Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








03 July 2012

Sampai Mati Pun Tak Akan Paham Lelaki

Lisa Amin

Oh Lelaki........

Nampak gayanya memang sampai mati pun tak akan paham....
Apa mau mu?
Apa yg kamu cari?
Mahu nyawa kah?

Sampai MATI kini pasti itu lah jawapanya... mungkin satu hari nati sampai menutup mata pun tak akan pernah paham. Jadi benar kata-kata orang bahawa memahami lelaki bukan lah pekara mudah. Tidak semudah membaca ABC dan tidak sesusah membuat PHD. Berilah apa sahaja kepada lelaki yang diminta atau tidak, tapi kalau dia tak mau kita memang tiada gunanya. Jadi lebih baik berhati-hati dalam memberikan jiwa raga. Sebabnya golongan kaum adam ini memang akan berubah walaupun sebesar kuman faktornya. Mudah tepengaruh dengan godaan dunia yang pastinya membawa mereka ke neraka. Jadilah wanita sebaik mana jika mahu berubah  hakikatnya tetap sama. Jadi janganlah mudah mengalah tarik nafas berdepan masalah, selagi kita hidup  lelaki tidak boleh memusnahkan hidup kita. Hidup kita tidak berakhir bila berpisah dengan lelaki. Mungkin ia baru sahaja bermula. Dari tidak tahu segalanya dan tidak punya apa-apa kita mampu mengubah dunia. Berjuang untuk hidup dan hidup perlu diteruskan.Biarkan dunia berputar di tapak tangan kita.............



Pusat Pengurusan Al- Firdaus Shah Alam

Lisa Amin

Semuanya nak duduk atas riba.....


30/5/2012

Terima Kasih kepada cuti-cuti malaysia Tambun Lost World di Perak kerana ia telah mencetuskan idea untuk memberi kepada insan lain.Satu ayat yang paling sadis adalah kalau nak tunggu kaya tak tau BILA??? Kalau tengok memang la yang selalu menderma ini orang kaya ada bisnes ada pendapatan puluhan ribu sebulan. Saya nak tunggu semua tu hemmmmm ntah la.... entah kan ada entah kan tidak... jadi saya tidak layak menderma kah??? layak memberi di pasar malam??? di flyover ??? RM1 @ RM 2 ya kalau dipikirkan logik begitulah selayaknya bagi orang macam saya.Tapi keinginan untuk memberi itu ada cuma tidak dizahirkan kerana tersekat dengan sebaris ayat KALAULAH AKU KAYA......JAdi sekarang saya sudah tau saya tak perlu tunggu jadia KAYA.....


Fokus untuk makan

Sewaktu perjalanan ke Tambun Lost World kami melalui kawasan perumah ini dan kakak saya menyatakan di dalam kawasan perumahan itu terdapat rumah untuk anak-anak golongan asnaf. Kawasan kejiranan kakak saya pernah menderma di sana. Jumlah penghuni di sini tidak ramai bawah dari 40 orang. Jadi kalau nak menderma barangan seperti pakaian, beg atau sebagainya mesti besar jumlahnya. Mana nak mampu. Jadi hanya yang termampu mungkin membeli KFC untuk memberi sinar kebahagiaan kepada kanak-kanak. Jumlahnya tidak mahal dan masih mampu. Saya berkongsi dengan kakak saya untuk menderma kali ini insya Allah satu hari nanti saya akan memberi secara solo.

Tengah Buat apa erkkk


Pengalaman pertama ini sunguh indah tidak tergambar dengan kata-kata melihat mereka semua gembira menikmati makanan dan bermain mainan. Kanak-kanak memang mudah dihiburkan dan sangat mesra. Tanpa segan silu mereka memeluk saya bagaikan sudah  biasa bertemu. Mereka juga duduk di riba saya sungguh seronok dah lama tidak memanjakan kanak-kanak. Apa yang paling menyentuh hati mereka sungguh tertarik dengan jam tangan dan kerongsang bergantung yang ada rambu-rambu di tudung.Mungkin jauh di sudut hati mereka teringin memilikinya. Saya tengah berfikir untuk mengusahakanya nanti mau meredah kedai borong rasanya tidak terlalu mahal.





Mereka insan yang serba kekurangan, tapi walau apa pun mereka perlu meneruskan hidup walaupun berjauhan dari keluarga. Kebanyakan anak-anak di sini merupakan anak golongan asnaf yang tidak mampu disara oleh keluarga sendiri.Bayangkan dalam usia sekecil ini mereka dipisahkan dengan keluarga kerana kemiskinan hidup. Kanak-kanak yang hanya berusia kurang dari 6 tahun. Hidup bersama kumpulan dan mereka menguruskan diri dengan bantuan yang sangat minimum dari penjaga rumah ini.

Sedang menikmati makanan
Dayana nak bagi air

Sibuk tunjuk permaianan

Sangat Comel

Mengapa???

Lisa Amin





MENGAPA TANGAN KU KAU LEPASKAN JIKA KAU CINTA HANYA KU SEORANG

09 May 2012

Fishing Trips Kuala Rompin 4-6 Mei 2012

Lisa Amin

Percutian keluarga katanya............


























Selamat Hari Lahir Yang Ke-69 Mak..........

Lisa Amin


Mak saya yang sangat anggun


Puan Hajah Samsidah Binti Haji Talib telah dilahirkan pada 8 mei 1943   manakala 41 tahun yang lalu mak telah melahirkan  aku sebagai anak yang paling bongsu dan ia disahkan bongsu sehingga kini memang tak da adik lain dah.... Maka aku akan terus jadi adik......hehehehe suka, suka, suka .Kini mak berusia 69 tahun dan aku berusia 28 tahun...........Bagi orang lain ibu ratu hati.....tapi bagi aku setiap nafas yang ku hela adalah kerananya......

Chocolate Indulgence ke Chocolate Banana

Tahun ni tak sempat lagi nak balik untuk balik dan buat majlis sambut hari jadi InsyaAlllah nanti aku akan balik dan sambut hari jadi mak. Mungkin masak makanan kegemaran mak macam nasi ayam, sate, nasi dagang atau laksa lemak. Dalam dua ke tiga hari ni aku cuba juga cari pembuat kek dari bandar jerantut yang boleh buat penghantaran terus ke rumah..... tapi keciwa............. tak da la pulak. Tak pe la tunggu secret recipe punya kedai buka la kat jerantut dah nak opening soon katanya. Wah maju jerantut sekarang.......... makanan mewah mula masuk maklum la sejak ekonomi untuk pertanian ni naik,  kaya la orang kampung lebih senang dari orang makan gaji.... tambahan lagi orang felda yang asyik dapat durian runtuh n gugur jer sekarang ni.....


Chocolate Banana lebih sesuai mkn dgn strawberi chocolate kot.......

Tapi tak tau la kenapa aku rasa macam nak buat strawberi cokelat pulak........... aku mengidam kot...... sejak dari pergi kuala romping lagi.......Sedapnya la...... kalau ada rezeki lebih nak pergi sogo cari cadar or handbeg untuk mak sebagai hadiah......... Amin Ya allah murahkan lah rezeki ku............. Apa pun untuk mak dari jauh sentiasa ku kirim doa setipa hari  semoga dipermudahkan segala urusan, dikurniakan ketenangan dan kegembiraan dan dijauhkan dari segala penyakit.Nanti kita jumpa...........Love U

27 April 2012

Cinta Bukan Tidak Semestinya Bahagia

Lisa Amin

Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan,kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati,kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.




13 April 2012

Kuala Terengganu 7 April 2012

Lisa Amin



Jalan-jalan cari makan........................ ohhhh bukan jalan-jalan cari baju raya kata kak lina. Jauh nya nak beli baju raya ...... macam kat Kuala lumpur tak da. Tak sama n tak banyak pilihan katanya. Ya la jom la kita pergi....... aku tolong teman. Mujur abang ipar baik nak hantar beli baju raya jauh-jauh..... terima kasih abang ipar................



Yang ini jalan-jalan cari makan kat tepi pantai..................syokkk juga pantai batu buruk..... tengok la tempat display makanan dia menarik dan modern baru la sesuai sebagai tempat tarikan pelancong.

Projek 3 Tahun Jahit Manik-Manik Di Baju


toniteLisa Amin


Blinkkkk....... blink macam baju mak Puan Seri........


Akhirnyyyyyyyyyaaaaaaaaaaaaaaaaa..............Baru ku tahu susahnya nak menjahit manik lagi sarat lagi susah.Mencantumkan ia satu persatu menguji kesabaran. Ini boleh di ketogorikan sebagai pekerjaan orang yang sabar dan rajin. Orang yang sederhana sabar dan tak berapa nak rajin macam saya ni kena ambik masa 3 tahun baru nak siap.Jadi beli je yang jual kat kedai tu..... tak mahal mana pun harganya.



Jahitan mula merebak bila dah kena badi....... makin melarat.


Pelik dulu masa  buat macam susah sangat, dah bertahun cuba. asyik tak jadi je. Kali ini buat 3 hari je boleh siap 3 hari Vs 3 tahun. Pelik tapi benar...... kenapa 3 tahun dulu tak boleh dan 3 hari sekarang boleh. Mungkin inilah yang dikatakan dengan izin Allah.



Kata nak jahit sikit je.... samapai leher  pulak bila dah kena rasuk cam ni la.


Lisa sudah berjaya.................. nak lagi jahit manik................hehehehehehehe


Dekat tangan dari selapis manik dah jadi 2 lapis............




Hantu manik dah tiba..... semua pun jahit tangan, baju dan leher..........


100 Tahun Titanic 15 April 1912

Lisa Amin

Misteri yang tidak pernah terungkai, tenggelam di dasar lautan Pasifik bersama dua pertiga penumpang kapal mati ketika kejadian tersebut. Kejadian pada pukul 11.40 malam (waktu kapal) pada pagi Ahad 14 April 1912, sebelum ia tenggelam sepenuhnya dalam tempoh dua jam empat puluh minit kemudian iaitu pada pukul 2.20 pagi Isnin (15 April 1912).Ramai pakar dan pengkaji masih berusaha mencari jawapan bagaimana peristiwa ini berlaku.Adakah kerana kesilapan teknikal atau ada sebab-sebab lain. Belanggar dengan bongkah ais dikatakan mungkin bukan punca utama kapal ini tenggelam.

Sejak 25 tahun bangkai kapal Titanic ditemui, tiada seorang manusia pun pernah meneroka mahupun memetakan kawasan tapak bangkai kapal." malah tiada siapa memiliki sebarang petunjuk apa yang sebenarnya telah berlaku pada malam nahas itu. Hampir separuh daripada kawasan tapak tidak dapat dijelajahi dan diperlihat. Malah, bahagian penting kapal yang mampu mendedahkan bagaimana ia boleh terbahagi juga tidak kelihata.Kini selepas 100 tahun, setiap inci tapak karamnya kapal ini akhirnya telah pun diketahui. Dokumentasi dilakukan bagi merakamkan tempat sebenar ia karam di lantai laut sedekad yang lalu.

Bersempena dengan ulang tahun ke-100 tragedi ini,  History (Saluran Astro 555) buat pertama kalinya akan mendedahkan penemuan-penemuan terbaharu mengenai tragedi Titanic kepada umum dalam dokumentari berjudul Titanic Mystery Solved pada 15 April ini. Jadi kepada peminat kisah sini mari kita saksikan penemuan terkini berkaitan dengan kejadian kapal karam ini.





Sumber: Kosmo 13 April 2012

12 April 2012

Unexpected SMS

Lisa Amin

Akhirnya.................

Setelah hampir 4 bulan berlalu....... kalau orang kawin dah boleh mintak tebus talak ni.......hilang tanpa kabar berita...... sampai hati u buat kat i cam ni.

Tapi tak pe akhirnya u msg juga kat i walaupun dengan alasan yang tak kukuh sekurang-kurangnya i tau u ingat juga kat i walaupun sepintas lalu.

Ia lebih dari cukup kerana i sedar diri........... Thank you very much.....

U sentiasa di hati............. tapi jangan tanya kenapa.......... sebab kalau i bagi tau........ u akan kecik hati sampai mati......hahaha

Ohhhhh Lisa.................

Lisa Amin


Lisa........... Lisa............... Lisa

Amin
Norlisa Binti Mohamed Amin

Tiada Duka Yang Abadi

Lisa Amin



Opick - Tiada duka Yang Abadi

Tiada duka yang abadi didunia
Tiada sepi merantaimu selamanya
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani
Tangis dan tawa nyanyian yang mengiring
Hati yang rindukan cinta dijalan-Mu
Namun ku percaya hati meyakini
Semua akan indah pada akhirnya
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Waktu berputar rebulan dan matahari
Bunga yang mekar akan layu akan mati
Malam akan berakhir, hari akan berganti
Takdir hidup akan dijalani
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa perbaiki segala yang terjadi
Tapi waktu tak berhenti
Tapi detik tak kembali
Harap ampunkan hamba-Mu ini
Harap ampunkan hamba-Mu ini

30 March 2012

Tembikai Oh Tembikai

Lisa Amin

 ROTU Batch 26 UKM kalau sebut tembikai je ada rahsia yang tersembunyi. Hanya kami, kami dan kami je yang tau bab tembikai ni. Pandai betul budak-budak lelaki ni bagi nama samaran. Ada ke Encik ............ dipanggil tembikai. Tapi bagus juga ada nama samaran senang nak mengata. Maklumlah kami ni anak tiri je. Selalu dibuli dan dipinggirkan.Aku yang sabar dan setenang air di tasik pun boleh panas hati. Apa tah lagi jenis-jenis manusia yang lain.Tak pe, tu kita tinggalkan dulu cite gelaran tembikai ini.Jom kita cita pasal buah tembikai sebenar.

Katanya buah ni berasal dari Afrika Selatan dan kini ditanam di hampir semua negara beriklim tropika atau sederhana. Ooooo rupanya tembikai ni ada 5 jenis:-Yellow Watermelon, Orangeglo, Moon and Stars, Cream of Saskatchewan dan Melitopolski.Semua jenis ni berbeza warna dan saiz.Kenapa beriya-iya nak cerita pasal tembikai ni sebab ia buah yang sangat sedap bila sejuk dan menyihatkan. Warnanya  sahaja dah cukup menarik merah membara.

Tau tak 100mg tembikai mengandungi :-
  • Kalsium-7 mg
  • Karbohidrat-7.55gm
  • Lemak-0.15gm    ( so jgn kata tembikai tak da lemak ya)
  • Fliorida-1.5 mcg
  • Besi-0.24 mg
  • Magnesium -10 mg
  • Fosforus-11mg
  • Potasium-112mg
  • Protein-0.61gm
  • Sodium-1 mg
  • Gula-6.20gm
Kebaikkan menikmati tembikai::-
  •  kandungan potasium membantu menyimpan garan daripada meningkatkan tekanan darah 
  • mengurnagkan risiko mendapat batu karang
  • membantu menguatkan sistem imunisasi 
  • membantu tubuh memerangi jangkitan 
  • kaya sumber karotenoid yang mempunyai bahan pencegah kenser
  • merendahkan simptom-simptom osteoartritis dan rheumatoid artritis
  • kandungan anti oksida dalam tembikai juga mengurangkan risiko serangan jantung
  • kalori yang rendah sesuai untuk yang mahu mengurangkan berat badan
  • beta karotena membantu menjadikan penglihatan lebih jelas terutamanya pada waktu malam
Jadi banyak kan khasiat tembikai....................... mari makan tembikai ramai-ramai hari ini, esok dan selamanya .

28 March 2012

Aku Bersuara Akhirnya.............

Lisa Amin

Dalam masa sibuk ni, jarang aku bersuara. Bukan kah diam itu lebih baik. Ia lambang ketelitian dan memberi seribu kebaikan.

Ada dua cara seseorang itu tidak boleh berjaya iaitu orang yang hanya mengerjakan apa yang disuruh dan orang yang tidak mahu mengerjakan apa yang disuruh.