Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








16 April 2013

Resipi Apam Tepung Beras

Lisa Amin




Nie sesuai buat minum petang atau sarapan pagi..........tapi kalau nak buat sarapan pagi kena buat dengan terancang la sebab perlukan masa yang lama untuk perap adunan nya.............kena buat 2 kali baru hasilnya sempurna........yang pertama bukan apa..........derhaka......tak ikut sukatan airnya.........hehehehe kan dah tak jadi............tapi kali kedua tak derhaka lagi maka terhasilah apam yang cantik gebu........



Bahan-bahanya

1 cawan tapai nasi
1 cawan gula
2 cawan air
3 cawan tepung beras
1 paket eno biru
Sedikit kelapa parut untuk hiasan

Cara-cara


  1. Blander tapai bersama gula dan 1 cawan air.........masuk air sedikit demi sedikit untuk pastikan gula hancur
  2. Campurkan bahan yang di blander tadi dengan tepung beras dan kacau sebati.......kemudian masukan lagi 1 cawan air dalam blander untuk bersihkan sisa-sisa tapai dan tuangkan dalam adunan....setelah semunya sebati..........simpam aduanan untuk 4 jam sekuran-kurangnya..........
  3. Setelah 4 jam boleh sediakan kukus ......panaskan hingga benar-benar air medidih..........sambil tunggu kukus panas masukan 1 paket eno biru dalam adunan dan kacau sebati...............ketika ini jika nak tambah pewarna boleh dicampurkan dalam aduana sebelum dikukus
  4. Kukus dengan api yang besar selama 10-15 minit.......
  • Jika guna acuan yang bergerigi ditepi sapukan sedikit minyak masak supaya tidak meleka
Cara buat tapai..........
  1. Nasi sejuk sebanyak 2 cawan 
  2. 1/4 bahagian dari ragi.........hancurkan ragi dan gaul rata bersama nasi........
  3. Simpan dalam suhu bilik dalam bekas bertutup selama 24 jam...........
  4. Setelah nasi menjadi tapai boleh simpan dalam peti ais............boleh simpan untuk tempoh 2 minggu jika tidak mahu menggunakanya terus bagi membuat apam.........

No comments: