Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








21 January 2011

Broga Hill n Tragedi

Lisa Amin



 Mendaki bukit seawal jam 5 30 pagi bukan lah semudah yang disangka. Tambahan pula kami pergi terkejut-terkejut. Duduk bersantai melihat bulan mengambang dan dan bintang di dada langit. Ketika jam menginjak jam 4 pagi ketika mata sudah terasa berat. Kami melangkah kaki untuk  bilik dan terserempak dengan sekumpulan pelajar  yang mahu mendaki Broga Hill yang semakin popular.  Spontan terkeluar pekataan " Nak ikut"



Ternya mendaki di dalam cuaca gelab memberikan bonus kepada kami. Kalau hari sudah cerah mau menagis nak sampai ke puncak bukit.Bersama bekalan lampu suluh dan makanan kami memulakan pendakian dan tiba sekitar jam  630 pagi dan menunaikan solat di atas bukit yang sungguh indah.

Ketika kami sampai sudah ramai yang mendaki dan laluan pendakian sesak dan tidak putus-putus. Malah ada yang datang membawa anak kecil yang masih perlu didukung ada juga warga emas yang berusia lebih 60 tahun. Terdapat bermacam gelagat dan gaya.Pada hari kejadian juga terdapat Tragedi yang beritnya di muatkan dalam Utusan. Tapi pada masa tersebut kamu sudah bergerak turun dari bukit.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0120&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_24.htm

Pemandangan yang sungguh indah ini menjadi tarikan kepada para pencinta alam sekita jadi tidak hairanlah ia mejadi tempat yang sangat sesak. Tambahan pula pada hari tersebut merupakan hari cuti. Memang penuh dan lautan manusia dapat dilihat dnegan jelas di mana-mana. Laun turun dan nik semakin sesak apabila hari semakin cerah.

No comments: