Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








06 April 2014

Resipi Mee Kari

Lisa Amin



Mee kari???? Hehehe sekali sekala suka juga mkn meeb kari ni.... Kalau beli rasa macam tak kena dengan tekak pulak.....amboi memilih pulak. Ni kes mengidam nk makan tahu kering pasar borong la ni.Sebab tahu ni kat situ jerr yang saya tahu ada jual. Kat tempat lain tak penah jumpa pulak. Alang-alang hari tu pergi beli barang untuk laksa hari tu. Terus beli barang untuk mee kari. Kerang kat sana pun murah rm 10 kilo 3 kilo ......kerang besar pulak tu.Kalau pergi pasar borong selangor ni memang menu mee kari akan menyusul. Mee kari saya wajib ada kerang dan tahu kering. Kalau tak da macam tak ngam laaaa.


Ini la rupa tahu kering yang tak penah jumpa tempat lain jual selain pasar borong selangor


Bahan-bahan kuah mee kari

Cili kering 10-15 tangkai
Bawang putih 3 ulas
Bawang merah besar 4 biji
 Semua dikisar kemudian campurkan dengan 3 sudu besar serbuk kari daging.
Beberapa ketul ayam dihiris kecil-kecil
Fish cake
Fish ball
Isi kerang
Tahu kering
1 kotak santan 250 ml
2 litter air
Minyak untuk menumis dalam 5 sudu besar
Garam secukup rasa
2 keping asam gelugur


Cara-cara


Tumiskan bunga lawang, cengkih,kulit kayu manis dan buah pelaga.
Masukan bahan yang telah dikisar bersama serbuk kari
Tumis sehingga rempah kari masak dan bertukar warna kepada coklet gelap
Masukan isi ayam tumis sehingga separuh masak dan tambah air
Tunggu sehingga kuah mengelegak  masukan bahan perasa iaitu garam dan asam keping
Masukan fish ball n fish cake, tahu kering kemudian masukan santan.
Kuah sudah sedia di hidangkan.

Celur
Mee kuning
Tauge
Sawi

Potong daun bawang, daun sup dan cili besar

Sedia dihidangkan bersama bawang goreng......



Amboiii panjang nya cara nak buat.....tapi sebenarnya tak susah lah sangat nak buat. Lagi banyak bahan lagi sedap rasa kuah boleh juga ditambah daging dalam kuah mee kari tu. Tapi demi nak makan kan apa salahnya bersusah payah sikit. Rasa enak dan boleh makan puas-puas dan boleh letak apa kita suka. Kalau beli kat kedai biasa ada ayam jerr tu pun share dengan ayam nasi ayam, mee sup dan mee kari, biasa la orang meniaga memang nak senang jerr.Jimat kos dan pantas. Letak fish cake 3  potong fish ball 3 biji dah. Yang paling sedih kerang tak da. Mane boleh mee kari tak da kerang......hehehe.

05 April 2014

Resepi Pancake

Lisa Amin



Ini cerita mengidam punya pasal, minggu ni boleh menjadi minggu mengidam sedunia kot. Teringin nak makan burger benjo special blok 14 tapi kedai tu tutup pulak minggu ni maka kena la tangguh dulu niat nak makan benjo tu sehingga la cuti midsem dibuka semula minggu hadapan.

Lepas tu teringin pulak nak makan takoyaki......dengan penuh susah payah redah hujan pergi downtown jalan reko. Sayangnya kedai tutup juga.Sebenarnya dah lama teringin nak buat sendiri kuih takoyaki ni. Cuma takda acuan jerr...... Jgn sampai buat guna acuan kuih cara sebab ada org tulis boleh buat. Sebab kat rumah ni tak da juga acuan kuih cara teringat pernah buat kuih cara pakai acuan peanut butter hehehe. Mujur la dua2 acuan ni tak wujud kat sini..... Kalau tak mungkin projek mengarut ni boleh menjadi.

Lepas tu teringin makan ayam uncle bob dalam hujan juga semalam pergi cari tapi sayangnya semalam kedai tutup sebab cuti midsem dah mula. Maka kena tangguh lagi niat tu.

Last sekali teringin sangat makan pancake kalau ikut hati memang nak buat malam td juga. Tapi dapat menyabarkan diri. Jadi sebaik saja subuh menjelma maka dengan penuh semangat membuah bancuhan tepung pancake. Resipi dah cari siap-siap malam tadi. Tak ingat ambil resipi siapa....sebab biasanya akan cari 2 @ 3 resipi buat perbandingan. Kena pikir yang mana logik dan boleh menghasilkan rasa yg lebih sedap.Oleh sebab itu kita kena tahu fungsi setiap bahan supaya kita boleh bezakan dan hasilkan masakkan ikut selera sendiri. Sebab setiap orang tu berbeza citarasanya.Ehhhh panjang pulak membebel jom tengok resipi nak buat pancake ni.



Bahan-bahan

1 cawan tepung gandum
1 cawan susu segar
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
2 sudu gula
1 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak@planta yang dicairkan
1-2 titis perwarna kuning telur

Cara-cara

Cara orang malas macam saya campurkan semua bahan dalam mesin pengisar. Kisar selama beberapa minit sehingga sebati

Biarkan dalam 10 minit atau sehingga nampak buih2 kecil.

Panaskan  non stick pan tuangkan bancuhan tadi jangan besar sangat nanti dia akan bergerak sendiri dan hasilkan bulatan yang cantik. Tuang di tengah-tengah dan biarkan ia bergerak sendiri.

Api yang digunakan kecil sahaja. Apa bila buih-buih kecil terbentuk terbalikan adunan. Dalam tempoh 2 minit pancake sudah tersedia dan boleh dinikmati mengikut selera anda.

Sukatan ini boleh hasilkan 6-7 keping seperti saiz dalam gambar.

25 March 2014

Laksa Oh Laksa

Lisa Amin



Hemmm bulan mac selagi duduk kat UKM ni memang tak boleh buat apa la. Masa temasya gemilang kolej keris mas jerr memang kena jual laksa kalau tak pening nak menjawab. Kalau tak jual pun masalah juga kesian tengok ramai yang mengidam nak makan air tangan cik lisa amin ni. Selalu nya tolong masak untuk budak2 dinner untuk tambah pendapatan mereka untuk majlis makan malam nanti. Tahun ni untung tak banyak sebab laksa tak masuk sepenuhnya bawah dinner.Lagi pun meniaga lewat dua hari dari tarikh yang sepatutnya. Kalau tahun lepas masuk sepenuhnya bawah dinner maklumlah tahun lepas jadi felo penasihat. Kena la berusaha sepenuhnya untuk menjayakan majlis.



Tahun kira memang tak da kena mengena la dengan team dinner tapi sekadar membantu jer. Tapi saya kalau dengan pegang senduk n periuk memang suka sangat la.Laju jerr nak tolong masak kan. Tahun ni syok masak sebab periuk dia besar sampai boleh buat sampan.




24 January 2014

Kampung Pengalat Besar Papar Sabah (Kisah 2)

Lisa Amin



Setelah 4 hari berkampung di MRSM Kota Kinabalu kami bergerak ke kampung pengalat untuk program anak angkat pula. Kemesraan penduduk kampung ini memang tiada tandingan lagi. Menerima anak-anak ukm dengan hati dan tangan yang terbuka. Sepanjang berada di kampung ini memang penuh dengan kemesraan dan kasih sayang. Walau pun seketika ikatan yang terjalin sungguh erat dan mesra antara keluarga angkat.



Saya bersama keluarga makcik rugayah bersama adik- adik yang lain 4 orang semuanya anak angkat mak cik rugayah yang mesra dengan panggilan ibu. Ibu rugayah memang terbaik antara terbaik memang syokkk kata ibu. Ibu rugayah ni memang suka sangat perkataan syok ni. Sepanjang 4 hari macam-macam kenangan yang kami kumpul bersama. Antaranya pergi jalan- jalan kat pasar dekat papar ni. Ibu juga sempat ajar kami masak kari tanpa santan yang sangat sedap. Banyak benda pelik kami jumpa masa pergi pasar ni yang paling tak tahan pakaian dalam macam bra bundle pun ada jual.

















Kami juga sempat berjumpa dengan anak-anak ibu yang ada di sekitar papar. Terasa kehadiran kami sangat dialu-alukan ibu pulak tak da anak perempuan. Semua anak ibu rugayah lelaki salah seorang nya anggota kumpulan Rocasia yang sedang meningkat naik kat sabah ni. Adik beradik angkat dengan artis hehehe bangga kejap.

Yang paling sedih masa nak berpisah balik untuk meneruskan program yang seterusnya kat BTN Kundasang memang kering air mata menangis. Tambah pulak dengan ibu sinar yang memang ratu air mata semua jadi sedih yang teramat sangat untuk berpisah.Ibu sinar ni kira adik beradik ibu rugayah la masa duduk kat sana adik beradik ibu pun ada datang.

Satu lagi kenangan yg tak boleh lupa adalah  jumpa pokok kapas yang saya tak pernah jumpa kat semenanjung ni. Yang ada kat sini pokok kekabu kot, bersusah payah ambik benih bawak balik semenanjung untuk tanam katanya.




20 January 2014

Cerita Negeri Bawah Bayu Yang Penuh Tragedi ( Kisah 1)

Lisa Amin



Penuh tragedi kerrr???? Kenapa erkk rasa macam tak mo dah pergi sana terutamanya kundasang......perjalanan bermula pada 20 jan dengan pesawat mas dari KLIA  ke kota kinabalu. Maka tugas rasmi sebagai felo pengiring pun bermula di MRSM kota kinabalu. Memulakan program motivasi disana untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan. Tujuanya adalah untuk mendedahkan para pelajar disana untuk lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan dan berani melangkah keluar dari negeri di bawah bayu sebaik sahaja menamatkan pengajian di sini. Pelbagai aktiviti telah dirancang untuk pelajar MRSM ini.Program ni sebahagianya disokong oleh  YB Datuk Rosnah Haji Abdul Rashid Shirlin yang merupakan  Timbalan Menteri Kerjaraya Malaysia merangkap Adun Papar dimana MRSM ini berada didalam adun beliau.

Masalah yang timbul disini adalah isu makan kerana pelajar MRSM ni tidak akan mengambil makanan berat di sebelah malam atau tiada hidangan nasi pada sebelah malam. Maka orang-orang dari semenanjung mula berasa kelaparan huhuhu. Akhirnya saya menjadi tukang masak tidak rasmi untuk pekajar Kkm Ukm yabg seramai 70 orang tu dengan menggunakan dapur rumah pengetua. Terima kasih tuan pengetua kerana menerima kami seadanya.



Hahaha antara kenangan memasak kat sabah adalah jumpa tahu yang berwarna cokelat macam digoreng tapi macam tak digoreng, sepanjang tempoh tu sempat masak nasi putih, bersama telur dadar, masak lemak kubis dan sambal tahu bersana kentang, bihun goreng dan nasi goreng. Selain tu pengalaman tak boleh lupa ialah siang ikan pari buat pertama kalinya seumur hidup. Hahaha selalu beli yang dah siap siang jerr. Mujur boleh guna teknologi tanya kak lina la jawabnya.Tak kisah la rasa apa pun janji adik2 dr UKM kenyang kesian anak buah saya kalau kelaparan.



31 December 2013

Selamat Tinggal Tahun 2013 Dan Selamat Datang Tahun 2014

Lisa Amin



Hemmmm bagaimana rasanya untuk meninggalkan tahun 2013......ada sesalan kerrr.. Nampaknya tahun 2013 berlalu dengan baik sekali....kerana tiada duka yang abadi... Setelah puas hujan turun pasti langit cerah semula... Setelah puas badai melanda pasti angin sempoi kembali bertiup...apa pun itu semua lumrah kehidupan yang menyedarkan kita inilah dunia, bukannya berada di syurga yang abadi.

 Apa yang baiknya tahun ini adala semuanya tenang-tenang bela 2013 telah membawa saya memgembara dan memberi gambaran baru,suasana baru, jumpa orang baru, pergi tempat baru pendik kata semua baru- baru belaka. Tahun 2013telah mmembawa saya ke perak untuk aktivi waterafting, memdaki bukit, masuk gua, mandi manda. Hemmmm semuanya mengunji keberanian,mencabar minda,menguji fizikal.Dari Taiping kita mengembara ke langkawi pulak....horey dapat naik feri.suka kan....apa dapat pergi langkawi duit jerr yang habis denggan shopping... Shopping dan shopping.... Dari langkawi kita  singgah sebentar ke pulau pinang... Pergi makan..makan dan makan...semuanya sedap-sedap belaka... Dari pulau naik pula ke tanah tinggi aktiviti yang paling menarik sekali apa la strawberis...starawberi... Nyum...nyummm.... Lala 2013 tampa disedari telah melabuhkan tirainya.

2014 pula disambut dengan pengembaraan pertama sabah negeri bawah bayu...kundasang mu tunggu aku datang... Seteruanya apa lagi yang akan berlaku hanya allah yang tahu...kekal positif, jauhi yang negetif. Jadi lebih baik dan pastinya buat yang terbaik...Ya Allah ku mohon berikan ketabahan hati menempuhi segala yang telah kau suratkan untuk hidup ku.

09 September 2013

Semakin Tua Semakin Manja

Lisa Amin



Amboii........amboiii cik lisa amin semakin tua semakin manja pulak.........banyak pantang larang.......semenjak dua tiga hari nie asyik hujan jerr kat bangi nie pantang petang hari asyik hujan...........masalahnya time hujan nie bukan apa.......hidup serba tak kena........buka kipas sejuk tutup kipas panas la pulak............duduk kat rumah dah macam ulat bungkus dah bergulung dengan selimut jerr.......kaki pulak pakai stokin macam orang dalam pantang dah...........

Tadi petang masa tengah sedap bergolek atas katil time hujan tu ada budak datang kunci tertinggal  maka dengan baik hati sebab kunci dia tak da dalam simpanan cuba nasib tengok orang kat pejabat atas ada lagi ke tidak..........malangnya mereka dah balik...........time tu hujan.........jarak pejabat dengan rumah bukan jauh pun sejengkal jerr.........tiba-tiba malam nie dah kena selsema la pulak........hidung pun dah mula berair........amboii manja sangat kena hujan sikit pun tak boleh kerr??? kurang zat makan rasa dah terlebih.....nie nak jadi macam kes hari kundasang hari tu.......kena cuaca sejuk sikit terus demam......nampaknya alah sangat dengan cuaca sejuk........cam mana nak main salji kat oversea nie....cuaca sejuk malaysia pun tak tahan belum lagi suhu .................... esok pulak dah janji dengan makcik nak buat maruku..................huhuhu......tolong lah sihat..........


Bukan Laksa Biasa......Tapi Laksa Lisa Lazat 3L Katanya

Lisa Amin






Tiada galalang gantinya.........walaupun laksa redup rimba........... walaupun laksa jalan TAR............ walaupun laksa dari adik beradik sendiri.........tapi harus saya akui laksa air tangan sendiri jauh lebih lazat sebab kombinasi rasanya sudah serasi dengan selera........masam,masin dan pedasnya harus capai tahap ISO............dan laksa 23 syawal 2013 antara yang paling sedap..............sebab sebenarnya pedas dia terlebih sikit....tapi pedas yang terlebih itu telah menjadikan ianya benar-benar menepati cita rasa..........sampai dalam l hari boleh makan sampai 6 kali.........kali nie benar-benar ikut nafsu makan......huhuhu tak boleh kawal lagi.............hahahaha



Yang best makan laksa nie kadang-kadang tak makan pun laksanya......... cukup makan sayur-sayur dengan kuah jerr.........bagi keluarga kami........ bukan nama makan laksa kalau dalam sayurnya takda kacang panjang dan tauge..........Antara sayur lain yang sesuai selain yang biasa orang guna iaitu timun, salad dan daun selom.......yang kami biasa masukan kobis bulat, tauge dan kacang panjang..........


Lebih mudah menggunakan laksa segera yang ada pelbagai jenama di pasaran kerana ia menjimatkan masa dan tenaga......beli.....panaskan air kemdiam masukan laksa dan 2-3 minit tapis dan basuh dengan air sejuk. ia lebih menjimatkan masa kerana jika menggunakan laksa kering ia perlu direndam sebelum di rebus.....disebab kan terlalu biasa guna laksa segera ini dah tak pasti jenama apa yang bagus untuk laksa kering.........sebab kadang-kadang jika tersilap jenama......ia memerlukan masa yang lama untuk direbus, terlalu berkanji hingga perlu menukar air dengan membasuh terlebih dahulu kemudian masak semula atau laksa putus-putus, jadi laksa segera lebih selamat untuk digunakan selalain lebih mudah.




Warna kuah laksa saya mesti warna cokelat pekat atau merah menunjukan tahap kepedasanya.....hehehehe kalau tak merah macam nie macam mana nak pedas........tapi perlu berhati-hati pastikan cili tersebut benar-benar masak baru ditambah air ikan.............jika tidak boleh mengundag bahaya iaitu sakit perut. Bagi yang jarang menggunakan lada kering pastikan ia direbus dengan tempoh yang lama sekurang-kurangnya 1 jam. Kalau nak jimat masa pastikan cili sudah mendidih kemudian tutup api...........tutup periuk sehingga air panas menjadi suam atau sejuk.........kemudian di blander dan dimasak lagi sehingga kering dan boleh ditambah air lagi selepas kering 2 atau 3 kali..........kiranya nak masak cili ni rumit tapi ia penting bagi mengelakan sakit perut kerana kepedasanya.............


30 August 2013

Meraikan 23 Syawal

Lisa Amin

30 Ogos 2013 (Jumaat)




Akhirnya terlaksana sudah impian tertunda.........pesta makan-makan untuk menjamu rakan-rakan dan juga kakitangan pejabat KKM.Mengambil bulan kemerdekaan dan sempana bulan syawal  yang diraikan makan program menjamu rakan-rakan dilaksanakan dengan jaya.........rasa nak ajak sikit jerr orang. Tapi diam tak diam dekat 70 orang tetamu yang datang.............Licin 7kg laksa.............2 hari ambil masa nak masak.Masak sorang-sorang pulak tu.........tapi menu senang-senang jer...........tak mo buat yang remeh lagi pun jemput tetamu jam 3 petang.Antara menu-menu yang ada pada hari kejadian








Dah la masak sorang-sorang..............kelang kabut juga nak layan tetamu...........mujur tak datang serantak...geng-geng felo datang paling awal........kemudian orang ofis..........kemudian mak cik dan effa. kemudian geng MEP ...........tu pun ramai juga yang tak dapat datang.........cuak juga dah la masak 1 jenis menu berat jerr cukup ke tidak............syukur alhamdullilah la........sedang elok jerrr semuanya............kira majlis berjalan lancar..........sebab pertama dapat buat laksa yang paling kena dengan selera........pedasss..........kedua dapat buat kek cokelat kukus.......cuma tak buat topping jerrr sebab memang tak suka topping lagi pun susah nak hidang............Selain dari tu kenapa puat majlis makan-makan sebab rasa nie la last boleh guna semua kemudahan nie seorang diri lepas nie tak boleh .........sekarang dah ada ramai yang duduk sini macam dahulu...........kira sekarang Blok 15 nie meriah gilerrr.........sukanya..........sukanya..............

Resipi Kek Cokelat Lembap @ Recipes Chocolate Moist

Lisa Amin




Hah tu dia ...........setelah sekian lama tak update blog.......akhirnya muncul juga......terus muncul resipi.....hilang lama mengejar masa.........tapi masih tak terkejar.........30 ogos 2013 cadangnya nak buat makan-makan sikit sempena hari raya................ada la masak-masak ajak rakan-rakan..........cadangan menu macam biasa la..............Laksa Lisa Lazat katanya..........lagi pun senang nak buat...selalu mak masak macam-macam tapi nanti tak termakan...........jadi cukuplah sekadar laksa, kek cokelat lembap, agar-agar, buah tembikai, buang mangga, colek mangga muda cukup la....kalau rajin goreng kenang kerr............bukan apa resipi kek cokelat lembap nie dah lama dok cari yang terbaik dan termudah dan sedap dimakan..........tengok ada macam-macam resipi...........tapi kalau boleh nak cari apa yang selalu ada kat rumah jerr........kalau guna bahan yang pelik-pelik malas nak cari..........tekak nie kalau nak makan bukan reti menyabar............dengan tekologi maklumat dihujung jari nie senang cerita...........buat perbandingan jerr antara resipi yang ada..................dan yang termudah adalah yang ini..............jumpa dalam FB Buku resipi dan disediakan oleh Nurul Amira......terima kasih tuan punya resipi.........banyak sebab kenapa guna resipi nie.....pertama bahan dia semua senang jer dan sentiasa ada kat bilik..............tak payah guna mixer..lebih mudah kepada orang yang takda mixer macam saya......gunan blander jerrr.......selain tak payah bakar...senang kan...........rumah bujang yang takda oven n mixer pun boleh buat kek............Adunan nie tadi terlebih masa sikit untuk masak sebab sukat pakai mug.....konon nak banyak la...........tamak hehehehe dah kena kukus 1 jam 45 minit............selain tu sukat pakai cawan kuning n sudu jeli...........bukan apa sekarang semua resipi yang dicuba kena buat nota sendiri..........kalau menjadi lain kali senang.......tak jadi pun lain kali senang nak ubah suai...........terutamanya barang yang kita guna untuk sukat........lebih mudah kita tulis...supaya kalau berlaku apa-apa pada resipi senang kita nak betulkan atau nak buat sekali lagi di lain masa..............



Bahan-Bahanya

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil soda bikabonat
1 sudu kecil baking powder
4@5 biji telur ...kalau kecil 5 biji...kebetulan yang ada kat umah telur gred c jerr...nak senang sukat pakai cawan ynag sama untuk sukat semua bahan........jadikan telur tu 1 cawan juga...nie berlajar dari pengalaman la..........
1 cawan gula pasir....kalau tak suka manis kurangkan
1 cawan susu ....kalau tak suka manis kurnagkan
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas



Cara-cara
  1. Ayak bahan kering dalam bekas besar supaya senang nak bancuh
  2. Masukan susu pekat dan gaul rata......tapi tadi buat macam susah jerr nak gaul rata so nak ubah sikit lain kali susu nak bancuh dengan air panas jerr kira last sekali la
  3. Blander telur dan gula hingga berbuih.........nak letak susu dalam blander nie pun okey juga tp rasanya kena blander telur sampai berbuih dulu.........baru masukan susu........
  4. Masukan minyak masak kacau sebati
  5. Masukan air panas....nak senang air panas  nie ambil jerr dari air kukus yang dah dijerang lebih awal
  6. Sambil mula buat nie boleh panaskan kukus hingga mendidih..........masak sehingga 1 jam lebih kurnag bergantung kepada saiz cawan yang digunaka........kalau guna cawan minum teh rasanya 1 jam dah masak..........kalau guna cawan yang lebih besar lebih lama tadi masak 1 jam 45 minit.........
  7. Nak tau dah masak kebelum cucuk dengan lidi atau garfu sampai semua tidak melekat......atau sehingga nampak kek merekah
  8. Jangan sesekali buka tudung periuk jika masa mengukus tidak cukup 1 jam sekurangnya sabor tunggu ya.....
  9. Tutup aduan dengan aluminium foil... takut nanti air bertakung dalam bekas kek
  10. Lebih mudah kukus dalam bekas plastik sebab ia tak melekat
  11. Gunakan cawan yang sama untuk sukat bahan .....tak kisah saiz apa pun...cuma kalau tengok resipi nie pemilik resipi guna cawan minum teh....kalau nak banyak gunakan mug
  12. Pasal susu tu terserah nak guna kaedah mana.......tapi pemilik resipi asal gaul dengan tepung yang diayak tadi kemudian dikuti bahan lain..............
  13. Guna cawan kuning........sudu jeli atau sudu kfc untuk baking powder

Untuk Sos Cokelat @ Topping


1 cawan serbuk cokelat
1 cawan susu pekat
1/2 buttercup


  1. Sejukan kek terlebih dahulu
  2. Campurkan semua bahan 
  3. Masak dengan kaedah double boiler ..............
  4. Tuang atas kak dan hiaskan dengan selera sendiri