Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








26 April 2011

Cun ......... Kami Gelak Macam Tengok Hantu Mak Limah Balik Rumah Juga

Lisa Amin


Lama juga aktiviti ke pawagam ni terhenti......... kenapa ntah saya pun tak tau, tiba-tiba macam sibuk semacam. Bak kata rakan saya "buzy doing nothing"itu lah istilah yang sesuai. Cerita ni jalan ceritanya santai sahaja cuma yang menariknya view pengambaran ni. Kat kawasan sawah padi yang dipanggil kampung mata ayer. Memang cantik dan sungguh mendamaikan ditambah lagi dengan rumah kampung di tepi sawah dan tali air. Itu belum lagi dikira pelakon penting si kembang iaitu seekor kerbau.......... memang cun habis.

Lakonan remy ishak dan maya karin memang boleh dipuji................jalan cerita walaupun tidak lah terlalu idealistik dan realiti tapi nampak sempurna kerana unsur alam yang dimasukan. Siap ada babak tunggang kerbau. Memang menarik tambah lagi dengan lori yang dipandu remy yang di apalikasikan kepada pelbagi kegunaan. Memang kreatif............ rasa macam nak beli je lori........ banyak juga gunanya. Tapi walauapapun memang boleh ketawa la tengok cerita ni...... babak-akhir agak sedih juga........... tapi happy ending....loka si menonton macam biasa Alamanda bersama Cik M.......... nak tengok sila klik di sebelah  Synopsis

No comments: