Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








19 April 2013

Resipe Grilled Salmon

Lisa Amin






Tiba-tiba la kan............ tekak nie nak makan ikan pulak...............ikan bukan sebarang ikan nak makan ikan salmon...........geram tengok isi nya yang oren tuh.............nyummm.........nyummmm kebetulan pergi berpoya-poya kat mid valley hari tu masuk Jusco ternampak la pulak ikan salmon yang cukup segar dan meyelerakan..............jadi apa lagi ambil la satu................

Selalu kalau nak makan nie ............makan kat hotel jer..........Hotel u..........so kali nie nak bawa balik ke dapur bujang nie.............lagi pun dah lama tak berasap........ pandai ker nak masak???? huhuhuhu............kata orang ikan yang lazat macam nie jangan masak pelik-pelik sangat nanti rasanya akan hilang.........ya la tu.....

Jadi nak mudah campak-campak jerrr...........baru la lazat..................



Bahan-bahanya

1 keping fillet ikan salmom
Secubit  garam
Secubit lada hitam
Secubit mix herbs
Secubit oregano
1 sudu olive oil
1 sudu teh perahan lemon


Caranya


  1. Bersihkan fillet ikan salmon hingga bersih kemudian keringkan dengan tisu dapur
  2. Lumurkan fillet ikan salmon dengan semua bahan di atas dan perap selama 3 jam di dalam peti ais supaya bahanya meresap kedalam ikan
  3. Panaskan grill............disebabkan dapur bujang nie serba kekurangan maka saya gunakan non stick pan untuk grill ikan nie .........hidup kena kratif ma.....jangan bataskan keinginan sebab kita takda bahan@barang yang canggih macam orang lain...............jangan putus asa fikir.....kita yang buat dia kan....
  4. Disebabkan tadi dah ada olive oil jadi tak perlu tambah apa-apa lagi terus grill kan sahaja cuma jika terlalu kering boleh tambahkan sedikit lagi butter or olive oil

Bahan sampingan yang lain untuk menjadikan hidangan nie lengkap boleh la goreng kentang atau buat mashed potato dan juga buat coleslow atau buat salad atau just rebuskan sayur macam broccoli, bunga kubis, carot. Terserahlah pada anda kombinasi mana yang anda suka....

Bahan untuk sos pun terserah pada anda........sama ada nak buat sos black paper@ sos lemon atau sos cili, mayonnaise dan juga  thousand island nak resipi sos boleh ggoogle yerr 




KATAKAN........LAH...........

Lisa Amin





WITHOUT COMMUNICATION THERE IS NO RELATIONSHIP,
WITHOUT RESPECT THERE IS NO LOVE,
WITHOUT TRUST THERE IS NO REASON TO CONTINUE.

18 April 2013

Koleksi Pinggan Mangkuk ..........Baru Dari Gudang

Lisa Amin





Koleksi putih gebu.................Yang putih itu indah..........nak makan pun kena la cantik-cantik kan .....supaya semuanya nampak sempurna..............ni antara koleksi yang di tunggu sejak sekian lama..........tunggu masa je nak beli...........semua cantik-cantik belaka...........Cik Lisa Amin Kalau masuk kedai pinggan mangkuk memang la riang tak terkira ............hati pun berbunga-bunga jer..........macam jatuh cinta lagi..............Ohh jatuh cinta cam tu kerr???? hehehehehe



Nie kebetulan hari tu masa pergi pasar borong sempat singgah kedai nie............memang besar dan lengkap terutamanya kepada mereka yang masuk dalam bidang industri makanan..............semua koleksi ada teramasuk lah peralatan catering...............memang meriah dan menarik oooooo................



Jadi bersama kesempatan yang ada saya pun mengambil kesempatan untuk bershopping la...........rembat apa yang sempat............barang-barnag yang dia dah longgok........untuk jualan murah....ada yang  Rm 5 untuk tiga barang dan RM10 untuk tiga barang..............

Cik Lisa Amin

16 April 2013

Resipi Apam Tepung Beras

Lisa Amin




Nie sesuai buat minum petang atau sarapan pagi..........tapi kalau nak buat sarapan pagi kena buat dengan terancang la sebab perlukan masa yang lama untuk perap adunan nya.............kena buat 2 kali baru hasilnya sempurna........yang pertama bukan apa..........derhaka......tak ikut sukatan airnya.........hehehehe kan dah tak jadi............tapi kali kedua tak derhaka lagi maka terhasilah apam yang cantik gebu........



Bahan-bahanya

1 cawan tapai nasi
1 cawan gula
2 cawan air
3 cawan tepung beras
1 paket eno biru
Sedikit kelapa parut untuk hiasan

Cara-cara


  1. Blander tapai bersama gula dan 1 cawan air.........masuk air sedikit demi sedikit untuk pastikan gula hancur
  2. Campurkan bahan yang di blander tadi dengan tepung beras dan kacau sebati.......kemudian masukan lagi 1 cawan air dalam blander untuk bersihkan sisa-sisa tapai dan tuangkan dalam adunan....setelah semunya sebati..........simpam aduanan untuk 4 jam sekuran-kurangnya..........
  3. Setelah 4 jam boleh sediakan kukus ......panaskan hingga benar-benar air medidih..........sambil tunggu kukus panas masukan 1 paket eno biru dalam adunan dan kacau sebati...............ketika ini jika nak tambah pewarna boleh dicampurkan dalam aduana sebelum dikukus
  4. Kukus dengan api yang besar selama 10-15 minit.......
  • Jika guna acuan yang bergerigi ditepi sapukan sedikit minyak masak supaya tidak meleka
Cara buat tapai..........
  1. Nasi sejuk sebanyak 2 cawan 
  2. 1/4 bahagian dari ragi.........hancurkan ragi dan gaul rata bersama nasi........
  3. Simpan dalam suhu bilik dalam bekas bertutup selama 24 jam...........
  4. Setelah nasi menjadi tapai boleh simpan dalam peti ais............boleh simpan untuk tempoh 2 minggu jika tidak mahu menggunakanya terus bagi membuat apam.........

08 April 2013

Belimbing Rebus @ Sambal Hitam Belimbing Rebus

Lisa Amin

Tak mo cerita pasal sambalnya cuma  nak cerita pasal susahnya nak buat belimbing tu jadi hitam setelah di rebus..........proses membuatnya bukan senang memerlukan masa sehari untuk menjadikannya hitam.........Rasa sambalnya tidak perlu dinafikan lagi memang siapa yang makan akan minta nak tambah nasi lagi..........rasanya setakat nie tak pernah dapat comment negetif untuk yang pertama kali mencubanya....LAZAT................LAZAT.........LAZAT..........Tapi sebelum dapat sambalnya tu kena ada belimbingnya dulu...........tanpa belimbing yang di rebus jangan mimpi ada sambal hitam...........



Nie lah rupa pokok  buah belimbing tu ........ada ke sesiapa yang tak kenal????? mujur la kebun kami ada stok pokok belimbing sebanyak 3 pokok..............so tak perlu nak merempat mintak dari pokok orang lain.

Ini lah Pokok Belimbing Buluh

Ini rupa buah nya dari dekat
 Montel-montel belimbing kebun kami........biasanya pokok belimbing nie tak lah besar sangat yang sedang sedang jer..........kadang kala poko yang sebesar lengan dah mula mengeluarkan buah..........buahnya biasanya melekat di dahan dan batang jadi senang nak ambil........kadang kala sampai hampir mencecah tanah masih berbuah lagi di batangnya........

Nie la rupa buah yang berjaya dipetik oleh sisa-sisa tenaga yang ada.....berpinar biji mata nak jolok buah belimbing nie dah la kecik-kecik...........jadi kat bawah dia sila letak tikar ya supaya anda tidak perlu mengutip buah yang gugur satu persatu di dalam semak..............

Ni pulak proses menyunat belimbing kenapa kena "sunat' kena buang dia punya tampuk dan tangkai kalau tidak nanti belimbing rebusnya macam ada habuk dari tampuknya nampak kotor dan tak bersih.............biasa la kerja dengan mak teh sidah kan.......mana boleh lebih kurang semunya kena sempurna..........cerewet sangat mak saya nie........tapi tak pe untuk kebaikan bersama.......tapi ada je sebenarnya orang rebus jer dengan tampuk dia tu........kalau malas ........banyak tu nak buang satu-satu..........
Nie la rupanya yang dah di bersihkan dibuang tangkai dan tampuknya.........nampak kan beza dengan gambar kat atas yang banyak habuk hitam dan tangkai kat atas tu..........sekarang semuanya dah hijau berseri-seri.........jangan lupa basuh erkkk.............jaga lah kebersihan penyediaan makanan anda.........

Apabila dipetik dari pokoknya pilih yang sedang muda.........jagangam ambil buah yang masak ini kerana buah tersebut telah mengandungi air yang sangat banyak dan lembik atau dengan kata lain pilih buah yang muda.........

Tin biskut atau minyak diperlukan merebus belimbing.........jangan sekali merebus di dalam perikuk melainkan nada bersedia untuk membuang periuk tersebut selepas ini......

Biarkan belimbing tanpa di tambah bahan lain kecuali garam.........untuk tin yang penuh begini lebih kurang satu mangkuk sederhana besar garam yang di perlukan.........Kalau ada lebih belimbing dari satu tin jangan risau ia boleh ditambah dari semasa kesemasa apabila ia semakin berkurangan..........Top up kan jer tak perlu rebus 2 kali..........

Air belimbing akan terhasil dengan sendirinya dan biarkan sehingga kering barulah dikira belingbing rebus tersebut telah masak.....air nie kalau ambil sikit buat air asam sedap sangat.......boleh makan dengan ayam,ikan atau daging bakar......air asam tu cuma letak bawang, cili dan gula jer..................air nie juga boleh disimpan bertahun lamanya untuk buat air basuhan ikan,ayam atau daging...........untuk hilangkan hanyir .......

Semasa diangkat dari dapur belimbing kering seperti ini tidak kelihatan lagi air nya...............JANGAN SESEKALI MENGACAU BELIMBING YANG SEDANG DIREBUS............Nampak setengan tin kan banyak sebenarnya ni adalah hasil dari 2 tin belimbing yang direbus kalau satu tin lagi kecut dan kurang dari gambar di atas anda mungkin dapat cuma 1/4 bahagian jer untuk 1 tin tu...............


Belimbing nie biasanya memang direbus dalam tin.......sama ada tin biskut atau apa-apa jenis tin yang ada yang boleh dibakar la...........dalam periuk tidak digalakkan sama sekali kerana ia akan merosakan periuk dengan sifat asidnya yang masam dari air belimbing..........kecualilah anda tidak kisah dengan periuk anda berlubang lepas tu.....boleh terus buang periuk tu .........semasa merebus tiada bahan lain ditambah melainkan garam kasar sahaja.........untuk satu tin macam nie 1 mangkuk sedarhana besar garam yang diperlukan..........biar terlebih garam jagan kurang garam kerana ia akan meenyebabkan belimbing tidak tahan lama dan berkulat.........untuk melihat hasil yang baik apabila belimbing rebus yang telah kering terdapat hablur garam tertinggal bersama belimbing.Masa yang diperlukan untuk merebus belimbing satu tin sebesar ini sekurnagnya 8 hingga 10 jam.............sehingga air yang terhasil dari belimbing kering dengan sendiri nya............semasa merebus air akan keluar dengan banyak......biarkan sahaja sehingga ia  kering dengan sendiri ...........jika semasa merebus air tersebut telah kering yang tinggal hanya belimbing sahaja didalam tin seperti gambar itu menunjukan belimbing telah masak.

Warna belimbing yang masak paling baik lebih hitam lebih tahan lama.........

Sekurangnya warna belimbing rebus seperti ini cokelat gelap.............


Semasa merebus belimbing apinya tidak perlu terlalu besar nanti akan menghanguskan bahagian dasar tin........rugi nanti kena buang........ada juga yang memgalas bahagian bawah tin dengan pelepah pisang sebelum dimasukan belimbing.Belimbing tidak perlu dikacau biarkan sahaja ini kerana makin lama makin megecut dan menyusut kedasar tin apabila ianya kering...... setelah masak toskan@ tapiskan belimbing di dalam tapis sekurangnya 24 jam sebelum di simpan di dalam bekas.............air yang telah ditoskan boleh disimpan dalam botol untuk membuat air basuhan ikan, ayam atau daging..........ia boleh membuang hanyir ikan...........belimbing yang disimpan kadangkala akan berair sedikit  walaupun dah ditoskan selama satu malam......tidak mengapa biarkan sahaja

Kalau orang pahang pulak semasa hari merebus belimbing wajib membuat menu ikan bakar , ayam bakar atau daging bakar untuk dicicah dengan air belimbing rebus.................buat macam biasa jer letak bawang, cili padi dan sedikit gula hemmmm memang lazat air belimbing cicah ikan bakar...........nyum......nyummm.........kalau air yang dah lama tu rasanya tak sedap lagi setakat seminggu dua air yang disimpan tu sedap la untuk buat air asam tu...........kalau tidak simpan untuk cuci ikan je la air tu................








20 March 2013

Terlibat lagi.............

Lisa Amin




Ntah la tak paham juga..............kenapa selalu jer terlibat dengan benda pelik-pelik.........mesti nampak benda yang orang lain tak perasan............tahu benda yang orang lain tak tahu........... itulah masalahnya....

Malam nie kes hilang barang pulak................hari esok mesti kena panggil dengan encik bos............tapi pengajaranya malam nie..............kalau orang marah..........kita jagangan cakap banyak.....sebaliknya ambil peluang untuk analisis apa yang dia cakap.............fikir dan baru berhujah...............terutamanya dalam kes salah meyalahkan.........dalam dia bercakap mesti ada salah fakta................

Siap nak lapor polis lagi..................elok la tu..................sila la lapor tegak kan hak anda okey.....



Ohhh Nasi Goreng.......

Lisa Amin

Nasi goreng wajib kot.............sebab bila masak nasi jerr..........mesti ada lebih..........jadi simpan dalam peti sejuk kemudian buat nasi goreng............  ada macamx2 jenis nasi goreng tapi yang paling suka masak nasi goreng kampung la............



Wow birunya mata ikan bilis nie.............nie ikan bilis beli kat sabah hari tu.........walaupun kat sini ada tapi lain sikit.......... ia lebih putih dan tidak kering macam ikan bilis kat sini.........nie kalau buat nasi lemak memang sedap...............Nie kiranya nasi goreng kampung la...........makan dengan keropok........



Nie nasi goreng kerabu.....buat nie sebab bahan dia ada cukup sekurangnya kena ada serai dan daun limau purut selain kacang panjang.............sekali sekala ubah selera apa salahnya.


Nie pulak nasi goreng kampung versi ikan bilis biasa.............

19 March 2013

Sayur.........Sayur...........Sayur

Lisa Amin

Sayur pulak macam mana....sayur memang jarang masak kecuali sayur campur, soup sayur sebab tu jerr bahan sayur yang selalu ada dalam peti ais.........kadang kala beli ulam-ulam jer macam timun, kacang botol dan kacang panjang.................sebab semua sayur nie sesuai makan dengan nasi goreng???


Hah apa dia nie??? ni la salah satu makan orang pahang....sayur keladi masak tempoyak....tapi ambil bahagian yang paling dalam.......ia berwarna putih.........dan perlu di ambil oleh mereka yang pakar mengenali habitatnya............ sebab kalau tidak ia akan menyebab kan gatal tekak...........jika dimakan.....jadi hanya mereka yang pakar boleh masak nie..........kalau tak jangan cari pasal....macam mana nak garu anak tekak???

Ooooooo kiranya nya cik lisa amin nie pakar kerrr???? boleh la......banyak peraturan nak masak nie bukan sebarangan orang boleh masak kena berguru betul-betul...kalau tidak jangan berani nak cuba..... tu cari bahaya namanya...........Kata orang kalau nak ambil keladi ni kena kawansan air mengali....baru tak gatal..... keluarga saya pun tak pernah ambik sendiri biasanya beli jerr dengan mereka yang pakar...tak makna nak cari pasal............ kena celur dulu sebelum dimasak..........celur dengan garam dan asam keping....kemudian baru boleh buat gulai...........jagan buat terus.....nanti gatal...........gatal.........gatalllllll

Kalau balik kampung sanggu balik hari khamis semata-mata nak pergi pasar pagi hari jumaat nak beli dengan makcik yang memang sampai sekarang tak tau nama..............selain masak ni biasanya lauk lain yang akan di masak adalah ayam goreng versi lisa..........tak sama macam orang lain punya.....


Ni sayur biasa jerr...sebab tu je yang selalu ada...so kalau rajin nak masak sayur mesti ada bahan-bahan nie dalam peti so campur...campur..campur jerrrr



Nie pulak soup fucuk dengan sooun...........letak kentang dan telur....okk la kadang kalau masak sayur macam nie tak masak nasik pun makan sayur jerrr.................


Nasi Dan Aneka Jenis Lauk...........

Lisa Amin


Hehehehe masak nasi dengan aneka jenis lauk...........sayur pulak macam mana....hehehehe alkisahnya cik lisa amin nie jarang masak..........so sayur berdaun memang tak beli sebab susah nak simpan.........tapi sayur yang wajib ada kobis bunga, kobis bulat dan kobis panjang, carrot, bunga kobis dan tomato.......hahaha tu la sayurnya yang rasanya tak pernah habis stok dari peti ais............sebab semua tahan lama.........kalau intai-intai balik gambar masakan tu semua guna sapur yang sama jerr???? tak perasan kerrr???? sayur alin yang selalu ada kacang panjang dan timun...........yang lain-lain tunggu betul-betul teringin dan ada masa baru nak masak.........baru beli....kalau tak semua kena sindrom kekuningan.....


Ayam masak kicap yang campak-campak jerr..........dulu masak kicap dengan cara lain masa duduk kat kampung dulu....ayam tak di goreng.........tumis dulu bahan terus masukkan ayam...........sekarang sejak duduk bangi dan selalu makan kat kedai tengk dia orang masak dengan cara goreng ayam dulu.........kira ada dua cara la masak ayam masak kicap nie yang cik lisa amin tau....kalau kat kampung yang jenis goreng nie susah sikit sebab nak teh sidah tu tak ada gigi so kena buat cara selamat la....kesian mak kesayangan saya.


Nie pulak ayam panggang bersama sayur sekali....senang cerita...........tak payah masak sayur lagi......campur saje semuanya..........perap then bakar .........nyum-nyum cair air liur dah nie.....



Ikan talapia masak steam ......ohhh mak saya suka ini..........so bila balik kampung dan dapat ikan segar wajib masak nie.............

18 March 2013

Jangan Pisahkan Lisa dan Mee

Lisa Amin

Mee................Bihun.................Laksa...............Spaghetti dan yang seangkatan dengannya.....lebih sedap dan menggoda jiwa.............ya la hari-hari makan nasi mana nak lalu kan...........sekali sekala tukar selera apa salahnya.............

Kiranya duduk membujang nie masak mee lagi senang dari masak nasi dan lauk pauk........ada sesiapa yang bantah?????  ada dua jenis masakan lagi yang selalu buat tapi tak da gambar......bihun singapore dan mee bersama soup ayam dan juga mee goreng basah............


Mee goreng ni antara yang paling top..............sebulan sekali kot 


Bihun pun sama..............selalu buat sebab senang sangat macam ABC......


Bihun Soup daging.........sekali sekala...bila mengidam jerr....sebab nak buat susah...lepas tu makan sornag pulak tu..........lecehhhhhh


Mushroom Soup dengan Spaghetti............pun selalu guna mushroom soup yang segera tu....tumis ayam or daging sikit letak sayur dan balck paper or white paper.....dah jadi.....


Spaghetti.................hemmm selalu juga  masak...........tumis banyak kuah dia....bekukan dalam peti sejuk kemudian bila nak makan panaskan.....dan masak dia punya spaghetti jerr.............boleh tahan 3 bulan..... nak lagi senang bungkus kuah dia ikut sukatan untuk sekali makan....senang keluarkan dari bekas untuk sekali makan jerr.......yang lain tak payah usik.....







When Lisa Amin Cooking Western

Lisa Amin

Amboiii ....pandai kerrr???? hehehehehe hemtam sajalah....bukan orang lain makan pun....Sendiri juga makanan kan................ Rasanya semua mencapai tahap ISO  yang ditetapkan oleh anak tekak...... 


Nie pertama kali cuba......ayam dia besar gilerr..... heheheheh masak sendiri kan so suka hati la ...semakin besar ayam semakin membesar la tuan yang masak dia nie tak lama lagi..........semua ok kecuali mashed potato terlembik sikit.... tapi yang paling penting brown sauce dia menjadi ......Hah tu la buktinya kalau nak makan chicken chop kena masak sendiri....orang lain tak lulus ISO....lepas nie nak beli pinggan Hot Plate tu.....biar berasap waktu makan......



Spaghetti ......ni pun pekara biasa je untuk dimasak dan dimakan.....kadang-kadang boring makan nasi so boleh makan pasta...........suka masak sendiri sebab boleh buat ikut anak tekak la......masamnya, manisnya, masinya, pahitnya????? ada kerrr rasa pahit........... tak da kan...............




Hohoho AYAM..............my favorite .......nyum....nyum....nyum..... yang nie orang putih punya style....sapa yang selalu makan kenny roggers roasters tu..........lebih kurang cam tu la rasanya.....pandai tak lisa amin masak?????? puji diri sendiri kan........betul ker setanding Kenny Roggers Roasters tu??? tak tau la...tapi memang puas hati makan..............



Spaghetti  mushroom soup tak tau la resipi nie wujud kat dunia nie atau tidak..... yang lisa amin tau.... dia kalau nak makan mushroom soup selain boleh makan kosong bersama roti boleh juga buat macam nie.....reka sendiri jerrr...........janji tekak lisa amin suka makan........heheheheh



Nie pun masuk dalam ketegori western kerr??? boleh la sebab dalam dia ada Cheese, sausage dan bread crumbs di roll bersama roti dan telur...........sedapppppppppp.............


Nie pulak nampak macam nugget jerr.........tapi sebenarnya dia adalah cendawan goreng.....hehehehe pandai tak lisa amin...orang buat cendawan celup tepung ranggup dia buat pakai  bread crumbs.............bukan apa nak abis kan stock bread crumbs tu jerr..........banyak lagi tak tau nak buat ape.................Cendawan nie bulak yang besar macam telinga gajah.... beli kat cameron highland hari tu....... import jauh okey....satu keping tu boleh masak dua kali..........memang betul-betul gajah kan...............Boleh masuk kategori western kerr??? boleh la sebab pakai bread crumbs kan.....kan...kan.....

Apabila Anjing Menyalak di Malam Hari......

Lisa Amin




Nie apa hal pulak nie............tak suka tau.........tiba-tiba jerr sejak magrib tadi ada 3 ekor anjing duduk depan blok duduk menyalak tak tentu hala................apa dia nampak hantu kerr???

Dah la blok nie kosong jerrr...........seram sejuk jugak nie................sekali-sekala rasa berdebar juga.....tadi ingat nak keluar beli makanan..........tapi takut la pulak nak jalan kaki keluar. Jap lagi dia kejar haru dunia. Sebab tiap kali kereta lalu dan pusing kat depan blok yang sunyi lagi sepi ni anjing tu menyalak..... kalau tak ada kereta pandai pulak dia diam...............

Tertanya-tanya juga nie ada apa erkkkkkkkkkkk????? Nampak yang lain ker???? hehehehehehehehe

16 March 2013

Jangan Sampai Lisa Amin............

Lisa Amin





Menegur jangan sampai menghina,
Mendidik jangan sampai memaki,
Meminta jangan sampai memaksa,
Memberi jangan sampai mengungkit.

15 March 2013

Lucky Day & Time

Lisa Amin






We may be lucky on first try but not on the 

second time........!!!!!

Pilihan ..............

Lisa Amin




Dalam hidup kita memiliki dua pilihan iaitu memilih atau dipilih,
Jika kita memilih maka pilihlah yang terbaik buat diri kita,
Dan jika dipilih, maka jadilah yang terbaik buatnya................


Jika kita tidak memilih atau dipilih maka percaya lah itulah yang terbaik buat kita dari NYA....