Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








15 March 2011

Sungai Congkak Hulu Langat

Lisa Amin




Sungai congkak dan perjalanan yang tidak terduga ini memang pekara biasa bagi team poya-poya kami. Biasanya kalau merancang, terancang dan di rancang ia tidak menjadi. Jadi selalunya kalau dekat-dekat ni kami buat perjalanan terkejut-terkejut je. Hari sabtu kami bersungguh panjat bukit di tanjung tuan. Hari ahad tidak merancang ke mana-mana cuma makan tengah hari saja di pecal lele adila.  Cuaca boleh tahan panas dan teriknya kalau mandi sungai ni dah kena. Jadi kami  telah terpergi ke sungai congkak dan bertolak selepas zohor............ Mandi dan manda airnya sungguh la dingin.................



Sungai congkak ni bukan apa kawasan perkelahanya agak panjang...... ada tempat yang tidak dalam sehinggalah sederhana dalam dan sesuai bawa kanak-kanak kerana kawasanya yang tidak begitu bahaya. Cuma airnya agak laju di sesetengah tempat jadi kalau bawa budak- budak kena lah berhati-hati.



Sungai congkak ini antara kawasan perkelahan yang mempunyai infrastruktur yang terbaik kerana terdapat banyak kemudahan di sini dari pondok rehat, tapak perkemahan, wakaf, surau, bilik persalinan, dan juga tandas selain itu terdapat juga kawasan permainan kanak-kanak. Setiapa pengunjung yang datang akan dikenakan bayaran sebanyak RM 1 kepada mereka yang berusia lebih 12 tahun. Parking kereta pula RM 3 boleh la sebab kira sekali parking............ nak parking dari pagi sampai malam pun tak de siapa kisah.



Terdapa juga chalets yang disediakan untuk kemudahan mereka yang ingin bermalam bago 4 pax dengan harga Rm 80 cuti umum dan Rm 60 hari biasa. Chalets bagi VIP dengan 3 bilik berharga RM 350. Terdapat juga kawasan astaka yang boleh disewa dengan kadar Rm 400 . Bagi mereka yang ingin berkemah pula terdapat tapak kemaha yang di sediakan dengan kadar sewa Rm 10 bagi satu malam. Bagi mereka yang ingin menganjurkan hari keluarga boleh menbuat tempahan bagi perkhidmatan  makanan, canopy  adn PA System.



Kepada mereka yang berminat untuk membuat tempahan sila berhubung dengan pegawai yang berkenaan  017-3795815 Encik Zilkafli @Shahrehan 013-3869723 . Tempahan awal memerlukan deposite sebanyak 50% dan di masukan ke dalam akaun RHB Bank: 2-12255-0001181-0 atas nama Tourism Selangor Sdn Bhd.

No comments: