Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








27 April 2011

Kolej Tungku Kurshiah Negeri Sembilan (TKC)

Lisa Amin



Sekolah terbilang ini memang gah dari zaman dahulu hingga kini. Menempatkan pelajar bijak pandai seluruh negara menjadi pelajar disini. Kehebatanya setanding dengan Kolej Melayu Kuala Kangsar MCKK.Kini lebih banyak sekolah seperti ini di  Malaysia. Jika dahulu mereka yang masuk merupakan pelajar terpilih dan sangat bijak. Era kegemilangan nya masih sama walaupun banayk sekolah lain. Tapi kedua-dua kolej ini ada kelasnya yang tersendiri.


Saya pulak sekolah biasa-biasa saja dari dahulu tak pernah merasa duduk di asrama anak emak la katakan. Bila masuk ke universiti baru berjauhan dnegan keluarga dan duduk sendiri. Tapi tidak sama dengan asrama sekolah yang jika di dengar ceritanya memang sangat menyeronokan. Ada bermacam cerita  dari hantu, curi-curi keluar asrama hinggalah cerita dewan makan dan sebagainya. Tinggal di asrama universiti menyeronokan juga ada bermacam cerita. Semua tentu masih ingat bagaimana mendaftar di universiti dan memulakan hidup baru di sini.


Kenapa cerita TKC ini timbul bukan apa saya selalu melungkan mada ke sana. Meneman Cik M pergi berjumpa dengan anak saudaranya. Jadi bila kesana saya teringat kegemilangan TKC ini pada zaman dahulu. Tak sangkan akhirnya saya boleh menjejakan kaki kesana. Kalau nak harap ahli kelurga sendiri rasanya tak mungkin. Baka kami buka baka orang pandai-pandai. Sekata MRSM dan  Sekolah Berasrama Penuh sahaja. Tidak ada lagi yang masuk ke asarama sehebat TKC dan MCKK.

26 April 2011

Secret Recipe ........... I like

Lisa Amin


Kedai ini sangat la tidak sesuai untuk orang diet........... semuanya kaya lemak dan sangat la menyelerakan. Saya memang suka bersantai di kedai ni.......... menikmati sepotong kek bersama secawan kopi......... sensasi yang sangat idea. Bagi saya bukan sahaja keknya yang sedap tapi semua menu yang terdapat di sini  sesuai dengan selera saya. Kek yang paling saya suka Chocolate Banana  dan  Cheese  Kek........... sedap sangat kot....... kalau lah metabolisma saya ni tinggi macam orang lain hari-hari saya makan kek. Sekarang saya sangat la gebu........... gebu yang hitam legam pulak tu.......... kalau gebu macam kapas tak pe la juga.




 Jika 14 tahun dahulu kedai ini hanya menjual  10 jenis kek sahaja kini pada tahun 2011 sudah terdapat 45 jenis kek dan 35 makanan lain. Kedai ini diasaskan oleh Encik Datuk Steven Sim yang merupakan pemilik kepada Secret Recipe ini.  Sebuah kedai yang bermula di SS2 Petaling Jaya kini cawanganya berada diserata negerti termasuk juga luar negara Seperti China, Australia, Filipina, Thailand, Jepun, Indonesia , berunai dan banayak lagi negara lain.Permulaan pada tahun 1997 ini tidak sia-sia.

Kepada mereka yang berminat untuk membuka francais bagi jenama ini boleh la melawat laman web secret  recipe kilk di sini Francais. Hahaha kenapa beria sangat buat promosi ni ......... sebab saya suka la. Kalu ada rezeki saya pun nak buat kek yang sedap-sedap macam ni juga.  Datuk Staven Sim u idola i untuk mengusahakan sesuatu yang enak dan menarik seperti ini.......... Muahhhhhh

Cun ......... Kami Gelak Macam Tengok Hantu Mak Limah Balik Rumah Juga

Lisa Amin


Lama juga aktiviti ke pawagam ni terhenti......... kenapa ntah saya pun tak tau, tiba-tiba macam sibuk semacam. Bak kata rakan saya "buzy doing nothing"itu lah istilah yang sesuai. Cerita ni jalan ceritanya santai sahaja cuma yang menariknya view pengambaran ni. Kat kawasan sawah padi yang dipanggil kampung mata ayer. Memang cantik dan sungguh mendamaikan ditambah lagi dengan rumah kampung di tepi sawah dan tali air. Itu belum lagi dikira pelakon penting si kembang iaitu seekor kerbau.......... memang cun habis.

Lakonan remy ishak dan maya karin memang boleh dipuji................jalan cerita walaupun tidak lah terlalu idealistik dan realiti tapi nampak sempurna kerana unsur alam yang dimasukan. Siap ada babak tunggang kerbau. Memang menarik tambah lagi dengan lori yang dipandu remy yang di apalikasikan kepada pelbagi kegunaan. Memang kreatif............ rasa macam nak beli je lori........ banyak juga gunanya. Tapi walauapapun memang boleh ketawa la tengok cerita ni...... babak-akhir agak sedih juga........... tapi happy ending....loka si menonton macam biasa Alamanda bersama Cik M.......... nak tengok sila klik di sebelah  Synopsis

22 April 2011

Pilihlah Calon Suami Yang Bulat-Bulat

Lisa Amin

Motivasi pagi  22 April 2011............ Potensi Peribadi Berdasarkan Fizikal.......... gitu la tajuknya... menyesal tak bagi perhatian dengar sipi-sipi jer....... Sibuk update D'beli................antara yang sempat saya dengar adalah:

Lelaki yang bulat-bulat ni memang mudah membahagiakan wanita kerana ia bagikan fitrah alam..... cuba tengok banyak benda semula jadi yang berbentuk-bulat contohnya bulan, matahari. planet dan bumi. Betul juga sudah la bulat dan semunya tu sangatlah berguna kepada kita............. saya tak sempat pun  nak ambik mana tetamu jemputan untuk motivasi pagi tapi yang pasti dia seorang wanita.  Katanya lelaki jenis ini kalau dibuat suami akan membahagiakan........... isteri hanya perlu sediakan makan... buka tv dan berikan semangkuk kacang...... dia akan sentiasa bersama kita. Lelaki jenis ini mudah juga dibawa berunding dan diajak berbincang............ Ni je yang sempat saya dengar........

Kisah lain yang dia sentuh pasal pakaian dan bentuk fizikal.... ada juga dia sebut pasal pakaian wanita dan lelaki......... tak ingat sangat sebab ia tak menarik. Tapi bab lelaki dan bentuk fizikal dan pakaian telinga saya ni boleh la dengar pelik....... walaupun tak jelas sangat tapi saya dengar antara nya lelaki yang jenis apa tah dia panggil macam lebih kurang  cam ni dia kata" lelaki jenis menjaga penampilan ni ....semua nak sukat, makan nak sukat, sistematik dan sentisa nak sempurna ni memang la susah. Sebab semuanya dia nak jaga... berbanding lelaki bulat.............. BULAT lagi yang dipuji.......... mereka ni memang mudah meneriama apa yang telah diberikan....... dan kita hidup kena ada gaya yang tersendiri jangan terlalu memaksa........hidup kena enjoy........ jangan stess...... ya la orang bulat ni mesti dia tak kisah....... bulat pun bulat la.. sebab tu la dia bulat............heheheheh

20 April 2011

Doa Untuk Mendapat Jodoh

Lisa Amin

Saya selalu ditanya bila mahu berdua???? bila .............jangan la....... tanya kat saya cam tu............ tak dapat nak menjawabnya. Saya pecaya ramai yang yakin kat saya kalau saya kata...... saya tidak berpunya. Lihat saja dari segi fizikal dan penampilan saya. Memenag layak pun tidak berteman.......... dan kalau orang tanya pun memang saya kata tiada............ saya tidak pasti sebenarnya dengan pilihan yang ada....... dan  jauh disudut hati saya di ruang yang paling dalam.......... ia masih kosong dan belum terisi. Selagi mana saya berkasih sayang ......saya tidak akan akaui ia milik saya kerana ruang itu hanyalah akan saya isi sebaik sahaja saya memiliki seorang lelaki yang telah halal untuk saya. Jadi bukan kan ia masih kosong dan saya bukan milik sesiapa................. saya buka ruang dan peluang ini kepada semua orang................ sehingga ada yang telah memperisterikan saya. Jangan pulak kata saya tidak setia.......... kerana saya akan hanya setia kepada suami saya ...... HARAP MAKLUM.

Ketika ditanya oleh rakan-rakan tentang sang kekasih dulu saya jawab tiada......... sekarang saya jawab ada, tapi dia bukan pilihan saya......... tetapi dia memilih saya. Maksudnya....... ada insan yang harap-harapkan... tapi saya bukan pilihanya..... tidak mengapalah. Lalu ada la seorang teman berkata.......... kalau kau betul-betul nak dengan orang yang kau harapkan......... aku boleh bagi doa........... untuk dapat jodoh....... lalu dia bacakan doa ini untuk saya...................



Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah...
Tapi kalau bukan jodohku,

Jodohkanlah....
Jika dia tidak berjodoh denganku,

Maka jadikanlah kami jodoh...
Kalau dia bukan jodohku,

Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, selain aku...
Kalau dia tidak bisa di jodohkan denganku,

Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain,

Biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku...
Dan saat dia telah tidak memiliki jodoh,

Jodohkanlah kami kembali...
Kalau dia jodoh orang lain,

Putuskanlah! Jodohkanlah dengan ku....

Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,

Biar orang itu ketemu jodoh dengan yang lain dan

Kemudian Jodohkan kembali dia dengan ku ..

Lalu saya berkata kepada teman saya.......... wah doa macam ni pun ada ker? Tak pe la............ saya cakap kat dia......... saya tak akan minta dengan Allah sesuatu yang bukan hak saya.... ini bermakna saya tidak berani amalkan doa ini. Jadi kepada mereka yang mengharapkan sesorang dan bersungguh-sungguh amalkanlah.Saya terfikir kenapa saya tolak doa ini??? adakah kerana saya tidak 100% mengharapakan kepada si dia yang saya harapkan.............. 

Tangisan Untuk Lelaki Itu.....

Lisa Amin

Aneh........... kenapa saya mengharapkan lelaki itu............. dia bukanlah sehebat mana pun..... kenapa dia berjaya dalam persaingan dengan lelaki lain. Kenapa dia berjaya dan diantara lelaki lain yang ada. Bukan nak kata yang saya ada banyak sangat pilih. Tapi pilihan itu memang ada,  sekali pun lelaki lain itu tidak memilih saya tapi saya boleh pilih jalan hidup saya macam biasa. Yang jauh dari ribut dan gelagat lelaki. Kenapa dia??? baik sangat kah dia.......... TIDAK........ dapat ke dia menghilangkan resah saya..... TIDAK.. dapatkah dia mendamaikan hati saya TIDAK juga. Malah dia juga ada pesaing yang setaraf denganya........ tapi kenapa saya tidak memilih pesaingnya........ kenapa dia??? 

Kenapa saya boleh menagis....... tiga kali........ bagi saya membazirkan air mata untuk lelaki sebanyak 3 kali memang betul-betul MEMBAZIR......... Membazir tau LISA.......... MEMBAZIR. Tapi saya tak kisah pun saya menagis juga..... kali pertama saya faham kenapa saya menagis......... saya akur dan terima air mata itu sebagai air mata penyesalan. Kali kedua saya menangis kerana sakit hati dan tangisan yang kedua ini tangisan yang bukan kepalang.... saya rasa mungkin orang lain boleh mendengarnya... kerana ia sebuah tangisan sayu yang hiba.................Hiba sungguh hati saya dan saya menangis bersungguh........... malah saya sempat karangkan senaskah nota sebagai mengambarkan perasaan saya. Akhirnya saya tenang..... malah saya lepasakan dia dari hati saya...............lepaskan.Tidak lagi mengharap..............

Sebelum malam ini dia ada menghubungi saya dia waktu yang biasa dan hari yang saya sudah biasa juga. Dan macam biasa juga .................. tidak bercakap panjang. Sambung tidur dan tiada apa yang menyedihkan saya. Sakit hati ............. tapi boleh didamaikan.Macam biasa janjinya......... tidak tertunai...... saya juga macam biasa buat-buat tidak kisah.  Tapi malam ini jam yang biasa juga.... saya terima panggilan itu..... macam biasa dingin.... kenapa saya boleh memilih lelaki yang yang selalu menyakitkan hati saya dan membuatkan hati saya dingin. Sedangkan saingannya saya faham........... dan selalu memahami....... yang saya ibaratkan seperti angin dan saya terima angin itu. Kenapa DENGA DIA saya angin dan angin itu tidak dapat saya terima.Sebab itu saya kata ada cinta untuk dia. Sakit tapi masih menyanyangi .... kenapa saya pilih yang menyakitkan ini???

Sebaik sahaja mengakhiri perbualan saya tidak menagis......... tapi hati saya sakit............ malah sejak hari itu saya memang tekat tidak akan call atau SMS dan saya berjaya kota kan janji saya memang tiada ada perhubungan selepas itu. Hari ini sebaik menerima panggilan saya terasa sangat sedih. Kerana saya bercadang tidak mau angkat pun panggilanya. Tapi malam ini saya angkat juga............... dan saya kata kalau saya angkat saya nak cakap macam-macam. Bermacam ayat yang dikarang dan dirangka....... tapi sebaik sahaja panggilan diterima saya tidak mampu berkata-kata diam seribu bahasa. Saya faham dia juga bersabar dengan saya. Dia juga tidak dapat memahami saya......... dia juga ada rasa yang tidak dapat digambarkan. Tapi apa...............pun saya tidak mahu mengalah dia tetap salah.  Sebaik sahaja saya dengar lagu jepun yang saya tidak faham pun maksudnya........ tapi saya suka kan melodi dan iramanya. ia sunguh mendayu-dayu.......... dan air mata saya menggalir. Dan inilah tangisan ketiga saya.......... tapi sikit dan sekejap  jer ........ hahahahhaha.... masa tulis ni pun saya dah lega... dan gembira balik................... lantak la ada AKU KISAH............


LELAKI  HARUS KU TATANG ATAU KU BUANG DARI HIDUP??????

TAPI AKU PECAYA JANJI ILAHI.....................


Sakit Hati............. yang sangat sakit

Lisa Amin





Hemmmmm lagu ni dah cukup kena dengan aku sekarang ini benar-benar masuk ke dalam hati......................... Ya Allah hilangkan segalanya............. Hari ini aku menangis lagi kerana lelaki itu. Ya Allah kenapa dia yang telah kau angkat menjadi tetamu istimewa itu. Kenapa dia??????? Kenapa kepada dia perasaan cinta itu wujud.... Kenapa kepada Dia?????? Bukankan aku boleh memilih yang lain.......... Tapi kenapa Dia????? Kenapa Dia...................... Ya Allah...................... Kenapa Dia?????


Hilangkan Segalanya By Farahwahida

Semudah cukup hatiku dilukai
sekian lama rasa tak dihargai
sampai bila harus aku menanti
saat indah setelah dikau pergi
inginku hapus semua
rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah
hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin sakit lagi
hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin
lara lagi
Hilangkan Segalanya
hilangkan rasa gundahku
hilangkan rasa dukaku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin sakit lagi
hilangkan kekosonganku
hilangkan keasinganku
hilangkanlah segalanya
ku tak ingin lara lagi
hilangkanlah segalanya
ku menanti saat sinar mentari
ku menanti cahaya dalam hati
inginku gapai bintang yang gemerlapan
agar terang jiwa yang kegelapan
inginku hapus semua
rasa mencengkam ini
hanya padamu ku meminta
aku pasrah

Lisa bukankah kamu tahu bahawa bukan semua soalan ada jawapan......................................

Kolam Renang Danau

Lisa Amin




Sejak bertapak maju di kolam yang jauh lebih besar ni bukan main syokkk lagi............... Hari ini macam biasa melompat terjun di kolam yang dalam bersama Cik M dan cik S. Cik S jarang pergi berenang bersama  kami. Cik Z pulak dah balik kampung...... ada urusan katanya. Urusan yang tidak dinyatakan dengan jelas urusannya dan bukan urusan saya untuk ambik tahu. Tapi untuk sesi renang hari ini saya terasa penat yang luar biasa. Memang saya berenag macam biasa paling tidak 3 round tapi hari ini penatnya ampun................ penat sungguh. Mungkin sebab saya tidak makan hari ini ibarat puasa tanpa niat. Hahahah tiada teman untuk makan kesian saya........ cadang nak basuh baju pun tertangguh kerana penat dan lapar. Biarkan dulu baju dah nak penuh sebakul. Saya tidak dapat jangka keadaan saya minggu ini. Kerana mengikut katanya dia akan datang minggu ini. Jadi adakah dia akan datang bertemu saya. Kita tunggu dan lihat sahaja........ tempoh masa sehingga ahad. So cerita dia ini kita tangguh minggu depan. Dia ............... Siapakah dia............. hahahah hanya saya yang tahu...................hahhaahha

Balik berenang perut yang memang lapar ni, dah menganas. Maklum lah orang puasa pun dah sepatutnya berbuka......... pasar malam kah? ke mana nak bawa perut ni makan...... rasa macam nak makan nasi dagang. Selesai mandi  SMS Cik M. Katanya nak makan di KFC....... saya ok saja.... sebaik sahaja selesai bersiap terus menuju kelokasi. Sedapnya makan.......... tapi saya tak suka sangat KFC Chicken Chop baru tu.... biasa je bagi saya tapi egg tart tu sedapnya nyumx2............ Lepas makan kami meronda jap kat dalam Giant ingat nak beli stok barnag malas la pulak sebab lepas amkan rasa sangat kenyang. Tiba rasa lengguh seluruh badan dan sakit pinggang........... pendik kata penat yang luar biasa. Kenapa???? saya pun tak tahu...... Nak kata berenang banyak kali tak kot.........  biasa je. Balik makan saya terus tido......... hahahah tapi macam biasa dalam jam 11 malam saya akan bangun dan meneruskan aktiviti burung hantu sehingga ke pagi.... 

15 April 2011

Wanita itu anugerah............

Lisa Amin



Wanita itu satu anugerah.......... wanita itu ada kuasa tersembunyi ............. bila ia terancam dia boleh mengoncang dunia.Wanita boleh melakukan banyak perkara yang mampu membuatkan mata kita terbuka. Wanita juga ada semangat dalam dirinya yang kita tidak pernah tahu,  bila dia sudah membuat keputusan, dia akan lakukan apa sahaja.

Dan
Lalukan apa sahaja itulah kuasa wanita............

Insan Terpilih................

Lisa Amin



Saya saya selalu sebut tentang insan terpilih?
Siapakah beliau?
Dan
Semestinya mereka ini bukan ahli keluarga kerana sudah ada istilah air dicincang tak akan putus



Jadi siapa mereka dan bagaimana mereka ini dipilih dan bagaimana mereka menjadi terpilh.

Insan terpilih saya adalah orang yang tidak mampu saya buang dari hidup saya walaupun saya telah dibuang dari hidup nya. Orang yang akan selalu saya kenang. Orang yang membuatkan saya rasa selamat bersamanya. Orang tidak dapat membuatkan saya benci kepadanya. Orang yang tidak dapat memberi aura marah yang panjang. Orang yang yang membuatkan saya merajuk tapi saya berjaya pujuk hati saya sendiri tanpa perlu dipujuk oleh beliau.Orang yang saya sanggup berikan segalanya walaupun nyawa saya. Orang yang tiadak mampu membuatkan hati kecil saya terasa. Orang yang mampu membuatkan saya menangis dan sudahnya saya kesat air mata saya sendiri. Orang yang mampu membuatkan saya sabar. Yang paling penting.... dia anugerah dari Allah untuk saya.......... Itulah  yang sebenarnya......... Anugerah Allhah.. kerana hanya Dia yang mampu memberikan kelebihan ini kepada saya....

Ini adalah insan terpilih saya.

Sukar mencari yang kita benci tentang orang yang kita paling sayang.
Mustahil bukan kecuali mereka insan terpilih...

Sedih............Yang Penuh Makna

Lisa Amin




Apa maknanya kalau kita sedih tapi tidak mampu mengalirkan air mata?

 adakah



sedih tidak menitiskan air mata itu tandanya menangis di dalam hati?

14 April 2011

Maafkan Agar Di Maafkan

Lisa Amin





Saya menyedari memberi kemaaf lebih sukar meminta maaf. Memintaa maaf akan membuatkan beban fikiran terlepas jauh dari hati. Tapi Memaafkan............ sukar digambarkan, kerana kita sentiasa rasa kita telah pun terluka di saat pekara ini terjadi. Saya ada terbaca dalam sebuah buku....

"Orang yang tidak di maafkan akan sentiasa "diikat" oleh orang yang tidak dimaafkan. Maafkan nescaya kau akan terlepas. Kau akan bebas dari terus mengingatkan kesedihan,kekecewaan dan kemarahan yang dikenakan ke atasmu" 

Maaf satu perkataan yang mudah untuk kita mengucapkanya........... tapi memaafkan sejauh mana ia mampu di terima. Hari raya biasanya kita bermaafan untuk sebab yang kita tidak pasti, kenapa kita meminta maaf dan perlu dimaafkan.  Bukankah maaf terbaik dengan memberitahu kesalahan yang telah kita lakukan. Pernahkan kita lakukanya? Tujuaan memohon maaf untuk rasa tidak terbeban itu bagi saya tidak mudah dilakukan dan ia masih tidak suci jika kita tidak memberitahu pekara yang sebenar.


Saya bukan jenis pendendam, saya jenis orang yang biasa-biasa yang mudah menerima keburukan orang lain. Kerana saya ingatakan dalam diri saya bahawa kita semua manusia biasa yang tidak pernah sempurna. Apabila menerima keburukan orang lain bereti, jarang ada manusia yang saya rasakan mereka telah berdosa dengan saya. Tapi kadang kala saya terfikir sejauh mana ia benar...... kerana jauh di sudut hati saya ada insan yang saya fikir, saya sudah lepaskan mereka dari dosa mereka dengan saya. Tapi ada diantara mereka saya selalu kata lupakan saja ....... lupakan saja adakah ia satu bentuk kemaafan atau satu ungkapan pergantungan........ saya keliru....... adakan saya ikhlas melepaskan dosa mereka  atau???? LUPAKAN............. LUPAKAN.......... LUPAKAN................ bagi saya melupakan bukan satu pengampunan. Jadi haruskan saya berdendam....... atau mengampunkan ..... adakah ia satu dosa........ kerana mungkin mereka ini tidak pernah sedar pun mereka mengecilkan hati saya dan perlu memohon keampunan dari saya. Jadi saya mahu lupakan dan harap dapat memaafkan mereka sebelum saya menutup mata.

Tapi setakat ini cuma ada seorang sahaja yang saya katakan lupakan...... yang lain saya yakin memang tidak ada dosa dengan saya. Beliau pernah membuatkan hati saya kecil............saya jarang berkecil hati kerana jarang ada orang yang berjaya masuk ke dalam hati saya. Kebanyakan mereka adalah orang biasa...... yang tidak masuk dalam senarai saya. Sebab itu saya benci menyanyangi seseorang kerana kasih sayang sungguh mahal. Saya tidak suka ada orang yang boleh mengganggu gugat hidup dan emosi saya........ yang dibenarkan hanya haya keluarga saya dan insan terpilih. "INSAN TERPILI" yang bukan pilihan hati saya tapi ia takdir ilahi..... insan terpilih ini tidak dapat membuatkan saya benci pada mereka yang ada cuma kasih sayang. Beliau yang membuatakan saya kecil hati ini bukan insan terpilih........ saya tidak dapat memberikan label kepada beliau........ dan saya yakin dia bukan insan terpilih saya.

Mungkin beliau hampir menjadi insan terpilih........ kerana satu ketika dulu beliau pernah dekat di hati saya.... setelah hampir 2 tahun berlalu tiba-tiba saya mendapat msg dari beliau. Itupun setelah beberapa kali beliau menghubungi saya tapi tidak saya jawab. Kadang-kala memang saya sibuk dan tidak sempat menjawab. Kadang kala saya memang pilih untuk tidak menjawab...... Kenapa kerana saya tidak bersedia..... akhinya saya membalas MSG beliau dengan  hati yang berbelah bagi. Setelah bertanya khabar beliau mula bertanya kan soalan yang lebih berat........ dan saya memang tidak minat untuk menjawab. Kerana satu ketika dahulu beliau telah pun memilih untuk melupakan saya dan saya bukan pilihanya untuk berkongsi suka dan duka dalam hidupnya? Jadi kenapa dia mahu bertanyakan susah senang saya sekarang??????

Bukan ini tanda ia satu dendan dan ada dosa yang tidak saya ampunkan? Bertarikh 26 Feb 2011 akhirnya kesudahan MSG kami, beliau mengucapkan terima kasih kepada saya sebab menjadi kawannya walaupun dia serba kekurangan dan katannya saya terima beliau sebagai kawan. Katanya juga saya adalah kawan terbaiknya walaupun jauh dia doakan saya semoga berjaya dalam hidup. Dia juga ada memohon maaf dari saya. Saya balas SMS tersebut dengan "saya juga mohon maaf semoga dosa kita akan terhapus andai salah seorang dari kita telah tiada di dunia ini". Bukan ia jawapan berbaur dendam dan tidak ikhlas? Ketika msg ini dihantar saya sedang meronda-ronda PKNS Shah Alam. Hati saya berbelah bahagi dan penuh dengan rasa bosan......................

Berdendamkah Aku......... sifat yang saya jarang miliki tapi untuk beliau perasaan ini wujud? Kenapa adakah kerana dia hampir menjadi insan terpilih???? Adakah kerana sayang? Benar suatu masa dulu saya sayang beliau.................. Tapi kini hati saya telah merajuk.......... saya tak marah pun....... dan rajuk ini sukar untuk saya pujuk....................... LISA AMIN DALAM DILEMA...............

13 April 2011

Futatsu No Kodou To Akai Tsumi

Futatsu No Kodou To Akai Tsumi By On Off Lyrics, Music Videos, Translations - Hip Lyrics On Off - Futatsu No Kodou To Akai Tsumi Lyrics I couldn't believe what I was seeing Faces all screwed up like what I'd done I didn't mean to hurt you so much I knew it would hurt you, but not like this We all make a mess from time to time dear But it'll take me a lifetime to get this cleared Somebody muttered something under their breath But I let on like I was a little deaf Nobody's perfect, that's what I say No one has hurt me so much, you say I'm sorry Running away seemed like the easy thing to do Because I wanted time To put a smile back on my dear face For once nothing's missing and I feel fine I was afraid to tell you some things But some things, all find a way to get told Hearing it from the lips of somebody else Must have knocked the wind out of your sweet chest

11 April 2011

Sibuk Dengan D'beli

Lisa Amin



Satu permulaan.......... kata orang kalau nak rasa jadi kaya cubalah melakukan urusniaga.... Insya Allah ada rezeki disana....... jadi kami yang merujuk kepada team poya-poya memulakan langak baru dengan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan.... bagaimana ia bermula saya pun tidak pasti.... yang pasti kami telah menemui tempat mendapatkan barang-barang yang biasa di jual di pasar malam  dan down town....

Rupanya harga yang di perolehi oleh penjual jauh lebih murah dan tidak mustahil untuk mendapatkan pulangan yang lumayan......... lumayan....... teringin juga merasa nak jadi bayak duit dan  kaya. Selepas membuat kajian dan pertimbangan barang apa yang mahu dijual dan mendapat untung yang paling lumayan kami memilih perfume....kenapa perfume sebab kami suka wangi... lagi pun kalau tak habis kami boleh pakai buat mandi.......... hahah....

Perniagaan ini diharapkan boleh berkembang ke peringkat yang lain pada satu hari nanti........ bukan suka-suka tapi kami benar-benar mahukanya berjaya...... tambahan pula pasaran sekarang agak luas dan menggunakan aplikasi teknologi terkini untuk menjalankan perniagaan............Tidaklah sesikar mana... tapi baru bermula banyak juga masalah yang perlu kami selesaikan.......

Semoga Perniagaan ini berjaya tambahan pula naluri saya kuat menyatakan saya boleh mencuba perniagaan perfume ini kerana sebelum tercetusnyan idea untuk berbiaga ini naluri saya sudah menghidu bau wnagi ketika jam 5 pagi yang tidak tahu bau dari mana..... tak kan hantu kut..... saya percaya kepada naluri saya kerana ia seperti ada bau kapur barus jika saya akan menghadiri upacar pengkebumian atau ada orang yang saya kenali akan meninggal dunia........ oh naluri wajarkah aku percaya?

Penat Dan Teruja dengan Kolam Renang

Lisa Amin



Hehehe..... best la sangat kan .... kerana hari ini dengan jaya kami telah berjaya menawan kolam renang campuran yang boleh tahan dalamnya. Ingatkan kami akan menggambil masa yang lama untuk bersuai kenal dengan kolam ini. Rupanya hari kedua kami sudah boleh berenang panjang kali lebar........... walaupun bagi orang lain ia mungkin biasa-biasa sahaja tapi bagi kami yang tidak lah sehebat mana berenang ini ia suatu pencapaian mengujakan.

Sudah lama teringin berenang di kolam tersebut tetapi terpaksa ditangguhkan kerana ia agak dalam bagi perenang amatur seperti kami. Hari pertama kami mencuba dengan membuat ukuran di kolam ini dan memastikan kawasan selamat untuk kami. Jauh sekali beza keluasan kolam campuran dengan kolam wanita ini. Setalah memastikan zon selamat kami berenang mengikut kelebaran kolam yang lebih panjang dari panjang kolam wanita yang biasa kami renangi. Fuhh boleh tahan semput juga.......

Next day kami cuba lagi berenang dikolam campuran dengan yakin untuk menawan kepanjangan kolam ternya kami sudah berjaya menawan kolam ini pada hari kedua dengan penuh yakin.... memulakan percubaan di pinggir kolam akhirnya kami cuba di bahagian tengah. Puas hati rasa macam nak pergi mandi laut jer........ Inagtkan kami perlu tunggu beberapa orang rakan lelaki kami untuk memastikan keselamatan kami... tak sempat buat temujanji pun kami dah berjaya melepasi nya....  hahahahha

08 April 2011

Generasi Ke-3 Mohamed Amin Jaafar

Lisa Amin


Penaung Tunggal Generasi Ke-3 Puah Hajjah Samsidah Bt Haji Talib

Generasai ke-3... wah cepat nya masa berlalu.... rupanya keluarga kami sudah memiliki generasi ke-3 syokk giler..... dua tahun lepas kami semua ketawa besar apabila cucu pertama kami lahir..... semua teragak-agak mahu mendapat gelaran datuk dan nenek................ cucu kami yang pertama sudah berusia 2 tahun lebih.... cukup nakal dan petah bercakap........... hobi main sorok-sorok ... penat nenek cari cucu oiiii... jgn meyorok dan buat kecoh lg.............. cucu kedua sudah lahir................. cucu ke tiga sudah lahir dan kini giliran cucu ke empat.......... fuhhh.............. cepat betul generasi ke-3 keluarga kami berkembang....





Dulu ada seseorang bagi tau saya.......... anak bongsu dari keluarga besar macam saya akan mengalami peristiwa nenek kawin........... cikgu zaman sekarang jangan terkejut  kalau ada murid beri alasan ponteng sekolah sebab nenek nak kawin...... memang betul pun ini tidak mustahil terjadi ... begitu juga dengan peristiwan nenek melahirkan anak...................... Best giler ada cucu .......sudah puas gendong anak kini masa kami mengendong cucu pulak........... hahahah saya harap satu hari nanti tidak sempat la cucu saya ponteng sekolah sebab nak balik nenek kawin............ hehehehehehe..... i love my family........




Tidak mustahil juga cucu-cucu generasi ke-3 ini akan mengalamani peristiwa ini dalam masa terdekat ini........ kerana ada majlis perkahwinan yang sedang dirancang sekaran................ Insya allah.............Siap Nenek yang nak kawin tu............... siapa-siapa je la ...................... tapi yang penting bukan saya............. heheheheh

Teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal


Lisa Amin










Sudah lama tak tengok teater............. tidak berkesempatan dan tiada cite yang best juga. Baru ini ini teater Lat Kampung Boy dan sebuah Muzikal ditayangkan............. memang bercadang untuk pergi.






 Ceritanya boleh tahan......... jalan cerita berlatarkan kisah benar........... Bagai mana ia bermula...







Sahabat.............Kawan....... Teman

Lisa Amin




Mengenali seseorang itu .....

Kadangkala membuat kita tertawa...
Dan kadangkala membuat kita mengalirkan airmata.....
Mengenali seseorang itu juga mampu memberi kita sejuta rasa marah...
sejuta rasa sedih...
sejuta rasa gembira..
sejuta rasa sayang..
dan sejuta rasa rindu...
Sedarilah mengenali seseorang itu sebenarnya 1 anugerah , biarpun hadirnya hanya seketika dan sekadar teman sementara...

Untukmu teman apa sahaja.............. kerana kamu insan yang saya panggil insan terpilih............ kerana kamu bagaikan intan yang tercanai................