Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








25 March 2014

Laksa Oh Laksa

Lisa Amin



Hemmm bulan mac selagi duduk kat UKM ni memang tak boleh buat apa la. Masa temasya gemilang kolej keris mas jerr memang kena jual laksa kalau tak pening nak menjawab. Kalau tak jual pun masalah juga kesian tengok ramai yang mengidam nak makan air tangan cik lisa amin ni. Selalu nya tolong masak untuk budak2 dinner untuk tambah pendapatan mereka untuk majlis makan malam nanti. Tahun ni untung tak banyak sebab laksa tak masuk sepenuhnya bawah dinner.Lagi pun meniaga lewat dua hari dari tarikh yang sepatutnya. Kalau tahun lepas masuk sepenuhnya bawah dinner maklumlah tahun lepas jadi felo penasihat. Kena la berusaha sepenuhnya untuk menjayakan majlis.



Tahun kira memang tak da kena mengena la dengan team dinner tapi sekadar membantu jer. Tapi saya kalau dengan pegang senduk n periuk memang suka sangat la.Laju jerr nak tolong masak kan. Tahun ni syok masak sebab periuk dia besar sampai boleh buat sampan.




24 January 2014

Kampung Pengalat Besar Papar Sabah (Kisah 2)

Lisa Amin



Setelah 4 hari berkampung di MRSM Kota Kinabalu kami bergerak ke kampung pengalat untuk program anak angkat pula. Kemesraan penduduk kampung ini memang tiada tandingan lagi. Menerima anak-anak ukm dengan hati dan tangan yang terbuka. Sepanjang berada di kampung ini memang penuh dengan kemesraan dan kasih sayang. Walau pun seketika ikatan yang terjalin sungguh erat dan mesra antara keluarga angkat.



Saya bersama keluarga makcik rugayah bersama adik- adik yang lain 4 orang semuanya anak angkat mak cik rugayah yang mesra dengan panggilan ibu. Ibu rugayah memang terbaik antara terbaik memang syokkk kata ibu. Ibu rugayah ni memang suka sangat perkataan syok ni. Sepanjang 4 hari macam-macam kenangan yang kami kumpul bersama. Antaranya pergi jalan- jalan kat pasar dekat papar ni. Ibu juga sempat ajar kami masak kari tanpa santan yang sangat sedap. Banyak benda pelik kami jumpa masa pergi pasar ni yang paling tak tahan pakaian dalam macam bra bundle pun ada jual.

















Kami juga sempat berjumpa dengan anak-anak ibu yang ada di sekitar papar. Terasa kehadiran kami sangat dialu-alukan ibu pulak tak da anak perempuan. Semua anak ibu rugayah lelaki salah seorang nya anggota kumpulan Rocasia yang sedang meningkat naik kat sabah ni. Adik beradik angkat dengan artis hehehe bangga kejap.

Yang paling sedih masa nak berpisah balik untuk meneruskan program yang seterusnya kat BTN Kundasang memang kering air mata menangis. Tambah pulak dengan ibu sinar yang memang ratu air mata semua jadi sedih yang teramat sangat untuk berpisah.Ibu sinar ni kira adik beradik ibu rugayah la masa duduk kat sana adik beradik ibu pun ada datang.

Satu lagi kenangan yg tak boleh lupa adalah  jumpa pokok kapas yang saya tak pernah jumpa kat semenanjung ni. Yang ada kat sini pokok kekabu kot, bersusah payah ambik benih bawak balik semenanjung untuk tanam katanya.




20 January 2014

Cerita Negeri Bawah Bayu Yang Penuh Tragedi ( Kisah 1)

Lisa Amin



Penuh tragedi kerrr???? Kenapa erkk rasa macam tak mo dah pergi sana terutamanya kundasang......perjalanan bermula pada 20 jan dengan pesawat mas dari KLIA  ke kota kinabalu. Maka tugas rasmi sebagai felo pengiring pun bermula di MRSM kota kinabalu. Memulakan program motivasi disana untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. Tujuanya adalah untuk mendedahkan para pelajar disana untuk lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan dan berani melangkah keluar dari negeri di bawah bayu sebaik sahaja menamatkan pengajian di sini. Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk pelajar MRSM ini.Program ni sebahagianya disokong oleh  YB Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin yang merupakan  Timbalan Menteri Kerjaraya Malaysia merangkap Adun Papar dimana MRSM ini berada didalam adun beliau.

Masalah yang timbul disini adalah isu makan kerana pelajar MRSM ni tidak akan mengambil makanan berat di sebelah malam atau tiada hidangan nasi pada sebelah malam. Maka orang-orang dari semenanjung mula berasa kelaparan huhuhu. Akhirnya saya menjadi tukang masak tidak rasmi untuk pekajar Kkm Ukm yabg seramai 70 orang tu dengan menggunakan dapur rumah pengetua. Terima kasih tuan pengetua kerana menerima kami seadanya.



Hahaha antara kenangan memasak kat sabah adalah jumpa tahu yang berwarna cokelat macam digoreng tapi macam tak digoreng, sepanjang tempoh tu sempat masak nasi putih, bersama telur dadar, masak lemak kubis dan sambal tahu bersana kentang, bihun goreng dan nasi goreng. Selain tu pengalaman tak boleh lupa ialah siang ikan pari buat pertama kalinya seumur hidup. Hahaha selalu beli yang dah siap siang jerr. Mujur boleh guna teknologi tanya kak lina la jawabnya.Tak kisah la rasa apa pun janji adik2 dr UKM kenyang kesian anak buah saya kalau kelaparan.



31 December 2013

Selamat Tinggal Tahun 2013 Dan Selamat Datang Tahun 2014

Lisa Amin



Hemmmm bagaimana rasanya untuk meninggalkan tahun 2013......ada sesalan kerrr.. Nampaknya tahun 2013 berlalu dengan baik sekali....kerana tiada duka yang abadi... Setelah puas hujan turun pasti langit cerah semula... Setelah puas badai melanda pasti angin sempoi kembali bertiup...apa pun itu semua lumrah kehidupan yang menyedarkan kita inilah dunia, bukannya berada di syurga yang abadi.

 Apa yang baiknya tahun ini adala semuanya tenang-tenang bela 2013 telah membawa saya memgembara dan memberi gambaran baru,suasana baru, jumpa orang baru, pergi tempat baru pendik kata semua baru- baru belaka. Tahun 2013telah mmembawa saya ke perak untuk aktivi waterafting, memdaki bukit, masuk gua, mandi manda. Hemmmm semuanya mengunji keberanian,mencabar minda,menguji fizikal.Dari Taiping kita mengembara ke langkawi pulak....horey dapat naik feri.suka kan....apa dapat pergi langkawi duit jerr yang habis denggan shopping... Shopping dan shopping.... Dari langkawi kita  singgah sebentar ke pulau pinang... Pergi makan..makan dan makan...semuanya sedap-sedap belaka... Dari pulau naik pula ke tanah tinggi aktiviti yang paling menarik sekali apa la strawberis...starawberi... Nyum...nyummm.... Lala 2013 tampa disedari telah melabuhkan tirainya.

2014 pula disambut dengan pengembaraan pertama sabah negeri bawah bayu...kundasang mu tunggu aku datang... Seteruanya apa lagi yang akan berlaku hanya allah yang tahu...kekal positif, jauhi yang negetif. Jadi lebih baik dan pastinya buat yang terbaik...Ya Allah ku mohon berikan ketabahan hati menempuhi segala yang telah kau suratkan untuk hidup ku.

09 September 2013

Semakin Tua Semakin Manja

Lisa Amin



Amboii........amboiii cik lisa amin semakin tua semakin manja pulak.........banyak pantang larang.......semenjak dua tiga hari nie asyik hujan jerr kat bangi nie pantang petang hari asyik hujan...........masalahnya time hujan nie bukan apa.......hidup serba tak kena........buka kipas sejuk tutup kipas panas la pulak............duduk kat rumah dah macam ulat bungkus dah bergulung dengan selimut jerr.......kaki pulak pakai stokin macam orang dalam pantang dah...........

Tadi petang masa tengah sedap bergolek atas katil time hujan tu ada budak datang kunci tertinggal  maka dengan baik hati sebab kunci dia tak da dalam simpanan cuba nasib tengok orang kat pejabat atas ada lagi ke tidak..........malangnya mereka dah balik...........time tu hujan.........jarak pejabat dengan rumah bukan jauh pun sejengkal jerr.........tiba-tiba malam nie dah kena selsema la pulak........hidung pun dah mula berair........amboii manja sangat kena hujan sikit pun tak boleh kerr??? kurang zat makan rasa dah terlebih.....nie nak jadi macam kes hari kundasang hari tu.......kena cuaca sejuk sikit terus demam......nampaknya alah sangat dengan cuaca sejuk........cam mana nak main salji kat oversea nie....cuaca sejuk malaysia pun tak tahan belum lagi suhu .................... esok pulak dah janji dengan makcik nak buat maruku..................huhuhu......tolong lah sihat..........


Bukan Laksa Biasa......Tapi Laksa Lisa Lazat 3L Katanya

Lisa Amin






Tiada galalang gantinya.........walaupun laksa redup rimba........... walaupun laksa jalan TAR............ walaupun laksa dari adik beradik sendiri.........tapi harus saya akui laksa air tangan sendiri jauh lebih lazat sebab kombinasi rasanya sudah serasi dengan selera........masam,masin dan pedasnya harus capai tahap ISO............dan laksa 23 syawal 2013 antara yang paling sedap..............sebab sebenarnya pedas dia terlebih sikit....tapi pedas yang terlebih itu telah menjadikan ianya benar-benar menepati cita rasa..........sampai dalam l hari boleh makan sampai 6 kali.........kali nie benar-benar ikut nafsu makan......huhuhu tak boleh kawal lagi.............hahahaha



Yang best makan laksa nie kadang-kadang tak makan pun laksanya......... cukup makan sayur-sayur dengan kuah jerr.........bagi keluarga kami........ bukan nama makan laksa kalau dalam sayurnya takda kacang panjang dan tauge..........Antara sayur lain yang sesuai selain yang biasa orang guna iaitu timun, salad dan daun selom.......yang kami biasa masukan kobis bulat, tauge dan kacang panjang..........


Lebih mudah menggunakan laksa segera yang ada pelbagai jenama di pasaran kerana ia menjimatkan masa dan tenaga......beli.....panaskan air kemdiam masukan laksa dan 2-3 minit tapis dan basuh dengan air sejuk. ia lebih menjimatkan masa kerana jika menggunakan laksa kering ia perlu direndam sebelum di rebus.....disebab kan terlalu biasa guna laksa segera ini dah tak pasti jenama apa yang bagus untuk laksa kering.........sebab kadang-kadang jika tersilap jenama......ia memerlukan masa yang lama untuk direbus, terlalu berkanji hingga perlu menukar air dengan membasuh terlebih dahulu kemudian masak semula atau laksa putus-putus, jadi laksa segera lebih selamat untuk digunakan selalain lebih mudah.




Warna kuah laksa saya mesti warna cokelat pekat atau merah menunjukan tahap kepedasanya.....hehehehe kalau tak merah macam nie macam mana nak pedas........tapi perlu berhati-hati pastikan cili tersebut benar-benar masak baru ditambah air ikan.............jika tidak boleh mengundag bahaya iaitu sakit perut. Bagi yang jarang menggunakan lada kering pastikan ia direbus dengan tempoh yang lama sekurang-kurangnya 1 jam. Kalau nak jimat masa pastikan cili sudah mendidih kemudian tutup api...........tutup periuk sehingga air panas menjadi suam atau sejuk.........kemudian di blander dan dimasak lagi sehingga kering dan boleh ditambah air lagi selepas kering 2 atau 3 kali..........kiranya nak masak cili ni rumit tapi ia penting bagi mengelakan sakit perut kerana kepedasanya.............


30 August 2013

Meraikan 23 Syawal

Lisa Amin

30 Ogos 2013 (Jumaat)




Akhirnya terlaksana sudah impian tertunda.........pesta makan-makan untuk menjamu rakan-rakan dan juga kakitangan pejabat KKM.Mengambil bulan kemerdekaan dan sempana bulan syawal  yang diraikan makan program menjamu rakan-rakan dilaksanakan dengan jaya.........rasa nak ajak sikit jerr orang. Tapi diam tak diam dekat 70 orang tetamu yang datang.............Licin 7kg laksa.............2 hari ambil masa nak masak.Masak sorang-sorang pulak tu.........tapi menu senang-senang jer...........tak mo buat yang remeh lagi pun jemput tetamu jam 3 petang.Antara menu-menu yang ada pada hari kejadian








Dah la masak sorang-sorang..............kelang kabut juga nak layan tetamu...........mujur tak datang serantak...geng-geng felo datang paling awal........kemudian orang ofis..........kemudian mak cik dan effa. kemudian geng MEP ...........tu pun ramai juga yang tak dapat datang.........cuak juga dah la masak 1 jenis menu berat jerr cukup ke tidak............syukur alhamdullilah la........sedang elok jerrr semuanya............kira majlis berjalan lancar..........sebab pertama dapat buat laksa yang paling kena dengan selera........pedasss..........kedua dapat buat kek cokelat kukus.......cuma tak buat topping jerrr sebab memang tak suka topping lagi pun susah nak hidang............Selain dari tu kenapa puat majlis makan-makan sebab rasa nie la last boleh guna semua kemudahan nie seorang diri lepas nie tak boleh .........sekarang dah ada ramai yang duduk sini macam dahulu...........kira sekarang Blok 15 nie meriah gilerrr.........sukanya..........sukanya..............

Resipi Kek Cokelat Lembap @ Recipes Chocolate Moist

Lisa Amin




Hah tu dia ...........setelah sekian lama tak update blog.......akhirnya muncul juga......terus muncul resipi.....hilang lama mengejar masa.........tapi masih tak terkejar.........30 ogos 2013 cadangnya nak buat makan-makan sikit sempena hari raya................ada la masak-masak ajak rakan-rakan..........cadangan menu macam biasa la..............Laksa Lisa Lazat katanya..........lagi pun senang nak buat...selalu mak masak macam-macam tapi nanti tak termakan...........jadi cukuplah sekadar laksa, kek cokelat lembap, agar-agar, buah tembikai, buang mangga, colek mangga muda cukup la....kalau rajin goreng kenang kerr............bukan apa resipi kek cokelat lembap nie dah lama dok cari yang terbaik dan termudah dan sedap dimakan..........tengok ada macam-macam resipi...........tapi kalau boleh nak cari apa yang selalu ada kat rumah jerr........kalau guna bahan yang pelik-pelik malas nak cari..........tekak nie kalau nak makan bukan reti menyabar............dengan tekologi maklumat dihujung jari nie senang cerita...........buat perbandingan jerr antara resipi yang ada..................dan yang termudah adalah yang ini..............jumpa dalam FB Buku resipi dan disediakan oleh Nurul Amira......terima kasih tuan punya resipi.........banyak sebab kenapa guna resipi nie.....pertama bahan dia semua senang jer dan sentiasa ada kat bilik..............tak payah guna mixer..lebih mudah kepada orang yang takda mixer macam saya......gunan blander jerrr.......selain tak payah bakar...senang kan...........rumah bujang yang takda oven n mixer pun boleh buat kek............Adunan nie tadi terlebih masa sikit untuk masak sebab sukat pakai mug.....konon nak banyak la...........tamak hehehehe dah kena kukus 1 jam 45 minit............selain tu sukat pakai cawan kuning n sudu jeli...........bukan apa sekarang semua resipi yang dicuba kena buat nota sendiri..........kalau menjadi lain kali senang.......tak jadi pun lain kali senang nak ubah suai...........terutamanya barang yang kita guna untuk sukat........lebih mudah kita tulis...supaya kalau berlaku apa-apa pada resipi senang kita nak betulkan atau nak buat sekali lagi di lain masa..............



Bahan-Bahanya

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikabonat
1 sudu kecil baking powder
4@5 biji telur ...kalau kecil 5 biji...kebetulan yang ada kat umah telur gred c jerr...nak senang sukat pakai cawan ynag sama untuk sukat semua bahan........jadikan telur tu 1 cawan juga...nie berlajar dari pengalaman la..........
1 cawan gula pasir....kalau tak suka manis kurangkan
1 cawan susu ....kalau tak suka manis kurnagkan
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas



Cara-cara
  1. Ayak bahan kering dalam bekas besar supaya senang nak bancuh
  2. Masukan susu pekat dan gaul rata......tapi tadi buat macam susah jerr nak gaul rata so nak ubah sikit lain kali susu nak bancuh dengan air panas jerr kira last sekali la
  3. Blander telur dan gula hingga berbuih.........nak letak susu dalam blander nie pun okey juga tp rasanya kena blander telur sampai berbuih dulu.........baru masukan susu........
  4. Masukan minyak masak kacau sebati
  5. Masukan air panas....nak senang air panas  nie ambil jerr dari air kukus yang dah dijerang lebih awal
  6. Sambil mula buat nie boleh panaskan kukus hingga mendidih..........masak sehingga 1 jam lebih kurnag bergantung kepada saiz cawan yang digunaka........kalau guna cawan minum teh rasanya 1 jam dah masak..........kalau guna cawan yang lebih besar lebih lama tadi masak 1 jam 45 minit.........
  7. Nak tau dah masak kebelum cucuk dengan lidi atau garfu sampai semua tidak melekat......atau sehingga nampak kek merekah
  8. Jangan sesekali buka tudung periuk jika masa mengukus tidak cukup 1 jam sekurangnya sabor tunggu ya.....
  9. Tutup aduan dengan aluminium foil... takut nanti air bertakung dalam bekas kek
  10. Lebih mudah kukus dalam bekas plastik sebab ia tak melekat
  11. Gunakan cawan yang sama untuk sukat bahan .....tak kisah saiz apa pun...cuma kalau tengok resipi nie pemilik resipi guna cawan minum teh....kalau nak banyak gunakan mug
  12. Pasal susu tu terserah nak guna kaedah mana.......tapi pemilik resipi asal gaul dengan tepung yang diayak tadi kemudian dikuti bahan lain..............
  13. Guna cawan kuning........sudu jeli atau sudu kfc untuk baking powder

Untuk Sos Cokelat @ Topping


1 cawan serbuk cokelat
1 cawan susu pekat
1/2 buttercup


  1. Sejukan kek terlebih dahulu
  2. Campurkan semua bahan 
  3. Masak dengan kaedah double boiler ..............
  4. Tuang atas kak dan hiaskan dengan selera sendiri







09 July 2013

Puasa 2013

Lisa Amin

Apa cite nie..... Puasa pertama kat cahaya SPK tahun nie dengan 3D........mak pun ada kat sini.....puasa pertama tak tau nak masak apa? Biasanya masak rendang...... Tahun nie tak tau la nak masak apa.......kalau tahun lepas tak beli makanan kat luar..... Hari-hari  masak.... Tahun nie tak tau la......yang pasti sebelum balik kena kosongkan peti...... Dalam peti ais ada sotong, ayam, ikan salmon dan sayur....

08 July 2013

Kuih Raya 2013

Lisa Amin

Kuih raya apa tahun nie? Rasanya ada org tu kata tak nak buat kuih raya.....boleh pecaya kerr? tak mungkin lah.........dalam pada tak mo buat kuih raya sibuk juga pergi cari buttercup  nak tengok harga....makan lama makin mahal la pulak harga buttercup  tu....hari tu jusco ada buat sale kot......harga dia dalam rm 3je satu ketul satu hari jerr.....tapi malasnya nak pergi.....so terlepas la peluang.......tiba- tiba sekaranga menyesal ala pulak.......kan dah kata orang malas selalu rugi........

Azam kuih raya tahuna nie tak mo buat banyak jenis buat  yang wajib jerrr..... Tapi yang wajibpun banyak  juga....okey akan dikurangkan lagi list tu........malas kerr nak buat kuih.....rajin jerr cuma tahun nie rasa nak buat banyak kek jerrr kira macam all about cake this year......motif sangat kan......hahahaha nak abuat macam penulis buku bukan sekadar resipi tu..... Kalau makan kek disana ingat lah lisa di sini........boleh gitu......


05 July 2013

Resipi Butter Prawn @ Udang Bermentega

Lisa Amin

Walaupun serdaknya hangus.........tapi Budak Dayana Batrisya yang cerewet makan tu boleh kutip semua serdak nie.........dia kata ranggup sangat macam kelapa goreng



Al kisahnya sejak bila pulak la cik lisa nie makan udang............ewahhh dulu bukan main sombong kata tak makan udang.................tak sedap la............hehehehehe sekarang dah boleh makan dah tiba-tiba jerr kan..............yang penting ketam belum lagi  boleh makan macam makan udang......udang nie kalau sengaja nak beli dan masak memang la tak makan .............tapi kalau jumpa yang orang masak contoh dalam tom yam ker or masak sambal kerr............boleh la ambik dua 3 ekorr untuk makan...............berbanding dulu langsung tak nak cuba kan.............sanggup masak telur makan nasi dengan kicap.............tak tau lah kenapa anti sangat dengan udang..............tapi sebenarnya oker jerr.........

Masak butter Prawn nie dah lama nak cuba nie semua akibat makan kat bagan lalang hari tu dia tak tau buat udang yang ada habuk-habuk telur tu...................dia kata tu cara dia masak udang bermentega...........okey lah boleh diterima ..............masakan unik..........buat la cara macam mana pun boleh takda salah dan betulnya..................jadi dah dia kata macam tu terima jerr la...............lepas pada tu..........tiap kali pergi pasar malam duk intai-intai udang............rasa macam nak beli n masak jerrr...........tapi pikir pulak jangan buat lawak sangat la masak kat bilik bujang nie sapa nak makan.............cik lisa yang nak makan dah tentu tidak la kan................so kena la bersabar ingat nak balik kampung baru buat kasi puan Hajah Samsidah makan.............

Hari tu masa duduk kat Cahaya SPK suruh abnag ipar beli udang.............ingat nak masak dalam mee goreng masak cukur jambul Dafiya..............tapi bila tengok dia fresh n besar-bersar ...........sayang la pulak nak masuk buat rencah mee.................so simpan je la............Tiba lah masa yang dinanti nak masak Nutter Prawan..............menjadi la pulak.............cuma telur dia tu takjadi panjang-panjang bertali..........tali lebih halus macam kelapa parut pulak.................rasanya pun lebih raggup sebab hari tu minyak tu berbuih sangat tak perasan pulak dia dah garing................Tengok dan cokelat semua ................kelangkabut angkat hehehehe dan tapis baki minyak tu............untuk percubaan pertama okey la..........lain kali pasti buat lebih baik lagi.........



Bahan  A

500 gm udang
2 sudu minyak masak
2 ulas bawang putih
1 tangkai daun kari
4 biji cili padi
2 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh gula

Bahan B

4 biji kuning telur
2 sudu susu pekat manis
1/2 cawan minyak masak
2 sudu butter
1/2 sudu teh garam

Cara Menyediakan:


  1. Udang dibersihkan kemudian dulurkan garam dan garam dan gula kemudian goreng di dalam minyak sehingga suku masak. Ketepikan
  2. Kemudian tumiskan bawang putih sehingga naik bau, masukan daun kari dan cili padi.....akhir sekali masukan udang yang di goreng tadi dan ketepikan
  3. Kemudian buat serdak telur dengan memecahkan telur dan ambil bahagian kuning sahaja............pukul dengan susu dan garam sehingga sebati
  4. Sedikan kuali bersama mentega apabila cair masukan minyak masak dan panaskan minyak sehingga benar-benar panas dengan menggunakan api besar
  5. Apa bila mentega telah panas kawal api sehingga sederhana..........kemudian dengan menggunakan kedua-dua belah tangan dengan tangan kanan mengacau minyak sehingga kelihatan minyak berputar laju dalam kuali dengan menggunakan chopstick atau garffu dan tangan kiri menungkan telur kedalam kuali  buat dengan pantas dan kacau tanpa henti.......ketika ini minyak akan berbuih-buih dan itu adalah normal
  6. Setelah serdak terlur kelihatan kekuningan terus angkat dan toskan minyak yang berlebihan dengan penapis kelapa di dalam bekas.........
  7. Setelah minyak di toskan dengan sempurna bolehlah digaul bersama udang dan sedia untuk dihidangkan


04 July 2013

Siapa Permpuan Itu.........................

Lisa Amin




Siapa Perempuan Tu?????
Masih tertanya-tanya dan tercari-cari
Ada sebab naluri kamu menjemput kamu kesana
Ada sebab kenapa itu yang kamu nampak
Doa kamu termakbul barangkali
Allah masih sangat sayang kepada kamu
Jawapan masih ku nanti
Sabarlah wahai hati
Bila semunya terbukti
Tiba masanya melangkah pergi


Tolong lah jangan menolak realiti
Tiada yang bagusnya
Jangan tipu diri sendiri
Percayalah pada apa yang kamu lihat
Lisa kamu pasti boleh.........
Yang kamu perlukan setakat ini hanyalah
MASA..................DAN
MASA ITU AKAN TIBA BERSAMA PUTARAN WAKTU......