi ada dua hari aktiviti pantai. Cukup kot nak bagi kulit yang tak berapa nak cerah nie jadi malap terus.



Hummm panjang pulak nk tulis bagi habis ada 6 hari lagi. Nanti sambung lain kali.

1 comment:

Anonymous said...

Excellent article
Lovely
So much useful and reliable
See this-
http://freeprintablecalendar123.com/2016/09/29/october-2017-calendar-holidays/
http://freeprintablecalendar123.com/2016/09/21/october-2017-calendar-landscape-portrait-a4-sheet/
You may love it
Thank You!