Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








14 April 2011

Maafkan Agar Di Maafkan

Lisa Amin





Saya menyedari memberi kemaaf lebih sukar meminta maaf. Memintaa maaf akan membuatkan beban fikiran terlepas jauh dari hati. Tapi Memaafkan............ sukar digambarkan, kerana kita sentiasa rasa kita telah pun terluka di saat pekara ini terjadi. Saya ada terbaca dalam sebuah buku....

"Orang yang tidak di maafkan akan sentiasa "diikat" oleh orang yang tidak dimaafkan. Maafkan nescaya kau akan terlepas. Kau akan bebas dari terus mengingatkan kesedihan,kekecewaan dan kemarahan yang dikenakan ke atasmu" 

Maaf satu perkataan yang mudah untuk kita mengucapkanya........... tapi memaafkan sejauh mana ia mampu di terima. Hari raya biasanya kita bermaafan untuk sebab yang kita tidak pasti, kenapa kita meminta maaf dan perlu dimaafkan.  Bukankah maaf terbaik dengan memberitahu kesalahan yang telah kita lakukan. Pernahkan kita lakukanya? Tujuaan memohon maaf untuk rasa tidak terbeban itu bagi saya tidak mudah dilakukan dan ia masih tidak suci jika kita tidak memberitahu pekara yang sebenar.


Saya bukan jenis pendendam, saya jenis orang yang biasa-biasa yang mudah menerima keburukan orang lain. Kerana saya ingatakan dalam diri saya bahawa kita semua manusia biasa yang tidak pernah sempurna. Apabila menerima keburukan orang lain bereti, jarang ada manusia yang saya rasakan mereka telah berdosa dengan saya. Tapi kadang kala saya terfikir sejauh mana ia benar...... kerana jauh di sudut hati saya ada insan yang saya fikir, saya sudah lepaskan mereka dari dosa mereka dengan saya. Tapi ada diantara mereka saya selalu kata lupakan saja ....... lupakan saja adakah ia satu bentuk kemaafan atau satu ungkapan pergantungan........ saya keliru....... adakan saya ikhlas melepaskan dosa mereka  atau???? LUPAKAN............. LUPAKAN.......... LUPAKAN................ bagi saya melupakan bukan satu pengampunan. Jadi haruskan saya berdendam....... atau mengampunkan ..... adakah ia satu dosa........ kerana mungkin mereka ini tidak pernah sedar pun mereka mengecilkan hati saya dan perlu memohon keampunan dari saya. Jadi saya mahu lupakan dan harap dapat memaafkan mereka sebelum saya menutup mata.

Tapi setakat ini cuma ada seorang sahaja yang saya katakan lupakan...... yang lain saya yakin memang tidak ada dosa dengan saya. Beliau pernah membuatkan hati saya kecil............saya jarang berkecil hati kerana jarang ada orang yang berjaya masuk ke dalam hati saya. Kebanyakan mereka adalah orang biasa...... yang tidak masuk dalam senarai saya. Sebab itu saya benci menyanyangi seseorang kerana kasih sayang sungguh mahal. Saya tidak suka ada orang yang boleh mengganggu gugat hidup dan emosi saya........ yang dibenarkan hanya haya keluarga saya dan insan terpilih. "INSAN TERPILI" yang bukan pilihan hati saya tapi ia takdir ilahi..... insan terpilih ini tidak dapat membuatkan saya benci pada mereka yang ada cuma kasih sayang. Beliau yang membuatakan saya kecil hati ini bukan insan terpilih........ saya tidak dapat memberikan label kepada beliau........ dan saya yakin dia bukan insan terpilih saya.

Mungkin beliau hampir menjadi insan terpilih........ kerana satu ketika dulu beliau pernah dekat di hati saya.... setelah hampir 2 tahun berlalu tiba-tiba saya mendapat msg dari beliau. Itupun setelah beberapa kali beliau menghubungi saya tapi tidak saya jawab. Kadang-kala memang saya sibuk dan tidak sempat menjawab. Kadang kala saya memang pilih untuk tidak menjawab...... Kenapa kerana saya tidak bersedia..... akhinya saya membalas MSG beliau dengan  hati yang berbelah bagi. Setelah bertanya khabar beliau mula bertanya kan soalan yang lebih berat........ dan saya memang tidak minat untuk menjawab. Kerana satu ketika dahulu beliau telah pun memilih untuk melupakan saya dan saya bukan pilihanya untuk berkongsi suka dan duka dalam hidupnya? Jadi kenapa dia mahu bertanyakan susah senang saya sekarang??????

Bukan ini tanda ia satu dendan dan ada dosa yang tidak saya ampunkan? Bertarikh 26 Feb 2011 akhirnya kesudahan MSG kami, beliau mengucapkan terima kasih kepada saya sebab menjadi kawannya walaupun dia serba kekurangan dan katannya saya terima beliau sebagai kawan. Katanya juga saya adalah kawan terbaiknya walaupun jauh dia doakan saya semoga berjaya dalam hidup. Dia juga ada memohon maaf dari saya. Saya balas SMS tersebut dengan "saya juga mohon maaf semoga dosa kita akan terhapus andai salah seorang dari kita telah tiada di dunia ini". Bukan ia jawapan berbaur dendam dan tidak ikhlas? Ketika msg ini dihantar saya sedang meronda-ronda PKNS Shah Alam. Hati saya berbelah bahagi dan penuh dengan rasa bosan......................

Berdendamkah Aku......... sifat yang saya jarang miliki tapi untuk beliau perasaan ini wujud? Kenapa adakah kerana dia hampir menjadi insan terpilih???? Adakah kerana sayang? Benar suatu masa dulu saya sayang beliau.................. Tapi kini hati saya telah merajuk.......... saya tak marah pun....... dan rajuk ini sukar untuk saya pujuk....................... LISA AMIN DALAM DILEMA...............

13 April 2011

Futatsu No Kodou To Akai Tsumi

Futatsu No Kodou To Akai Tsumi By On Off Lyrics, Music Videos, Translations - Hip Lyrics On Off - Futatsu No Kodou To Akai Tsumi Lyrics I couldn't believe what I was seeing Faces all screwed up like what I'd done I didn't mean to hurt you so much I knew it would hurt you, but not like this We all make a mess from time to time dear But it'll take me a lifetime to get this cleared Somebody muttered something under their breath But I let on like I was a little deaf Nobody's perfect, that's what I say No one has hurt me so much, you say I'm sorry Running away seemed like the easy thing to do Because I wanted time To put a smile back on my dear face For once nothing's missing and I feel fine I was afraid to tell you some things But some things, all find a way to get told Hearing it from the lips of somebody else Must have knocked the wind out of your sweet chest

11 April 2011

Sibuk Dengan D'beli

Lisa Amin



Satu permulaan.......... kata orang kalau nak rasa jadi kaya cubalah melakukan urusniaga.... Insya Allah ada rezeki disana....... jadi kami yang merujuk kepada team poya-poya memulakan langak baru dengan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.... bagaimana ia bermula saya pun tidak pasti.... yang pasti kami telah menemui tempat mendapatkan barang-barang yang biasa di jual di pasar malam  dan down town....

Rupanya harga yang di perolehi oleh penjual jauh lebih murah dan tidak mustahil untuk mendapatkan pulangan yang lumayan......... lumayan....... teringin juga merasa nak jadi bayak duit dan  kaya. Selepas membuat kajian dan pertimbangan barang apa yang mahu dijual dan mendapat untung yang paling lumayan kami memilih perfume....kenapa perfume sebab kami suka wangi... lagi pun kalau tak habis kami boleh pakai buat mandi.......... hahah....

Perniagaan ini diharapkan boleh berkembang ke peringkat yang lain pada satu hari nanti........ bukan suka-suka tapi kami benar-benar mahukanya berjaya...... tambahan pula pasaran sekarang agak luas dan menggunakan aplikasi teknologi terkini untuk menjalankan perniagaan............Tidaklah sesikar mana... tapi baru bermula banyak juga masalah yang perlu kami selesaikan.......

Semoga Perniagaan ini berjaya tambahan pula naluri saya kuat menyatakan saya boleh mencuba perniagaan perfume ini kerana sebelum tercetusnyan idea untuk berbiaga ini naluri saya sudah menghidu bau wnagi ketika jam 5 pagi yang tidak tahu bau dari mana..... tak kan hantu kut..... saya percaya kepada naluri saya kerana ia seperti ada bau kapur barus jika saya akan menghadiri upacar pengkebumian atau ada orang yang saya kenali akan meninggal dunia........ oh naluri wajarkah aku percaya?

Penat Dan Teruja dengan Kolam Renang

Lisa Amin



Hehehe..... best la sangat kan .... kerana hari ini dengan jaya kami telah berjaya menawan kolam renang campuran yang boleh tahan dalamnya. Ingatkan kami akan menggambil masa yang lama untuk bersuai kenal dengan kolam ini. Rupanya hari kedua kami sudah boleh berenang panjang kali lebar........... walaupun bagi orang lain ia mungkin biasa-biasa sahaja tapi bagi kami yang tidak lah sehebat mana berenang ini ia suatu pencapaian mengujakan.

Sudah lama teringin berenang di kolam tersebut tetapi terpaksa ditangguhkan kerana ia agak dalam bagi perenang amatur seperti kami. Hari pertama kami mencuba dengan membuat ukuran di kolam ini dan memastikan kawasan selamat untuk kami. Jauh sekali beza keluasan kolam campuran dengan kolam wanita ini. Setalah memastikan zon selamat kami berenang mengikut kelebaran kolam yang lebih panjang dari panjang kolam wanita yang biasa kami renangi. Fuhh boleh tahan semput juga.......

Next day kami cuba lagi berenang dikolam campuran dengan yakin untuk menawan kepanjangan kolam ternya kami sudah berjaya menawan kolam ini pada hari kedua dengan penuh yakin.... memulakan percubaan di pinggir kolam akhirnya kami cuba di bahagian tengah. Puas hati rasa macam nak pergi mandi laut jer........ Inagtkan kami perlu tunggu beberapa orang rakan lelaki kami untuk memastikan keselamatan kami... tak sempat buat temujanji pun kami dah berjaya melepasi nya....  hahahahha

08 April 2011

Generasi Ke-3 Mohamed Amin Jaafar

Lisa Amin


Penaung Tunggal Generasi Ke-3 Puah Hajjah Samsidah Bt Haji Talib

Generasai ke-3... wah cepat nya masa berlalu.... rupanya keluarga kami sudah memiliki generasi ke-3 syokk giler..... dua tahun lepas kami semua ketawa besar apabila cucu pertama kami lahir..... semua teragak-agak mahu mendapat gelaran datuk dan nenek................ cucu kami yang pertama sudah berusia 2 tahun lebih.... cukup nakal dan petah bercakap........... hobi main sorok-sorok ... penat nenek cari cucu oiiii... jgn meyorok dan buat kecoh lg.............. cucu kedua sudah lahir................. cucu ke tiga sudah lahir dan kini giliran cucu ke empat.......... fuhhh.............. cepat betul generasi ke-3 keluarga kami berkembang....





Dulu ada seseorang bagi tau saya.......... anak bongsu dari keluarga besar macam saya akan mengalami peristiwa nenek kawin........... cikgu zaman sekarang jangan terkejut  kalau ada murid beri alasan ponteng sekolah sebab nenek nak kawin...... memang betul pun ini tidak mustahil terjadi ... begitu juga dengan peristiwan nenek melahirkan anak...................... Best giler ada cucu .......sudah puas gendong anak kini masa kami mengendong cucu pulak........... hahahah saya harap satu hari nanti tidak sempat la cucu saya ponteng sekolah sebab nak balik nenek kawin............ hehehehehehe..... i love my family........




Tidak mustahil juga cucu-cucu generasi ke-3 ini akan mengalamani peristiwa ini dalam masa terdekat ini........ kerana ada majlis perkahwinan yang sedang dirancang sekaran................ Insya allah.............Siap Nenek yang nak kawin tu............... siapa-siapa je la ...................... tapi yang penting bukan saya............. heheheheh

Teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal


Lisa Amin










Sudah lama tak tengok teater............. tidak berkesempatan dan tiada cite yang best juga. Baru ini ini teater Lat Kampung Boy dan sebuah Muzikal ditayangkan............. memang bercadang untuk pergi.






 Ceritanya boleh tahan......... jalan cerita berlatarkan kisah benar........... Bagai mana ia bermula...







Sahabat.............Kawan....... Teman

Lisa Amin




Mengenali seseorang itu .....

Kadangkala membuat kita tertawa...
Dan kadangkala membuat kita mengalirkan airmata.....
Mengenali seseorang itu juga mampu memberi kita sejuta rasa marah...
sejuta rasa sedih...
sejuta rasa gembira..
sejuta rasa sayang..
dan sejuta rasa rindu...
Sedarilah mengenali seseorang itu sebenarnya 1 anugerah , biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara...

Untukmu teman apa sahaja.............. kerana kamu insan yang saya panggil insan terpilih............ kerana kamu bagaikan intan yang tercanai................

31 March 2011

Manusia

Lisa Amin



Manusia tidak seperti yang TERLIHAT,
yang TERDENGAR
 atau
yang TERBAYANG,
Kerana sifat dan sikap manusia mengikut situasi dan kondisi yang sedang dialaminya. Segalanya serba tidak tetap dan berubah-ubah..............Kita semua manusia biasa...........Tidak pernah sempurna...........


Pak Cik Ajaib..........

Lisa Amin



Al-kisah makan-makan kami yang tak pernah terabai....... bab makan kami memang jaga...... sampaikan hari ni,  ada tokey kedai kata......... tak takut obesiti ker? Nak takut apa dah obes pun cik abang oiii......Tapi masa kami nak makan semalam tempat lepak biasa kedai AZURA, tiba-tiba ada pak cik ajaib.  Ingat nak tumpang tanya ke apa.........apa ke? tapi dia kata adik duit pak cik tercicir....... boleh tak tolong ambikan cop ni kat kedai tu....... sambil hulurkan resit berjumlah RM 30++. Saya hanya memerhati dari jauh peristiwa tersebut tanpa tahu keadaan sebenar pada masa tersebut....... lalu seorang rakan,  panggil kawan saya yang seorang lagi dan mereka kelihatan macam berbincang. Tiba- tiba saya dengan kawan saya kata kami ni cuma pelajar je kat sini. Dan berlalu pergi.........

Sampai kat kedai makan saya bertanya kenapa? Dia nak suruh tolong ambik cop dari kedai tu ker? Kata kawan saya lagi dia nak suruh kita tolong bayarkan cop untuk dia. Hah?? biar betul............... dan kelihatan dia melakukan pekara yang sama kepada orang yang lalu lalang di kaki lima kedai tersebut. Dari dalam kereta.............. beliau sudah turun dan keluar dari kereta. Kereta Wira berarna biru cair............... memandangkan pak cik tu ada tidak jauh dari kami, kami tidak dapat mengulas panjang lebar. Tapi saya memerhatikan pak cik tersebut sambil makan.......... agak lama juga baru lah dia beredar. Kelihatan sudah berumur dan berbadan besar...Entah-entah orang dari rancangan Beng-beng  Boom kot............. mana la tau cari mangsa. Mungkin juga mereka ini merupakan pelajar UKM ker.... yang tengah buat kajian tentang sikap prihatin manusia..........or seorang penguji dari ALlah nak tengok keluhuran budi manusia................

Kisah pak cik ajaib tu kami lupakan seketika...... tapi hari ini kami terbuka mulut untuk bercerita? Siapa dia... kenapa dia mintak tolong macam tu.... dia kan ada kereta........ kalau tak de duit dia boleh balik dulu ambik duit ............ dan boleh pergi kat petronas belakang kedai ni je untuk keluarkan duit... Macam-macam yang kami pikir..... kenapa kami tak tolong pakcik tu erkkk saya sebab tak tau kejadian sebenar saya ingat dia nak mita tolong suruh cop kan resit sebab malas nak turun dari kereta...............atau mungkin dia OKU sebab tu la tak turun dari kereta sebab sya cuma nampak dia bagi resit jer............

Entah- entah dia cuma nak tengok gelagat manusia jer.......... ada ke orang yang nak tolong atau tidak.... apa pun pakcik memang ajaib.................

29 March 2011

Casabrina......................

Lisa Amin



Aku ingin miliki mu CASABRINA


Hai LISA AMIN..............

Lisa Amin



Kamu ni meragam sungguh............. kalau kamu selalu kata....... apa yang kamu mahu tak kira selama mana kamu tunggu kamu akan dapat............ tapi impian untuk memiliki Villa Ulun Thani boleh dikira mustahil atau mungkin inilah impian yang tak mungkin akan kamu dapat?

TIDAK MUNGKIN OR MUNGKIN............ mari kita sama lihat.... biarkan waktu beredar seiring dengan masa..............

Mahu tersenyum.................. kata orang sesuatu itu bermula dengan impian dan angan-angan..... apa pun impian memiliki Vila Ulun Thani ini bukan lah mustahil seperti ingin memetik bintang di langit...............

Zuha Dah Pukul 6 Pagi..............

Lisa Amin



Lisa dan Zuha aktiviti bercakap tanpa henti......... itulah keja kami pot-pet........ pot pet bermula dari jam 10 malam kami berbual bercerita sehingga jam 6 pagi. Perbualan tanpa henti dan tanpa disedari......gila dan memang gila. Bak kata zuha kak mujur la kita sedar, kalau sedar dah kul 8 pagi macam mana? hahahaha macam mana apa? jawabnya kita tak subuh la pagi ni...........

Kami menang pandai bercakap dan bercakap tentang segala macam..... kisah kami, kisah saya, kisah dia dan kisah mereka . Manusia dan kisah manusia memang tidak pernah berhenti sampai di sana. Kisah lelaki badminton menjadi isu panas kami malam tersebut.......... Kisahnya kisah sedih, kisah tanda tanya dan kisah pengajaran.

Bila Aku Sedang Gatal..............

Lisa Amin

Sedang GATAL.............. gatal apa?
jgn la salah paham pulak GATAL  tangan jer.............
Kenapa tangan GATAL..............
sebab macam biasa la boring la....... minggu  ni byk tangkap pic tp tak blh update kat blog sebab tak de wayer nak ternsfer boring tul................

25 March 2011

Doa Selamat Cahaya SPK

Lisa Amin


Pemilik Cahaya SPK


Dalam riuh rendah suasana 19 Mac 2011 di cahaya SPK itu tersimpan sendu yang jauh di dalam hati pemilik rumah ini. Saya pecaya rasa itu ada kerana sebelum balik beliau sempat membisikan " hatarkan satay ini kepada si dia" . Aduh bagaimana mahu dihantar sedangkan si dia telah pergi mengadap ilahi....... dan pada hari itu saya juga rindukan abang zama. Kenapa saya rindu padanya?  Saya tiada jawapanya.... hati sekeras batu macam saya bila rindu agaknya apalah makanya.Bagi saya menu satay kali ini bukan sahaja mencapai impian tuan rumah tapi melapaskan rindu tuan rumah kepada si dia. Kering air mata si dia ketika kami membuat satay ini. Dan dengan air mata itu saya tahu bahawa tuan rumah ini benar-benar maksudkanya. Semoga tercapai hajat ini dan lepaslah beban di dada.


Sate dan air mata

Tapi pada hari tersebut kami sekeluaraga gembira kerana lebih separuh adik beradik kami yang berjumlah 10 orang itu ada meraikan majlis ini. Malah kami berjaya menghasilkan 2000 ribu cucuk satay untuk majlis ini, yang dibuat selama 2 hari di rumah kak long saya. Kak Azi dan Kak Liza didatangkan khas dari jerantut bagi membuat satay ini. Bukan kerja mudah........... penat yang berbaloi kata orang. Rasa gembira ketika menghidangkanya jauh beza dengan kita menghidangkan makanan yang ditempah.


3 dari 5 biji kek

Dalam majlis ini juga kami mengadakan majlis hari lahir untuk 2 orang anak saudara saya dengan kek sebanyak 5 bijik............... Jangan main-main lima biji kek........... kenduri kek kami hari tersebut.Antara menu yang terhidang Laksa, Nasi ayam percik, kambing golek dan makanan ringan yang lain. Bagi kanak-kanak satu belon angin berbentuk istana telah di tempah khas bagi gelanggang mereka bermain. Sayangnya ketika N3 ini ditulis saya tidak dapat upload gambar kerana tertinggal di sana. Bila la nak ambik ni........


Generasi Ke-3

Kehadiran mak, Kak long,Kak azi, Kak liza, Abg lee, Abg man, Lan, Ajak, Ika, Yah, Adik wan dan Alif mengamatkan suasana tambahan cucu baru kami yang ke 3 baru sahaja habis pantang pada hari tersebut.Melihat Kak long saya yang sedang bahagia bersama cinta baru membuatkan saya senyum. Benar kata orang aura bahagia kerana cinta itu sukar disorok. Cinta yang akan membuatkan sesiapa sahaja jadi angau........ dan mabuk cinta. Apa saya doakan kak long saya bertemu cinta bahagia hingga ke akhir hayat setelah puas berendam air mata dalam badai rumah tangga yang terdahulu.

15 March 2011

Sungai Congkak Hulu Langat

Lisa Amin




Sungai congkak dan perjalanan yang tidak terduga ini memang pekara biasa bagi team poya-poya kami. Biasanya kalau merancang, terancang dan di rancang ia tidak menjadi. Jadi selalunya kalau dekat-dekat ni kami buat perjalanan terkejut-terkejut je. Hari sabtu kami bersungguh panjat bukit di tanjung tuan. Hari ahad tidak merancang ke mana-mana cuma makan tengah hari saja di pecal lele adila.  Cuaca boleh tahan panas dan teriknya kalau mandi sungai ni dah kena. Jadi kami  telah terpergi ke sungai congkak dan bertolak selepas zohor............ Mandi dan manda airnya sungguh la dingin.................



Sungai congkak ni bukan apa kawasan perkelahanya agak panjang...... ada tempat yang tidak dalam sehinggalah sederhana dalam dan sesuai bawa kanak-kanak kerana kawasanya yang tidak begitu bahaya. Cuma airnya agak laju di sesetengah tempat jadi kalau bawa budak- budak kena lah berhati-hati.



Sungai congkak ini antara kawasan perkelahan yang mempunyai infrastruktur yang terbaik kerana terdapat banyak kemudahan di sini dari pondok rehat, tapak perkemahan, wakaf, surau, bilik persalinan, dan juga tandas selain itu terdapat juga kawasan permainan kanak-kanak. Setiapa pengunjung yang datang akan dikenakan bayaran sebanyak RM 1 kepada mereka yang berusia lebih 12 tahun. Parking kereta pula RM 3 boleh la sebab kira sekali parking............ nak parking dari pagi sampai malam pun tak de siapa kisah.



Terdapa juga chalets yang disediakan untuk kemudahan mereka yang ingin bermalam bago 4 pax dengan harga Rm 80 cuti umum dan Rm 60 hari biasa. Chalets bagi VIP dengan 3 bilik berharga RM 350. Terdapat juga kawasan astaka yang boleh disewa dengan kadar Rm 400 . Bagi mereka yang ingin berkemah pula terdapat tapak kemaha yang di sediakan dengan kadar sewa Rm 10 bagi satu malam. Bagi mereka yang ingin menganjurkan hari keluarga boleh menbuat tempahan bagi perkhidmatan  makanan, canopy  adn PA System.



Kepada mereka yang berminat untuk membuat tempahan sila berhubung dengan pegawai yang berkenaan  017-3795815 Encik Zilkafli @Shahrehan 013-3869723 . Tempahan awal memerlukan deposite sebanyak 50% dan di masukan ke dalam akaun RHB Bank: 2-12255-0001181-0 atas nama Tourism Selangor Sdn Bhd.