Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








08 April 2011

Sahabat.............Kawan....... Teman

Lisa Amin




Mengenali seseorang itu .....

Kadangkala membuat kita tertawa...
Dan kadangkala membuat kita mengalirkan airmata.....
Mengenali seseorang itu juga mampu memberi kita sejuta rasa marah...
sejuta rasa sedih...
sejuta rasa gembira..
sejuta rasa sayang..
dan sejuta rasa rindu...
Sedarilah mengenali seseorang itu sebenarnya 1 anugerah , biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara...

Untukmu teman apa sahaja.............. kerana kamu insan yang saya panggil insan terpilih............ kerana kamu bagaikan intan yang tercanai................

No comments: