Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








22 October 2011

Laut Kenapa Airnya Masin???

Lisa Amin



Lain satu lagi kedamaian alam yang tiada tandinganya  tempat berhibur, mencari rezeki dan juga mencari kedamaian. Tapi pernahkah kita terfikir mengapa air laut sangat masin? Salah satu kebesaran Allah yang jarang kita lihat dari mata hati. Kita selalu berkunjung ke laut tapi tidak pernah berfikir dengan lebih mendalam lagi. Semua orang sedia maklum bahawa lebih daripada sebahagian alam ini terdiri dari air.



Air di muka bumi ini bermula dengan mata air yang tersimpan di dalam tanah kemudia terbit dan mula mengalir semakin lama semakin besar aliranya lalu ia menjadi sungai yang mengalir. sungai yang mengalir ini akan mula bercantum lalu ia akan menjadi sungai yang lebih besar. sungai yang lebih besar ini akan mengalir ke laut. di di lautlah air tawar dan masin ini akan bersatu. Dan dalam sepanjang aliran sungai itu segala macam sisa buangan kita salirkan dari bahan terbuang hinggalah air terawat. Segala jenis sampah dan air kumbuhan dan laut itulah penerima semua sisa itu. Cuba bayangkan laut yang menutupi bumi ini hanya terdiri dari air tawar yang pastinya akan menjadikan ia sebagai satu tempat yang penuh dengan segala macam kotoran. Adakah airnya masih tidak berbau seperti laut sekarang? Segala hidupan laut pasti akan mati kerana punca air yang tercemar ini.

Jadi Allah ciptakan air laut itu masin sebagai pengawet semula jadi kepada semua kotoran yang dialirkan kepadanya.

21 October 2011

Lihatlah Awan Di Atas Sana

Lisa Amin





Lihatlah awan di atas sana, Berarak mengikuti ku

Melihat awan, langit, bulan dan bintang bagi ku ia bagaikan satu anugerah. Kerana ia mampu menghilangkan keluh resah di dada. Malah ia mampu menwujukan rasa syukur dan nikmatnya bernaung di bumi Allah ini.Ia seolah-olah tidak bertepian saujana mata memandang. Melihat keindahanya dapat dirasakan bagai mahu melihat dunia di sebalik sana. Apa agaknya di sebalik awan ini seolah-olah wujud dunia lain di sana. terutamanya ketika pagi dan senja. Dengan tones warna nya sahaja sudah cukup indah tidak tergambar oleh kata-kata. Hakikatnya perasaan ini wujud kerana ia dekat dengan Allah yang menciptanya

12 October 2011

Doorgift Perkahwinan

Lisa Amin



Sekarang ni bulan sepuluh...... tak lama lagi cuti sekolah bulan sebelas dan dua belas. Macam biasa la sekarang dah ramai rakan-rakan yang minta alamat nak pos kad katanya. Kepada balal pengantin pulak akan pening kepala memikirkan doorgift yang nak di hadiakan kepada tetamu yang datang sebagai ucapan terima kasih. Kepada yang ada lebih baje blh la bagai yang mahal kan. Kepada yang kekurangan bajet boleh la memilih doorfift yang lebih murah. Sekarang ni pun macam-macam ada pilih saja.


Dulu trend bagai bahalu la, kek la, cup kek la dan yang terkini kek lapis sarawak. Kalau orang semenanjung mesti rasa ala susahnya nak cari kek ni. Sebenarnya sekarang ni dah ramai pengusaha di semenanjung yang dah buat. Jadi kepada yang tinggal sekitar kajang dan bangi boleh la intai-intai kek lapis yang ditawarkan oleh kek lapis Qalas yang beralamat di No 16-G, Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral, Jalan Reko, Kajang Selangor. Atau berhubung terus di talian 0387339200 @ 0177184313. Kek Lapis yang di tawarkan terdapat dalam pelbagai perasa dan saiz.  Bermula dengan harga Rm 1.50 sepotong hingga Rm 50 sebuku. Turut menawarkan harga yang lebih rendah bagi kek yang di buat dengan marjerin berbanding buttercup. Diskaun turut diberi kepada mereka yang membuat tempahan melebihi 200 unit.

09 October 2011

Bagaimana harus Kita memberi dan menerima??

Lisa Amin

Teruskan memberi supaya ia mekar


Adat memberi kena adil .... ada menerima kena bersyukur

Lisa Amin:: Keliru

Lisa Amin



Sepohon pokok pun ada dahan yang berdaun dan ada juga dahan yang hanya ranting sahaja walaupun dari pohon yang sama... Mungkinkah ini yang di katakan takdir?


Hidup sebagai manusia ni memang serba tak kena? " Serba tak kena kenapa pulak erkk?
Macam ni sebenarnya budak Lisa Amin ni baru terpikir satu soalan..........

Benarkah sifat terlalu memahami dan bertolak-ansur itu akan memakan diri?

Ya la kadang-kadang kita ni sebagai manusia kena bertolak-ansur........... tapi bukankah hakikatnya bertolak ansur itu perlu dilakukan oleh semua orang dan bukanya oleh satu pihak sahaja.Tapi jika hanya kita saja yang bertolak-ansur kadang kala jika dipikir dua kali ia macam tidak adil. Seolah-olah kita ini tiada perasaan dan hipokrit kerana sentiasa bersabar........ Kalau dikutkan hati kita ni bukan la sabar sangat cuma jadi insan yang lebih memahami............

Jadi siap pula kan faham kita jika kita sahaja yang faham orang lain????