Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








21 January 2011

Hari cuti yang tak rasa apa-apa kalau, kita tak buat apa-apa

Lisa Amin

Hari cuti.......... tak kisah cuti apa pun tiadak terkeculi sabtu dan ahad. Benar kata orang kalau kita tak keluar melihat dunia, macam mana la dunia nak melihat kita. Menghabiskan masa cuti di rumah bukan lah tidak baik tetapi jika kita dapa memeriahkan suasana luar rumah pasti akan menjadi lebih menarik. Bila sebut cuti diman-mana akan dipenuhi  manusia semua tempat akan jem dan sesak. Dari pusat membeli-belah, taman hiburan, air terjun, atau dimana-mana sahaja ada tarikan.

Jika kita menghabiskan masa cuti di rumah kita akan kurnag pengalaman menarik ketika berasak-asak bersama orang ramai. Cuti Thaipusam hari ini 20 Jan 2011 kami mendaki Broga Hill. Seawal jam 430 pagi memulakan perjalanan ketika kami sampai ternya kami bukan lah terketogori dalam kumpulan yang awal. Kerana parking sudah hampir penuh. Memulakan pendakian awal menkadi lebih mudah kerana semuanya sedang menuju baik ke puncak bukit dan perjalanan menjadi sehala. Kami semua mendaki seperti dalam satu barisan panjang dari bawah bukit hinggalah ke puncak bukit. Malah ketika menghampiri puncak keadaan semakin jem hahahha.....

Selepas puas melihat matahari terbit, melihat alam, menikmati bayu pagi, melihat gelagat manusia kami memulakan perjalanan untuk turun. Wah sungguh mencabar licin dan ada kalanya perlu duduk. Ada di kalangan pendaki memilih untuk mengelungsur rurun. Bahaya betul tindakan mereka walaupun kelihatan snagat lah seronok. Perjalanan turun semakin sukar kerana pertembungan mereka yang naik dan turun. Sebaik turun kami menikmati ais cream. Nikmat dapat sejukan tekak. Kami merancang untuk mandi di sungai tengkala walaupun tak bawa baju rancanagan sponta. Kami bercadang mandi dengan baju yang ada dan balik apabila baju telah kering. Ketika tiba di tengkala kelihatan raminya manusia parkingnya telah penuh. Kami putuskan ke sungai Gabai..... Ternya keadaan lebih teruk. paking memang penuh dan perlu berjalan jauh. membatalkan hasrat untuk mandi balik je la. Hari pun dah menghampiri jam 12 tengah hari.

No comments: