Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








09 October 2011

Lisa Amin:: Keliru

Lisa Amin



Sepohon pokok pun ada dahan yang berdaun dan ada juga dahan yang hanya ranting sahaja walaupun dari pohon yang sama... Mungkinkah ini yang di katakan takdir?


Hidup sebagai manusia ni memang serba tak kena? " Serba tak kena kenapa pulak erkk?
Macam ni sebenarnya budak Lisa Amin ni baru terpikir satu soalan..........

Benarkah sifat terlalu memahami dan bertolak-ansur itu akan memakan diri?

Ya la kadang-kadang kita ni sebagai manusia kena bertolak-ansur........... tapi bukankah hakikatnya bertolak ansur itu perlu dilakukan oleh semua orang dan bukanya oleh satu pihak sahaja.Tapi jika hanya kita saja yang bertolak-ansur kadang kala jika dipikir dua kali ia macam tidak adil. Seolah-olah kita ini tiada perasaan dan hipokrit kerana sentiasa bersabar........ Kalau dikutkan hati kita ni bukan la sabar sangat cuma jadi insan yang lebih memahami............

Jadi siap pula kan faham kita jika kita sahaja yang faham orang lain????

No comments: