Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








25 March 2011

Doa Selamat Cahaya SPK

Lisa Amin


Pemilik Cahaya SPK


Dalam riuh rendah suasana 19 Mac 2011 di cahaya SPK itu tersimpan sendu yang jauh di dalam hati pemilik rumah ini. Saya pecaya rasa itu ada kerana sebelum balik beliau sempat membisikan " hatarkan satay ini kepada si dia" . Aduh bagaimana mahu dihantar sedangkan si dia telah pergi mengadap ilahi....... dan pada hari itu saya juga rindukan abang zama. Kenapa saya rindu padanya?  Saya tiada jawapanya.... hati sekeras batu macam saya bila rindu agaknya apalah makanya.Bagi saya menu satay kali ini bukan sahaja mencapai impian tuan rumah tapi melapaskan rindu tuan rumah kepada si dia. Kering air mata si dia ketika kami membuat satay ini. Dan dengan air mata itu saya tahu bahawa tuan rumah ini benar-benar maksudkanya. Semoga tercapai hajat ini dan lepaslah beban di dada.


Sate dan air mata

Tapi pada hari tersebut kami sekeluaraga gembira kerana lebih separuh adik beradik kami yang berjumlah 10 orang itu ada meraikan majlis ini. Malah kami berjaya menghasilkan 2000 ribu cucuk satay untuk majlis ini, yang dibuat selama 2 hari di rumah kak long saya. Kak Azi dan Kak Liza didatangkan khas dari jerantut bagi membuat satay ini. Bukan kerja mudah........... penat yang berbaloi kata orang. Rasa gembira ketika menghidangkanya jauh beza dengan kita menghidangkan makanan yang ditempah.


3 dari 5 biji kek

Dalam majlis ini juga kami mengadakan majlis hari lahir untuk 2 orang anak saudara saya dengan kek sebanyak 5 bijik............... Jangan main-main lima biji kek........... kenduri kek kami hari tersebut.Antara menu yang terhidang Laksa, Nasi ayam percik, kambing golek dan makanan ringan yang lain. Bagi kanak-kanak satu belon angin berbentuk istana telah di tempah khas bagi gelanggang mereka bermain. Sayangnya ketika N3 ini ditulis saya tidak dapat upload gambar kerana tertinggal di sana. Bila la nak ambik ni........


Generasi Ke-3

Kehadiran mak, Kak long,Kak azi, Kak liza, Abg lee, Abg man, Lan, Ajak, Ika, Yah, Adik wan dan Alif mengamatkan suasana tambahan cucu baru kami yang ke 3 baru sahaja habis pantang pada hari tersebut.Melihat Kak long saya yang sedang bahagia bersama cinta baru membuatkan saya senyum. Benar kata orang aura bahagia kerana cinta itu sukar disorok. Cinta yang akan membuatkan sesiapa sahaja jadi angau........ dan mabuk cinta. Apa saya doakan kak long saya bertemu cinta bahagia hingga ke akhir hayat setelah puas berendam air mata dalam badai rumah tangga yang terdahulu.

No comments: