Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








12 March 2011

Dato' Azizan Yakob Al fatihah.................

Lisa Amin

Al fatihah lagi buat yang telah tiada........... minggu lepas 28 Feb 2011 Dato Azizan Yakob sepupu telah kembali kepadanya seperti yang diaturkan oleh Allah. Sakitnya cuma seketika menjadi sebab kepada kematian yang telah terancang sejak azali lagi. Sempat menjalani pembedahan di HKL pada hari ahad dan berada dalam keadaan koma pada hari isnin. Saya yang menerima berita ini dari kakak saya pergi ke HKL dengan segera pada petang tersebut. Pemergian saya dengan menaiki komuter sehingga ke KL senteral dan kemudianya memilih monorel ke titiwangsa dan menuju ke HKL dengan kereta kak ini. Setibanyanya di Titiwangsa hujan turun dengan lebatnya. Kami menuju ke ICU untuk melawat arwah yang ditemani oleh ibu,isteri-isterinya, anak-anak dan adik beradik yang lain. Sudah lama tidak bertemu mereka kecuali mak saudara saya itu. Tidak sangka pertemuan kali ini di dalam keadaan yang sedemikian.

Arwah merupakan seorang tokoh yang begiat aktif dalam politik dan pernah menjadi adun pulau tawar sekita tahun 90an. Kami agak rapat kerana arwah selalu menjadikan rumah saya sebagai persinggahan jika pulang ke kampung. Makan dan tidur di ruamh kami menjadi pekara biasa. Katanya sambal tempoyak mentah mak saya antara yang terbaik. Permergianya secara tiba-tiba pastinya mengejutkan semua orang tambahan pula beliau bercadang membawa isterinya dan mak beliau mengerjakan umarah pada 8 mac 2011. Hasratnya tidak kesampaian katanya selepas itu beliau ingin mengerjakan fardu haji pula. Anak yang ke dua pula bakal melapor diri di pulapor untuk menjadi polis.Dua cerita ini begitu mengharukan kami semua.

Ketika saya melawat beliau pada petang tersebut memang keadaanya agak tenat dan saya berdoa semoga beliau cepat sembuh walaupun menurut doktor beliau tiadak akan pulih seperti biasa. Sebaik sahaja waktu melawat jam 7 malam tamat kami meninggalkan hospital dengan harapan dapat menyusul lagi di kemudian hari. Tapi nampaknya tidak kesampaian. Pada malam tersebut jam 11 malam beliau telah menghebuskan nafasnya yang terakhir saya pula ketika mendapat berita tersebut baru sahaja tiba di bangi dan belum sempat masuk ke rumah pun  lagi.  Hampir kesemua ahli keluarga saya pulang ke kampung untuk melawat beliau. Semoga rohnya bersemadi dengan aman ................

Minggu ini pula saya berhadapan satu lagi kematian oleh bapa seorang pelajar di KKM, UKM ini. Jenazah disemadikan di Seremban Negeri Sembilan dan pada hari tersebut cuaca redup di iringi dengan hujan renyai-renyai mengirigi jenazah ke tanah Perkuburna Islam Sikamat. Sekali lagi saya mengadap jenazah dalam tempoh 2 minggu berturut-turut. Saya berharap tiada lagi sesiapa yang dekat dengan saya akan meninggalakan kita semua..................

No comments: