Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








30 January 2011

Penampilan Baru Ratip Hatiku........

Lisa Amin


                                               
                                                  Ratip Hatiku Sbl

Hahahahaha .......... bila saya melihat Ratip Hatiku ni memang layu macam bunga kat atas tu sudah la layu serabut pulak tu, jadi saya putuskan untuk touch up dia hari ini.  Sudah agak lama juga saya mahu buat penampilan kepada wajah Ratip Hatiku ini, bukan nya apa saya sendiri kurang jelas membaca kandungan nya kerana warna yang kurang bersesuaian. Jadi ini mencari masa untuk menukar penampilan dan ianya bukanlah mudah......... busy sangat kononya.


Lebih ceria dan menyelerakan Ratip Hatiku / Ps: Perasan

Jadi bersemperna dengan cuti tahun baru china dan permulaan bulan febuari ni, bagus juga saya tukar sikit penampilan. Walaupun blog ni untuk saya syok sendiri-sendiri dan tidak pernah di umumkan kepada teman rapat kecuali mereka di luar sana yang dapat menemuinya di enjin carian. Mujur la tu kalau jumpa di enjin carian. Bukan apa, saya rasa kadang-kadang ketika saya menulis ada melibatkan insan di sekeliling saya. Jadi mana lah tau menguris hati dan perasaan, kerana saya hanya menulis mengikut nukilan saya tanpa merujuk kepada siapa-siapa. Mungkin ada yang tidak mau cerita mereka dipaparkan di dalam blog ini termasuklah wajah mereka. Jadi mohon maaf kepada mereka yang terlibat.


Ratip Hatiku melihat dunia dari pelbagai posisi

Selain itu saya juga merasakan blog ini masih tidak sempurna untuk tatapan umun.  Biarlah ia menjadi milik peribadi saya sahaja. Tambahan pula saya ni bila menulis agak gelojoh dan kurang berhati-hati. Banyak benda yang tersalah eja dan ada juga perkataan yang saya memang tak reti eja.... huhuhu pelikan bagai mana saya sentiasa dapat A dalam bahasa melayu saya sedangkan eja pun tak reti. Mungkin kerana idea saya dan saya pecaya karangan saya banyak menbantu. Kalau menulis memang ada huruf yang akan tertinggal sama ada tulis dengan tangan or komputer. Aneh tapi itulah kebenaranya saya pun hairan.. tapi nak buat macam mana........ yang penting saya kena semak dulu semua tulisan saya. Kalu tidak ada lah terkurang mana-mana pekataan. Tapi sindrom ni saya rasa berlaku kerana saya nak cepat dan saya ada banyak idea  nak ditulis kalau saya ambil masa yang lama untuk menulis mungkin idea saya akan hilang. Itulah penjelasan saya kenapa huruf saya selalu hilang dalam tulisan saya selali kurnag pandai mengeja. Heheheh pengakuan jujur ni....

No comments: