Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








22 October 2011

Laut Kenapa Airnya Masin???

Lisa Amin



Lain satu lagi kedamaian alam yang tiada tandinganya  tempat berhibur, mencari rezeki dan juga mencari kedamaian. Tapi pernahkah kita terfikir mengapa air laut sangat masin? Salah satu kebesaran Allah yang jarang kita lihat dari mata hati. Kita selalu berkunjung ke laut tapi tidak pernah berfikir dengan lebih mendalam lagi. Semua orang sedia maklum bahawa lebih daripada sebahagian alam ini terdiri dari air.



Air di muka bumi ini bermula dengan mata air yang tersimpan di dalam tanah kemudia terbit dan mula mengalir semakin lama semakin besar aliranya lalu ia menjadi sungai yang mengalir. sungai yang mengalir ini akan mula bercantum lalu ia akan menjadi sungai yang lebih besar. sungai yang lebih besar ini akan mengalir ke laut. di di lautlah air tawar dan masin ini akan bersatu. Dan dalam sepanjang aliran sungai itu segala macam sisa buangan kita salirkan dari bahan terbuang hinggalah air terawat. Segala jenis sampah dan air kumbuhan dan laut itulah penerima semua sisa itu. Cuba bayangkan laut yang menutupi bumi ini hanya terdiri dari air tawar yang pastinya akan menjadikan ia sebagai satu tempat yang penuh dengan segala macam kotoran. Adakah airnya masih tidak berbau seperti laut sekarang? Segala hidupan laut pasti akan mati kerana punca air yang tercemar ini.

Jadi Allah ciptakan air laut itu masin sebagai pengawet semula jadi kepada semua kotoran yang dialirkan kepadanya.

No comments: