Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








15 April 2011

Insan Terpilih................

Lisa Amin



Saya saya selalu sebut tentang insan terpilih?
Siapakah beliau?
Dan
Semestinya mereka ini bukan ahli keluarga kerana sudah ada istilah air dicincang tak akan putus



Jadi siapa mereka dan bagaimana mereka ini dipilih dan bagaimana mereka menjadi terpilh.

Insan terpilih saya adalah orang yang tidak mampu saya buang dari hidup saya walaupun saya telah dibuang dari hidup nya. Orang yang akan selalu saya kenang. Orang yang membuatkan saya rasa selamat bersamanya. Orang tidak dapat membuatkan saya benci kepadanya. Orang yang tidak dapat memberi aura marah yang panjang. Orang yang yang membuatkan saya merajuk tapi saya berjaya pujuk hati saya sendiri tanpa perlu dipujuk oleh beliau.Orang yang saya sanggup berikan segalanya walaupun nyawa saya. Orang yang tiadak mampu membuatkan hati kecil saya terasa. Orang yang mampu membuatkan saya menangis dan sudahnya saya kesat air mata saya sendiri. Orang yang mampu membuatkan saya sabar. Yang paling penting.... dia anugerah dari Allah untuk saya.......... Itulah  yang sebenarnya......... Anugerah Allhah.. kerana hanya Dia yang mampu memberikan kelebihan ini kepada saya....

Ini adalah insan terpilih saya.

Sukar mencari yang kita benci tentang orang yang kita paling sayang.
Mustahil bukan kecuali mereka insan terpilih...

No comments: