Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








21 October 2011

Lihatlah Awan Di Atas Sana

Lisa Amin





Lihatlah awan di atas sana, Berarak mengikuti ku

Melihat awan, langit, bulan dan bintang bagi ku ia bagaikan satu anugerah. Kerana ia mampu menghilangkan keluh resah di dada. Malah ia mampu menwujukan rasa syukur dan nikmatnya bernaung di bumi Allah ini.Ia seolah-olah tidak bertepian saujana mata memandang. Melihat keindahanya dapat dirasakan bagai mahu melihat dunia di sebalik sana. Apa agaknya di sebalik awan ini seolah-olah wujud dunia lain di sana. terutamanya ketika pagi dan senja. Dengan tones warna nya sahaja sudah cukup indah tidak tergambar oleh kata-kata. Hakikatnya perasaan ini wujud kerana ia dekat dengan Allah yang menciptanya

No comments: