Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








27 April 2011

Kolej Tungku Kurshiah Negeri Sembilan (TKC)

Lisa Amin



Sekolah terbilang ini memang gah dari zaman dahulu hingga kini. Menempatkan pelajar bijak pandai seluruh negara menjadi pelajar disini. Kehebatanya setanding dengan Kolej Melayu Kuala Kangsar MCKK.Kini lebih banyak sekolah seperti ini di  Malaysia. Jika dahulu mereka yang masuk merupakan pelajar terpilih dan sangat bijak. Era kegemilangan nya masih sama walaupun banayk sekolah lain. Tapi kedua-dua kolej ini ada kelasnya yang tersendiri.


Saya pulak sekolah biasa-biasa saja dari dahulu tak pernah merasa duduk di asrama anak emak la katakan. Bila masuk ke universiti baru berjauhan dnegan keluarga dan duduk sendiri. Tapi tidak sama dengan asrama sekolah yang jika di dengar ceritanya memang sangat menyeronokan. Ada bermacam cerita  dari hantu, curi-curi keluar asrama hinggalah cerita dewan makan dan sebagainya. Tinggal di asrama universiti menyeronokan juga ada bermacam cerita. Semua tentu masih ingat bagaimana mendaftar di universiti dan memulakan hidup baru di sini.


Kenapa cerita TKC ini timbul bukan apa saya selalu melungkan mada ke sana. Meneman Cik M pergi berjumpa dengan anak saudaranya. Jadi bila kesana saya teringat kegemilangan TKC ini pada zaman dahulu. Tak sangkan akhirnya saya boleh menjejakan kaki kesana. Kalau nak harap ahli kelurga sendiri rasanya tak mungkin. Baka kami buka baka orang pandai-pandai. Sekata MRSM dan  Sekolah Berasrama Penuh sahaja. Tidak ada lagi yang masuk ke asarama sehebat TKC dan MCKK.

No comments: