Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








05 October 2012

Cuti-cuti ke Padang Sumatera Barat 21-25 sep 2012 ( 21 Sep )

Lisa Amin



Berat sangat gati masa nak meyertai lawatan nie yang dirancang sekita bulan April tahun 2012.Sebenaranya dalam waktu terdekat ni saya nak sangat pergi melawat Vietnam. Indonesia ni tak minat sangat sebab dia tempat shopping. Malangnya saya bukan kaki shopping. tu la masalahnya.  Masa orang lain sibuk ambil tiket saya masih lagi terfikir-fikir. Tapi alhamdulilah akhirnya saya beli juga tiket selepas didesak oleh rakan-rakan. Semangat setia kawan nie. Tak suka sangat pun pergi juga la.Dari tiket sekita RM180++ siap dengan bagasi hingga menjadi RM260 tanpa bagasi............ Hehehehehe diluar jangkaan apabila saya beli tiket tanpa bagasi pergi balik ke Indonesia. Tempat orang shopping..... pergi 1 beg balik 3 beg???? tapi itulah hakikatnya. Pemergian kali ini saya berjanji untuk menikmati makanan dan pemandangan bukan untuk shopping........ tak de duit.....



Sepanjang sebelum nak berlepas nie banyak dugaan........ sudah lah di tipu agen pertama... duit deposit burn RM 100......... adoi sedih betul. Kalau tak boleh tambah duit untuk buat belanja lagi. Yang lebih terkilan lagi yang menghanguskan duit kami rakan kami juga....... dia pun tak bersemuka untuk menyelesaikan masalah. Buat-buat macam tak de benda yang berlaku. Tak pe la yang berlalu tu biarlah berlalu.  Mujur ada seorang lagi rakan yang pernah kesana jadi semua bergantung harap kat dia la.Tapi dia memang boleh harap dan tidak mengecewakan jadi terima kasih sebab jadi kepala rombongan.



Penerbangan kami sekitar jam 750 pagi jadi kami bertolak jam 4 pagi dari Kolej Keris Mas. Suasana pagi di LCCT biasa sahaja tidak terlalu sibuk. Penerbangan hanya mengambil masa 1 jam 30 minit. Perbezaan waktu malaysia- Indonesia sekita 1 jam. Malaysia lebih awal 1 jam dari indonesia. Sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Minangkabau kami telah di sambut oleh agen kami  Safira  Travel yang bagi saya perkhidamtannya memuasakan. So sape-sape nak pergi sana boleh la add mereka kat FB untuk pertanyaan lanjut mereka menggunakan Safira Travel untuk mana FB. Sebaik tiba kami diberi air mineral dan kek lapis untuk mengalas perut. Kami terus di bawa ke bas dan bergerak ke kawasan tanah tinggi untuk bermalam di Maninjau resort. Sepanjang perjalanan kami diberi penerangan serba sedikit ke kawasan lawatan dan beberapa perkataan indonesia. contohnya airport di panggil bandara atau bandar udara. Kami juga singgah sarapan di sebauh restoren yang memang cantik dan enak menjamu selera.Ketika dalam perjalanan kami sempat tidur dahulu maklumlah,  malamnya tak tidur, sebaik sahaja dikejutkan bas sudah berhenti di tepi sebuah air terjun di tepi jalan. Kami sempat bergambar dan meyegarkan badan di tepi air terjun yang di panggil air mancur.Airnya sejuk......... kalau suruh mandi memang tak la......... cuaca di sini jua sejuk seperti genting dan cameron highlands. Memang pakai stokin la jawabnya. Perjalanan ke maninjau diteruskan melalui hutan simpan lembah anai....... janlannya berliku dan mendaki.  Hutan simpan ini dipanggil cagar alam dalam bahasa indonesinya.  Seterusnya tido lagi hahahahaha bangun tido kami sudah sampai di tempat membeli belah pertama. sebuah kedai yang menjaula bermacam barang seperti telekung, jubah, kain pasang dan segala macam lagi.......... berjaya mengawal nafsu....... tiadak membeli. Rakan-rakan lain mula memborang. Saya berkenan dengan 1 blouse tu tapi tak beli ......... ingat kan akan jumpa di tempat shopping yang seterusnya. Rupanya itulah kali terakhir saya melihat blouse tersebut.......huhuhuhuhu menyesal..... singgah di tempat shopping ke 2 pun tak beli juga........kata kawan saya jangan beli di kedai tunggu kita shopping ke pasar.........hemmm okkk



Seterusnya kami singgah di pusat kebudayaan minagkabau......... rumah godang......godang tu bahasa orang apa saya tak pasti........ tapi masa saya juga menggunakan perkataan ini godang bermasuk besar........ ketek bermasud kecik..... antara bahasa kampar yang saya tau la. Kami diberi penerangan berkaitan dengan ada orang minang antara yang saya ingat adat pepatih yang lebih mengutamakan kaum wanita,bukan bertujuan mendominasi tetapi untuk melindungi. Kanak-kanak lelaki yang sudah remaja tidak dibenarkan tidur di rumah, mereka tidur di surau untuk belajar agama dan silat.......balik hanya untuk ganti baju dan makan. setelah dewasa digalakkan untuk merantau dan berdagang. Tetamu jika datang perlu duduk menghadap tingkap.....ini bertujuan menutup aib tuan rumah atas segala kekurangan. Mereka hidup secara beramai-ramai dalam satu keluarga sehingga mampu membina rumah sendiri. Jika berkahwin suami akan berpindah ke rumah isteri dan di beri masa untuk menggumpul harta dan berpindah. Ruang keluarga yang di beri sangat kecil seperti konsep rumah panjang di sarawak.Kebanyakan pekerjaan penduduk di sini adalah petani. Ruang penyimpanan padi diasingkan di luar rumah supaya jika ada musibah di dalam rumah. Masih ada makanan di luar. Di sini juga terdapat rung persandingan dan pakaian pengantin siapa yang  nak mencuba pakaian penganting minagkabau boleh mencubanya.





Seterusnya kami makan tengah hari ............. wah makananyan memang sedap-sedap..... aduh rosak diet. selepas makan tenggah hari kami meneruskan perjalanan ke Nuansa Maninjau Resort di puncak bukit.
 Kenapa namanya maninjau sebab orang datang ke sini khas untuk melihat pemandangan dari resort ke tasik maninjau. Sayangnya masa kami ke sini kabus tebal pada sebelah paginya. Jadi apa pun tak nampak huhuhuhu. Biliknya memang selesa dan cuacanya sangat sejuk............. aduh tak larat nak berjalan. Nak bergulung dalam selimut jerr........ kami tiba sekitar jam 4 petang dan berehat di bilik untuk makan malam. Aktivitinya memang tido la kan........ sejuk-sejuk nie memang sesuai untuk tidur. Malamnya kami menghabiskan masa ke saunadan jakuzzi  di resort .










Jadi inilah aktiviti hari pertama kami di sana............ selanjutnya tunggu sambungan.... mengantuk ....... selamat malam

04 October 2012

Ikan Tongkol Masak Ompak

Lisa Amin





Berada di tanah kelahiran datuk sebelah ibu saya selama 5 hari 4 malam pada bulan september 2012  yang lalu sungguh mengujakan. Akhirnya dapat juga saya menjejakan kaki di sini. Maklum lah orang tak kaya..... macam nie la.... selalu tak da duit. Tapi Allah sentiasa murah kan rezeki saya.......... mudah-mudahan saya akan sentiasa murah rezeki selalu. Lawatan ini merupakan lawatan barsama Penghuni Kolej Keris Mas UKM.  Cerita penuh akan saya laporkan kemudia..... malasnya nak update blog sekarang nie.

Tapi yang peting nak cerita masa lawatan nie saya jumpa masakan warisan keluarga saya di tanah minagkabau ini. Wah bangga dan teruja........... walaupun rasanya agak berbeza tapi rupanya sama.Kalau nak resipi  Klik Sini


03 October 2012

Sesakita apa pun yang ku rasasa kan

Lisa Amin

Yang tersurat itu lebih baik dari yang tersirat............... bukan lah apa kata manusia yang aku ikut..... andai dunia mengusir aku tiadak aku sesali tidak jua aku tangisi





Lisa Amin

02 October 2012

Katanya

Lisa Amin



Biar SUSAH asal BAHAGIA, jangan SENANG tapi SENGSARA..
Biar MERINDU asal TAK JEMU, jangan CINTA tapi TERSEKSA..
Biar BERJAUHAN tiada PERBALAHAN, jangan DI SISI tapi tak SERASI..

20 September 2012

Recipe Fruit Tart

Lisa Amin


Inilah dia fruit tart pertama yang saya buat. dah lama teringin nak buat tapi hajat tidak kesampaian. Baru sekarang berkesempatan dan kebetulan pulak bahan-bahan yang di perlukan dah ada. Jadi apa lagi mengambil kesempatan lah.

Resipi nie memang main-main pandai sendiri jerr.... tuan punya kulit tart nie cuma cakap bahan-bahan dia jer tanpa sukatan yang penting ayat dia uli dengan planta jangan sampai melekat di tangan...........huhuhu yang lain pandai-pandai la berapa banyak tepung, planta dan gula nak bubuh. Tapi semangat nak buat tu tinggi melangit ada aku kisah???? hehehehehe

Proses uli menguli pun berlaku.........dan diletakan pada acuan... sebab sukatan tak da maka tepung tu banyak lebih mujur acuan tart nie ada 3 saiz jadi boleh dapat dua kulit tart bersaiz gergasi dan  beberapa kulit tart bersaiz mini.

Percubaan pertama untuk hiasan... tak cantik sangat


Pertama kali buat tak tau tebal mana rasa masa tampal tu dah nipis.......rupanya bila dah bakar tebal sangat jadinya.......... hampir tak berlubang kat tenagah nak jadi macam kek versi keras rasa nak potong pun tak lepas.Terlebih manis juga.....jadi kira nya tak jadi la. masa nak keluarkan dari oven tu punya la susah sampai terpatah sikit panas kot.......... masa bakar yang dua pulak....... bila dah masak tu... nak mabil kena pukir balik sebab nanti lagi kulit dia dan patah lagi. so kena pegang elok-ekok.........malangnya terkuat sangat segingga menyebab kan dia dah tertanggal masa pegang hingga menjadi gelang. Ampun panasnya tapi sayang punya pasal.......kena tahan la, tak kan nak campak pulak atas lantai kan...... melecur tangan pakai gelang besi yang dah dipanggan selama 1 jam. Pengalaman sungguh.......

Inilah hasil parut pakai gelang acuan tart yang dibakar selama 1 jam....hehehehe ada 3 jalur semuanya yang paling teruk 1 jalur jerrr..........lain kali jadi lebih bijak ok.......


Memandangkan jam dah nak menunjukan jam 5 pagi maka harus abaikan dulu.... apa kata tidur dulu. tapi masa tidur tu siap pikir lagi kulit tu tak jadi kena baut semula. Terpaksalah  bangun dan keluarkan planta dari peti ais... nanti dia beku pulak.


Fruit Tart Versi Mini

Misi seterusnya bancuhan kali kedua.........dan tampalan yang tidak terlalu tebal..........hemmmmm baru lah ok. Lega.... masalah nak mengambil keluar dari oven........kali nie dengan berhati-hati tapi masih lagi pakai gelang besi............. adaoiiiiiiiiiiiiiii seksanya................. lebih malang lagi kulit tartnya pun jatuh ke lantai ....... hancur berderai seperti hati ku.............oh tuhan..............mujur tepung ada lebih buat sekali lagi dan bakar sekali lagi. Kali ini saya suruh kakak saya yang keluarkan...... tak mo dah pobia.........dia pun mengambil pengajaran dari apa yang berlaku.... so dia bawa pinggan siap-siap ....... terus letak tak payah tatang jauh-jauh nak pegi letak atas meja... alas dengan pinggan dulu.... kali nie baru la berjaya..........Fuhhh lega.....

Panjangnya membebel.........

Bahan-bahan

Bahan Tart

150 gram tepung gandum
3 sudu teping jagung
25gm gula aising
70 gm mentega
1 biji telur
1/2 camca teh vanila

Kacau mentega bersama telur dan vanila, masukan tepung gandum dan jugung bersama gula.........uli hingga sebati dan tidak melekat di tangan. Bakar dalam suhu 160 0c selama 1jam. Biarkan sejuk

Bahan kastard

1 tin susu cair
1/2  tin air
3 sudu tepung kastad
3 sudu gula

Campurkan semua bahan dalam periuk kacau dengan whisk atas api yang sederhana hingga pekat.... sentiasa kacau tanpa henti untuk hasil yang terbaik. Selepas itu tuangkan atas kulit tart yang telah disejukan. hiaskan dengan buah-buahan segar


Hiasan

Buah strawberry segar
Buah Kiwi
Buah peach tin
Buah naga
Buah anggur
Buah blue berry
Piping jelly untuk mengilatkan buah
Apa sahaja buah yang ada suka... boleh letak
Buah hendaklah dibasuh dan dikeringkan dnegan tuala bersih sebelum dihiris




Resipi Trifle

Lisa Amin



Pertama sekali terima kasih kepada kakak kesayangan saya yang ajar baut desert nie....... cantik dan sedap. Malangnya saya kurang minat untuk makan sebab ada kek.....tapi ramai yang suka makan.......... jadi macam biasa saya akan buat untuk orang_orang yang saya kasihi dan sayangi.

Bukan susah nak buat tapi payah nak jadi dengan sempurna........tengok rupa pun dah menyelerakan bagi pencinta desert. Yang paling susah nak buat tang kastard dia, tak boleh terlalu lembik dan terlalu keras. Kalau lembik sangat tak boleh potong dan rasa mentah..... kalau keras sangat nanti dia berketul-ketul tak cantik untuk dihidangkan. Kalau lembik pula nanti kastard akan berkedut dan bocor masa di tuang dengan jeli atau buah akan terapung. hemmm susah juga nak buat..........

Bahan-bahan





1 box kek gulung perisa pandan jenama first choice atau fuji bakery
 Potong dan susun dalam bekas rapat-rapat dan sumbat semua lubang yang ada. jangan ada lubang di dalam bekas. Biasanya 1 buku tu dipotong kepada 14 bahagian.


Bahan-bahan kastard

1 tin susu cair
setengah tin air
3 sudu gula
3 sudu tepung

1. Campurkan semua bahan dalam periuk kacau hingga sebati kemudian masakan atas dapur dengan api sederhana hingga pekat. Selepas itu tuang atas lapisan kek yang telah disusun.

2. Basuh buah campuran dalam tin kemudia toskan....... tabur atas lapisan kastad




3. Jeli jenama nona berperisa strawberry  dikacau bersama 400ml air panas dan ditambah pewarna merah ditungkan atas lapisan kastard tadi........

4. Hiaskan dengan buah peach dalam tin selepas sahaja jeli dituang ketika jeli masih cair.... buah perlu dibasuh dan di toskan dahulu

5.Simpan dalam peti sejuk dan sedia untuk dimakan

31 August 2012

Senarai Kuih Raya 2012

Lisa Amin



Hahahaha tahun nie banyak  jenis saya buat kuih.......... tapi hanya satu adunan......... ada beberapa jenis kuih kegemaran sepanjang zaman je saya buat  2 atau 3 aduanan......... tak larat nak buat banyak-banyak.... dah tua sakit pinggang membokok buat kuih dah la buat seornag diri........... biasa kuih ada lebih... jadi adik beradik 10 orang beragih kuih la lepas raya......... tahun nie dalam sejarah la......... kuih yang ada cukup-cukup makan je. Ada juga kuih yang dah habis pada hari raya kedua dan pertama....... Hemmmm tapi tak pe la banyak jenis buat...... so tak menjejaskan hidangan.

Tahun nie pulak banyak mencuba resipi baru tengok dalam blog dan FB, memang menarik kuih-kuih dia orang nie......... ada juga melepaskan hajat dah lama tertangguh macam biskut tembikai dan tart rose. Yang lebih-lebih tu saja teruja nak cuba......... cerita lanjut nanti saya buat dengan resipi nya sekali.... kalau ada masa la kan............. saya nie duduk goyang kaki 24 jam pun tak da masa......... apa nak jadi????

Kiranya raya tahun nie kuih raya saya buat pulun habis-habisan apa yang terlintas semua saya buat....... macam tahun depan tak buat kuih raya dah....... mana la tau umur tak panjang atau......... katanya nak pergioversea.......... wah......... berangan jerr nak pergi mane..........Houston Texas US ?????  mumpu ke tahan duduk negara orang.......... duduk malaysia diam-diam dah la............. lagi pun mak teh sidah mesti tak bagi punya........... Oh november menjelma lah dikau........... akan ku tunggu takdirmu..............




  1. Kuih impian saya pernah makan kawan bawa masa kat KTHO UKM bangi....... rasanya macam rasa susu sebab pakai minyak sapi............Biskut Tembikai



2. Ni tak tau kuih apa chip cokelat kot........... ada almond hancur  dan cip cokelat dalamnya ramai yang suka kuih ni.......... nie mwnag wajib buat lerr.......... sampai kakak ipar pun try buat tapi tak jadi, pahit katanya......... kesiany........ makan banyak-banyak ya kak da.........



3.Ni pulak kuih perasa nescafe........... ada  pun sedap juga bagi peminat coffe. tapi tak ramai peminat saya je kat umah tu yang suka nescafe......... so tahun depan tak buat dah kot


 4. ohhhh yang nie tak payah perkenalkan lagi almond london.............. memang wajib buat......



 5. Yang nie pun tak payah kenalkan lagi........ Cornflakes Madu........ paling laris.... raya pertama dah habis tiap-tiap tahun wajib buat



 6. Ni resipi baru biskut oreo.......... hemm sedap juga... tapi kat umah saya tak berapa nak jalan.... tahun depan selamat jalan la ya...........


 7. Ni pulak hemmm melepaskan hajat tahun lepas........ teringin nak buat............ pun tak ramai peminat... saya pun tak berapa nak minat......... jadi tahun depan selamat jalan



8. Nie resipi baru.......... sedap........ tapi susah nak buat...... tak kena cara lagi........ boleh di perbaiki.........akan buat lagi tahun depan....... hehehehehe ala macam buat taer nenas tak kena gaya susah kena gaya pejam mata pun blh buat...jadi harapnya berjaya lerr.....



9. Ni pulak bukan resipi baru..... biasa juga orang baut resipi ni.... cuam bentuknya aja special sekit ..... hemm suka juga buat........ tak susah dan nampak cantik..... cuma kena hati-hati masa bakar takut intinya bertukar hitam...... jadi kena guna api bawah sahaja..........tak suka sebab guna minyak sapi.... so kuih dia akan berdebu........ jadi nak cuba guna resipi  tart biasa...........tahun depan kalau rajin dan masih di malaysia saya buat lagi.....


10.  hemmm nie kuih tak payah cakap apa-apa............ mesti buat punya......... hahahaha tak kan ku lupa kamu wahai tart gulung............ payah asah bakat........... dah pakar tak kan tak nak buat pula.........


Hemmm ada lagi 3 jenis kuih yang tak de gambar.......... yang tu pun saya suka resipi baru.......... kuih berasaskan minyak sapi............. selain kuih gunting dan kuih siput........  kuih tradisi yang mesti ada....... selain tu kuih loyang atau kuih ros......... yang biasanya ada masa raya haji jerr.......... tak tau la kenapa.... mungkin sebab raya haji tak banyak buat biskut raya........... jadi kuih ros tu termasuk dalam list..........kuih gunting dan kuih siput biasanya bukan saya yang buat......... saya hanya buat biskut raya.... kuih goreng disumbang oleh orang lain... kecuali kuih ros...................

jadi inilah senarai kuih raya saya....... tahun 2012........... biasa setiap tahun pun paling kurang saya akan baut 10 jenis...............


Selama Hari Raya Maaf Zahir Batin

Biskut Raya Peanut Butter 2012

Lisa Amin



Hemmmm kuih nie ada sejarah yang tersendiri dalam keluarga kami. Kuih nie boleh dikatakan kuih nostagia. Sebab dia merupakan kuih klasik........ generasi sekarang tak tau dah kuih nie...... Dulu kuih nie sentiasa di buat oleh mak long saya yang berada di Mentakab Pahang. So kalau raya balik kampung memang tak melepaskan peluang untuk makan.Siapa yang suka kuih berasaskan kacang rasanya kuih nie antara yang terbaik raya.............memang orang tak kan lupa rasanya yang lemak manis.Biasanya golongan yang dah berusia la suka makan macam mak dan kakak-kakak saya......... tapi golongan muda pun suka juga... sebab rasa dia yang memang lazat sekali.Jadi tahun ini secara kebetulan terimbas kembali nostagia kuih peanut butter ni secara tak sengaja......... ada orang mintak.......... mungkin kuihnya tak sama......... tapi kalau saya...... orang kata kuih peanut butter inilah kuihnya......... Jadi atas permintaan dan juga demi sebuah kenangan yang dah lama dilupakan....... apa salahnya di hidupkan kembali kenangan kuih nie.

Resipinya mestilah dari mak long saya yang dah diperturunkan kepada kakak saya, makan saya pun mencuba la...... macam biasa la resipi keluarga saya nie resipi lebih kurnag........... jadi pandai-pandai la nak sukat. Sebelum buat ni cari acuan dulu.......... nasib baik ada lagi acuannya.Bab resipi nie tak puas hati lagi nak kena pergi tanya mak long saya.... nak menuntut  semula. Biar rasanya asli dan kekal menjadi resipi keluarga kami.

 Resipinya senang je.......... tapi pelaksaan nak buatnya susah .... silap gaya hancur kuih tu........ Melekat dalam acuan tak boleh keluarkan. Nak buat ni ada acuan khas macam acuan bahulu cermai....... cuma ia lebih ringan dan nipis. Hiasan wajib krismis hitam........... memang kalau tak de krismis ni memang tak jadi la kuihnya......... kurang rupa dan kurang gaya.

Pengajaran pertama yang saya dapat buat kuih nie adalah kena tabur tepung dalam acuan sebab dia memang melekat dan tidak cantik kalau tak tabur tepung......... satu aduanan kuih berbulu-bulu dan tak cantik........ aduanan kedua yang acuan nya di tabur tepung baru la kuihnya licin.......

Masa beli peanut butter ni jgn lupa pilih yang halus ya.......... dulu kami penah terbeli yang kacanya ada yang kasar....... puas pulak nak bland bagi halus......... dah dapat satu kerja............kenangan betul masa tu..... kecoh satu rumah....... orang yang beli tu kena bebel la...... beli tak baca...... main ambik jer............. ambik ko kena bebel......

Bahan-bahan


  • 1 balang penut butter yang dibeli lady choice tak kisah balang kecil or besar
  • Setengah balang butter
  • 1 balang gula icing
  • 1 balang tepung jagung
  • 2 balang setengah tepung gandum
  • 1 sudu baking powder
  • 2 biji kuning telur
  • 3 sudu minyak sayur@ lemak sayur

#  Gunakan balang peanut butter untuk sukatan kuih ini

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula icing hingga kembang
  2. Masukan kuning telur, minyak sayur@lemak sayur, baking powder dan peanut butter 
  3. Masukan tepung jagung dan gandum yang telah di ayak
  4. Kacau adaunan sehingga sebati
  5. Potong krismis kepada 2 atau 3 bahagian
  6. Panaskan acuan selama 10 minit........... keluarkan
  7. Sapu dengan planta dan kemudian di tabur tepung......... mesti tabur tepung untuk dapatkan kuih yang cantik dan tidak melekat
  8. Letakan krismis di bahagian tengah-tengah  dasar acuan.........kemudian letakan doh kurang sikit dari penuh kerana kuih ini akan kembang...
  9. Setelah masak keluarkan kuih degan mengetuk acuan dengan hujung pisau atau player
Panaskan oven 160 c bakar kuih selama 30 minit sehingga kuih menjadi perang





Mood Berpuasa Di Bulan Syawal

Lisa Amin



Dan begitulah aku bulan raya aku tetap nak puasa. Puasa ganti dan puasa 6........... dulu puasa ganti ni.... lagi sebulan nak puasa semula baru nak ganti la kan......... sekarang nak ubah perangai dah tua rasanya. Alhamdullilah....... semoga lebih baik lagi untuk tahun-tahun yang akan datang.

Baru dua hari balik bangi dah gatal kaki nak pergi jogging....... akhirnya hari kedua berpuasa di bulan raya. Berjaya juga melangkah kaki ke stadium........... rindu rasanya... sebulan tinggal. Cuaca pulak sangat baik..... redup......... sesuai untuk berlari.... tapi macam biasa... nak mula pergi hari-hari memang berat kena pujuk hati... hari-hari kena pujuk supaya mampu keluar dan berlari..... nampaknya mood tu belum datang lagi sekadar melepaskan rindu aja. Tunggu la abis puasa....... alasan...... hehehehe lepas ni alasan apa pulak???

Jangan lerr.......... satu cerita yang paling best.............. berat badan turun dengan baik sekali..... dah ramai yang kata dah kurus sikit. Tengok penimbang balik raya macam nak melompat.......... alhamdulilah...... ingat balik kampung 2 minggu dan tak jogging berat badan tak turun atau naik lagi........... tapi masih ada penuruan.... jadi sekarang teruskan usaha... masih terlalu jauh untuk berbangga..........tengok gambar raya pun suka sikit........tak la menyampah sangat...... bak kata jurulatih senaman saya... jangan timbangkan difotokan saje....... Nampak ada beza......hemmmmm




BERUSAHALAH LISA

05 August 2012

Hidup Ini Indah

Lisa Amin



HIDUP INI PILIHAN

apa yang buat kita sedih tinggalkan

apa yang buat kita senyum pertahankan


Cornflakes Madu Warna Warni Aidilfitri 2012

Lisa Amin



 Cornflakes Madu ni pun resipi wajib untuk anak-anak saudara beberapa tahun kebelakangan ini. Biasanya buat Biskut Cornflakes sahaja untuk mak-mak dia orang. Tahun ni malas nak buat untuk mak  dia orang........... so buat untuk anak saudara je la. Kesian  pulak kalau tak buat......... banyak soal dan banyak tanya.......kemudian buat muka sposen....... tiap kali makan puji lepas tu janji tahun depan tolong buat lagi.......... Yang paling tak tahan balang kuih ni ada yang sorok tak kasi orang lain makan. Macam-macam ragam anak saudara saya ni. Biasanya malam raya pertama dan habis dah.


Nasib baik kuih ini antara yang paling senang kat dunia...... suruh budak kecik buat pun boleh.... jadi bila round pertama 1 kg cornflakes habis dia orang akan buat sendiri cuma tolong pantau jerrrr....


 Sumber: Dari Myresipi yang kemudian diubah suai
   
Bahan-bahan

  • 1 kg cornflakes
  • 500gm Butter
  • 2 cawan gula perang
  • 20 sudu teh madu @ golden Syrup
  • 10 gm krismis@ kacang@ bijan @ buah campuran@ kelapa kering sesuka hati lerr
  • Manik untuk hiasan      



 
Cara-cara

  1. Campurkan butter dengan gula dan masak atas api sederhana hingga gula larut
  2. Setelah larut masukan cornflakes kemudian masukan madu
  3. Masukan krismis atau bahan campuran yang lain kacau hingga rata  
  4. Tutup api dan masukan dalam cup kecil
  5. Hias dengan manik
  6. Bakar dalam oven suhu 150c selama 15 minit

Adunan ini akan menghasilkan kuih yang banyak..... jadi kepada anda yang mempunyai keluarga yang lebih kecil boleh buat setengan atau suku adunan sahaja....

 


Iftar Ramadan Di Cruise Tasik Putrajaya

Lisa Amin






Mula-mula nak senyum dulu............... hehehehehe dah lama teringin makan dlm Cruise cam ni...... tak sangka pulak dapat tertunai awal...... rezeki Allah siapa yang tahu.......sekarang tinggal cita-cita nak merasa makan kat restoren berputar KL Tower jerr......... Bila la agaknya nak mampu??????






Pakej yang ditawarkan biasa sahaja.... makanan pun biasa sahaja...... rasanya dah lama juga saya tengok pakej berbuka kat sini dah bertahun tapi agak mahal..... tahun ni memang murah..... jadi dipendikan cerita makanan yang ditawarkan sesuai la dengan harga dia............Tak la best sgt pun...







Untuk berbuka cruise akan berlayar jam 8 malam.... jadi masa ada masa untuk solat magrib .... kat situ pun ada surau walaupun kecil........ ketika menunggu ......di bilik menunggu kurma dan air mineral juga di sediakan buat mengalas perut........Sebaik sahaja menaiki cruise kita akan di hantar ke meja masing-masing mengikut tempahan... so tak payah rebut lerrr... memang dah ada meja.  Kemudia boleh la menjamu selera ketika kapal berlayar sambil dengar lagu raya.........




Hahahaha........ makan bulan puasa memang tak ingat ler nak tengok kiri kanan....... semua fokus makan dulu..... bila dah kenyang sikit baru la tengok kiri kanan........pemandangan malam putrajaya memang menarik juga......... cruise ni mengambil masa 1 jam 30 minit. Lepas makan boleh la naik ke bahagian bumbung terbuka di atas santaix2 atas  kerusi........ atau duduk di bahagian luar kapal di depan.....








04 August 2012

Tart Nenas Versi Moden Dan Versi Tradisional

Lisa Amin




Kalau nak cerita pasal tart nenas ni memang tiap-tiap tahun buat.Tak pernah lupa, ia boleh dikatakan kuih raya wajib umah saya..... ramai yang suka. Jadi kalau tak buat macam rasa bersalah pulak melihat wajah-wajah hampa tanpa tart nenas. Cuma tahun ni saya cuba buat versi luar biasa rajin bentuk bunga masih guna resipi yang sama.




Idea nak buat tart bentu bunga ni timbul setelah tertengok kat FB Cik Mat Gebu pemilik blog Dapur Tanpa Sempadan  ada rakan bloger yang lain post kat dia. Bila dah tengok blog Cik Ita ni  memang beliau ni tergolong dalam kumpulan wanita gigih dan rajin tahap dewa, selain sangat kreatif. Bila melawat blog beliau iaitu Blog Masam Manis memang banyak jenis kuih raya yang dia buat jenis yang pelik- pelik dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Jadi saya pun kononya nak cuba la jadi manusia yang penyabar macam beliau.......



Tapi semalam tak sempat nak buat semua bentuk bunga sebab nak cepat untuk berbuka kat luar..... nak tak nak kena buat bentuk tradisional juga......Hakikatnya buat bentuk bunga ni memang mencabar tapi menyeronokan.Tart nenas ni pun ada dua versi juga.... ada yang suka makan ia cair dalam mulut ada juga yang ranggup.......

Resipi Versi Ranggup ( Tidak Cair Dalam Mulut)

Bahan-Bahan

360gm Tepung Gandum
  40gm Tepung Jagung
  50gm  Gula Ising
250gm  Buttercup @ Planta @ Majerin @ 1 ketul buttercup
      2   Sudu Teh Vanila
      1   Kuning Telu
      1   Biji Kuning Telur Dan Beberapa Titis Pewara Kuning Untuk Disapu Atas Tart


Cara-cara

1. Ratakan buttercup dalam bekas adunan
2. Sukat semua bahan tepung, gandum, tepung jagung dan gula ising kemudian ayak
3. Satukan bahan yang diayak dalam buttercup yang telah diratakan
4. Setelah tepung sebati dengan buttercup masukan vanila dan kuning telur
5. Setelah semua sebati boleh lah diterap seperti biasa

Panaskan oven 160 c  10-15 minit
Bakar  160c selama 30 minit