Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








03 June 2013

Ikan Patin Masak Tempoyak

Lisa Amin

Ikan Patin Masak Tempoyak

Masak tempoyak merupakan salah satu masakan tradisi orang pahang. Masak tempoyak kami berbeza dengan derang negeri sembilan atau perak. Ia juga masakan ABC sungguh mudah tapi tidak semua orang dapat menghasilkan rasanya yang benar-benar sedap. Dalam keluarga kami semuanya boleh memasak tempoyak ini tapi bagi saya rasanya memang sama sekali tidak sama. Dan dalam hal ini hanya seorang sahaja  yang berjaya memasak masak tempoyak yang membuatkan saya makan dengan berseleran sekali iaitu kakak ipar saya ianya benar-benar menepati citarasa saya.Masakan tempoyak ini sangat simple dan mudah....

Bahan-bahanya:

  1. 5 Sudu tempoyak ( biasanya tempoyak masam)
  2. 8-10 biji cili padi
  3. 1 inci kunyit hidup
  4. 1 liter air 
  5. Garam secukup rasa
  6. Daum kesum @ kantan @ kesin( sejenis pokok hutan macam daun kunyit) Nak tengok rupa daun kesin Klik Sini
  7. 1 ekor ikan sederhana besar kira 1 1/2 kg  ( biasanya ikan sungai seperti patin dan talipia)
  8. Ramapai ( biasanya kami akan mencampurkan nya dengan ubi keledek, ubi kayu, keladi, timun, terung atau bendi)

No comments: