Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








30 April 2013

Bunga Lili

Lisa Amin


Selepas 2 hari semunya kembang dan mekar ...........seceria hati ini..........................


Hah oren sangat.............baru la ceria.............sesuai dengan tema kolej keris mas.............macam biasa la kalau lalu KL selalunya kalau tengok jadual dalam bilik macam banyak masa je............boleh la beli bunga segar untuk letak dalam bilik............bukan apa kalau tak duduk dalam bilik sayang duit nak beli...........bunga layu tanpa sempat di renung..............

Kalau macma nie ambil masa 2 hari untuk kembang


Bunga lili ni tak susah nak jaga............cuma kuat pakai air dan perlu di bersihkan  selalu airnya..........bunga nie kalau nak guna masa event contoh hiasan untuk orang kawin ker......gubahan bunga kerr kena beli awal 2 hari dari tarikh kejadia sebab dia ambil masa untuk kembang...........kalau beli masa evant agak jauh boleh pilih kudup bunganya yang masih kuncup..........kalau tengok dah hampir terbuka tu dalam 1 atau 2 hari jer dia akan kembang dengan cantik...........




Nie belajar dari pengalaman la................dulu pernah beli nie untuk buat deco masa jamuan raya beli sehari sebelum............sudahnya semua kuncup jer........tak kembang..............kan dah tak cantik dan tercapai matlamat...................

Adoii haii...............

Lisa Amin




Otak penat..............fizikal letih.............mata mengantuk..................hati susah ................banyak yang belum diselesaikan lagi.................

Semuanya Ocean Night KKM

29 April 2013

Pokok Bunga Harum Sundal Malam

Lisa Amin

Bila nak kembang dan memberikan haruman  nie??????????????




Pokok berhantu nie????? hehehehehe ramai orang tak suka.............tapi saya suka..........sudah la duduk sorang-sorang kat sini boleh pulak tanam pokok nie kat bilik..............elok la tu.......... macam lagu dalam cerita pontinak ...................



Kalau nak tau info bunga nie secara saintifik.......... nie pun ambik dari maklumat yang orang lain bagi la........ google jerr.......Bunga sundal malam atau dikenali juga dengan nama tuberose berasal dari Amerika tengah tu nama melayu la. Nama saintifiknya ialah Polianthes tuberosa, tergolong dalam famili Amaryllidaceae/Agavaceae , sudal malam ialah jenis pokok berumpun yang dikategorikan sebagai lili sama seperti amaryllis dan pokok spider lily atai bakung.Kebanyakan bunga yang berbau wangi akan kehilangan atau berkurangan bau wanginya selepas dipetik dari tangkainya, namun sundal malam mempunyai sifatnya berbeza.Sama seperti bunga melur, walaupun setelah dipetik, bunganya sendiri masih lagi menghasilkan bau wangi yang akan terus kekal hingga ianya kering dan layu.Sesetengah ahli botani mengklaskan tumbuhan ini sebahagai tumbuhan semusim(annual) manakala yang lainya pula mengkelaskannya sebagai tumbuhan yang kekal lama (perennials).Dalam keadaan yang optimum tumbuhan ini boleh kekal hidup dan menghasilkan bunga hingga bertahun-tahun.Sama seperti tumbuhan lili yang lain sundal malam membiak dengan ubi atau bebawang. Bebawangnya boleh disimpan lama sebelum ditanam jika dikeringkan.Tumbuhan ini memerlukan pendedahan terus pada cahaya matahari.

Nie la rupa pokoknya..............


Katanya bunga nie digunakan untuk..............menimbulkan mood romantik terutamanya untuk pengantin baru.Kalau kat negara  india juga gadis2 yang belum berkahwin dilarang dari mencium harumannya pada waktu malam kerana dikhuatiri ini akan merangsang aktiviti seksual mereka ..........hah sampai macam tu sekali la dia punya pengangan................di sini juga bunga ini dikenali dengan nama ratkirani yang bermaksud mistress of the night.Ia dikatakan dapat menambah dan meransangkan tenaga chakra yang boleh membuatkan seseorang itu mempunyai kuasa psikik (tidak diketahui sejauh mana kebenarannya).Minyak pati dari bunga ini sangat mahal , ada tempat yang menjualnya dengan harga USD100 untuk 5ml dan digunakan untuk pemulihan emosi, ia mendatangkan ketenangan hati dan perasaan.Bunga ini banyak ditanam secara kormisial di mexico , hawaii , Us.



Misha Omar
Pulangkan lyrics

Songwriters: HASSAN, HABSAH BTE/BABA, SHUHAIMI BTE/MAAS, MOHD FAIZAL

Seharum bunga yang menggoda
Sekadar di pandang usah di puja
Kau pasti tak percaya
Kasihku bukan untukmu sayang

Tiada kusangka kau sungguh kejam
Kau rampas segalanya yang kau dendam
Namun takkan bahgia kehidupanmu
Bila bunyi bersatu
Kau milikku

Pulangkan cinta hatiku
Oh hentikanlah menghantuiku
Oh pulangkan oh pulangkanlah padaku
Kupulangkan resah hidupmu
Yang dikau musnah tanpa relaku
Bebaskanlah maafkan daku oh kasih

Tiada kemaafan di sini
Kau ragut degupan hatiku ini
Akan ku jejakimu ke mana jua
Hingga ke akhir masa sayang



Tapi kan bunga nie dah sebulan macam nie............bila dia nak kembang erkkk??? 

Air Oh Air.........

Lisa Amin



Isu air masih tak selesai............baru 3  hari air ada......................sekarang dah tak da air semula............ayooooooooooo macam mana nie. Mujur la dah simpan air  lagi lepas yang tak da air hari tu.Jadi tak perlu kata apa-apa...........cakap banyak pun tak guna. Yang pastinya kesian kat pelajar Kolej Keris Mas.Kat Universiti Kebangsaan Malaysia nie Kolej Keris Mas la yang palin selalu tak da air............

26 April 2013

Phobia Bila Air Tiada.............

Lisa Amin

Apa bila mendengar guruh dilangit...........Air di tempayan jangan dicurahkan


Kalau air tak da nie hidup memang serba tak menjadi...............Semua nak dirancang dengan teliti dari pagi hingga la ke malam.Lepas tu bila air dah ada pulak masih lagia phobia takut macam macam......entah-entah air nie ada sekejap jer.........Mungkin tekanan air tak setabil lagi............jadi  bila ada air tu masih kena simpan air. Dulu pernah tak simpan air sebab ingatkan air ada terus tengok 2-3 jam lepas tu semua kering ...........ambik kaw....menyesal tak sudah..............lepas dari itu terus beringat kalau ada air tu simpan dulu air ....kalau dah 2-3 hari ada air baru boleh kemas semua bekas.................... Mau tak phobia dulu pernah tak da air seminggu lebih..........pusing satu alam cari air....Tangan pun lenguh nak angkut air.Ini lah kisah air kat selangor nie.....semua dapat tempiasnya.....Jadi buatlah pilihan bijak..................



23 April 2013

Masalah Air di Bandar Baru Bangi

Lisa Amin


Sikit-sikit lama-lama jadi bukit


Saje jer tak nak tulis nama Universiti Kebangsaan Malaysia dah biasa sangat tak da air apa lagi nak tulis Kolej Keris Mas lagi la  biasa tak da air...............Biasanya kalau ada air memang tak beringat kan....................nila tak da air baru la tau betapa la susahnya tak da air nie...........kalau keris mas setakat tak da air sehari dua tu pekara biasa jer

Tapi kalau dah berhari-hari macam nie.........memang sakit la...............nak buat semua pekara pun kena pikir dulu akhir kata semua kena rancang.........nak bangun tido jam berapa?? nak kuar mandai kat mana?? nak pergi mandi dengan siapa??....nak minum dan nak makan pun kena pikir juga silap gaya kena pergi toilet jer..............jadi bila tak da air ramai yang memilih untuk puasa............bagus juga tu.................lagi satu masalah untuk solat.............biasanya semua akan pilih solat di waktu terakhir supaya air sembahyang boleh bertahan hingga ke waktu yang berikutnya......

Kalau hujan tu satu rahmat la kan.............kalau lebat boleh mandi manda boleh takung air sekali walaupun tak sebersih mana tapi boleh la dari tak da air langsung...............Time nak makan pun kena pikir nak makan pakai sudu ke tangan...sudu besi ke sudu pakai buang nak bungkus ke nak makan kat bilik..........nak makan dalam pingga ke nak makan dalam polistren................nak kuar pun kena pikir juga..................nak pergi buat aktiviti yang mengelurakan peluh pun tak boleh nanti nak kena mandi.......................

Tapi itu lah hakikatnya.....................jadi jimatkan penggunaan air..........kalau sehari dua okey la tapi kalau nak masuk seminggu tangan pun dah sakit-sakit nak angkat air,.............huhuhu sabar je la. Paling sedih buat kaum wanita yang sedang bendera merah..........memang boleh stress la time amacam nie nak pula hari tak da air sama hari dengan hari tak da air...............hanya Allah je yang tak bertapa sabarnya kaum hawa nie........................Nie dah masuk 4 hari tak da air......tak da tanda-tanda air akan menuncul...........






21 April 2013

J.Co

Lisa Amin

The secret of happiness is here...............

Pesanan penaja

Want to know the secret behind our delicious journey to happiness?
Have a sip of hazelnut chocolate frappe with a bit of coco loco!
Enjoy the journey to happiness!

Macam tu erkkk........patut la rasa happy sangat nak pulak orang yang belanja........terbaik la....Terima Kasih Anis......

Nasi Lemak dan Hari Sabtu

Lisa Amin

Hidangan pilihan saya pada hari penamaan calon  PRU ke 13 pada 20 April 2013


Kisah nasi lemak dan hari sabtu atau ahad macam dah sinonim la pulak.............pantang cuti jer mesti menu nie masuk dalam list..... nak pulak stock sotong kering ada lagi............memang dah kena. Selalunya bila ada lebih santan, timun menu yang akan selalu difikir-fikirkan adalah nasi lemak.............dulu rasanya nak masak nasi lemak macam susah sangat jer ..........leceh nak buat santan.........nak masak nasi  dan nak buat sambal..........tapi sejak duduk di bandar semua bahan beli jer memang senang la..........kalau duduk kampung santan tu bukan boleh beli macam kat sini ia bermula dari sebijik kelapa...........tu yang malas sangat..............nak pulak pagi-pagi nak kena mesin kelapa lagi la pikir dua kali nak masak.......

Sambal sotong pilihan saya untuk nasi lemak................Amboi mentang-mentang nak pilihan raya


Tapi duduk kat bangi nie semua bahan cari dalam peti ais jerr.........kalau lengkap bahanya boleh la buat...bagi saya nasi lemak mesti ada telur dan timun.........kalau dua benda nie tak da tak payah buat..............Sejak duduk sini dah selalu buat nasi lemak dah macam makanan ruji pulak sebab hari sabtu atau ahad tak pergi mana.....kalau masak sarapan pun nanti tak habis makan.............nak makan sarapan je dari pagi sampai malam tekak mememang tak boleh terima............duduk sorang nie kadang masak makan tengah hari berjenis-jenis lauk pun kadang tak selera juga makan sorang..........malam nanti mula nak makan menu lain.....mana larat nak masak 2 atau 3 kali sehari.............ni la dilema orang bujang yang rajin memasak macam saya..........hehehehehe rajin ker?????

Sambal ikan bilis wajib la kan kalau dah kata nasi lemak


Tapi nasi lemak nie tekak saya boleh terima dari makan pagi, makan tengah hari dan makan malam.....kira mampu makan benda yang sama 3 kali sehari. Amboiiiiiiiiiii mana la tak comel makan 3 kali sehari kan.....makan nasi pulak tu..........bertuah punya lisa.............. Selain buat nasi lemak hari sabtu dan ahad selau juga ada menu laksa asam, mee sup dan nasi ayam................hemmm cakap pasal nasi ayam nie tu pun dah lama tak buat tunggu la ada peluang nanti bila tak sibuk??? eh bila pulak cik lisa amin nie sibukkk??????????????

Ada ke orang makan nasi lemak dengan coconut shake??? Sedap ooo dua-dua lemak kaya kolestrol memang tak sayang nyawa......

19 April 2013

Tidak Kenal Erti Putus Asa...........

Lisa Amin

Pertama kali buat bersama sifu.........



Saya memang suka makan-makan dan makan............. jadi oleh sebab itu saya kena masak-masak dan masak sebab orang lain tak boleh masak macam mana tekak saya nak makan.............Apam tepun beras dengan mengunakan tapai nasi memang dah lama nak belakar buat............tapi apa kan daya tak pandai......... lagi pun apam nie selalu orang jual..............jadi untuk makan semulut dua dengan mak teh sidah lebih baik beli sahaja..........

Baru-baru nie kak maz datang dan dia memang pakar buat kuih nie..............hehehehehe jadi apa lagi megambil kesempatan la untuk belajar............leceh sikit duduk kat banadar raya nie nak buat sebab tapai nasi tu takda orang jual macam kat kampung.............tapi kata kak maz boleh buat jer.........erkkkk boleh buat setahu saya nk buat tapai nie susah ...............kalau orang pahang tapai nasi nie akan dibungkus  dengan daun keladi..........kalau tapai pulut orang guna daun pisang atau getah untuk membungkus tapai nya........nak cari ragi bukan senang.............tapi mujur kat yummie bandar baru bangi ada jual.............

Setelah berjaya mencari ragi maka proses membuat tapai bermula.................kira okey la menjadi sebab tapai tu rasa manis kalau tak dia mesti rasa masam kalau tak jadi................maka kami dengan penuh bersemangat membuat tapai dan apam tepung beras ................oleh kerana sifunya ada memang berjaya la apanya naik dengan gebu sekali............nyum.........nyum.....nyum

Kali kedua..........tak jadi terlebih air........derhaka lagi.......


Percubaan pertama membuat tapai seorang diri masa kat kampung hari tu sebab kat kampung ada orang jual tapai............jadi boleh buat terus...........malangnya tidak berjaya sebab terlebih air hehehehehe pandai sangat derhakan kan............sifu ajar tak mo ikut padan muka............mujur mak teh sidah tak marah hehehehehe ............terima kasih mak...............sayang mak ..........i love u.................

Kali ke tiga...........baru jadi........nyum...nyum...nyummm


Balik UKM tengok dalam peti ais masih ada baki tapai kak maz hari tu..........cukup untuk satu adunan lagi........maka dengan penuh bersemangat dan berjanji tidak derhaka lagi buat apam untuk kali kedua.............dan kali ini hasilnya menjadi...........fuhh rasa lega kot....................baru puas hati.........nanti balik kampung nak cuba lagi.....................


Resipe Grilled Salmon

Lisa Amin






Tiba-tiba la kan............ tekak nie nak makan ikan pulak...............ikan bukan sebarang ikan nak makan ikan salmon...........geram tengok isi nya yang oren tuh.............nyummm.........nyummmm kebetulan pergi berpoya-poya kat mid valley hari tu masuk Jusco ternampak la pulak ikan salmon yang cukup segar dan meyelerakan..............jadi apa lagi ambil la satu................

Selalu kalau nak makan nie ............makan kat hotel jer..........Hotel u..........so kali nie nak bawa balik ke dapur bujang nie.............lagi pun dah lama tak berasap........ pandai ker nak masak???? huhuhuhu............kata orang ikan yang lazat macam nie jangan masak pelik-pelik sangat nanti rasanya akan hilang.........ya la tu.....

Jadi nak mudah campak-campak jerrr...........baru la lazat..................



Bahan-bahanya

1 keping fillet ikan salmom
Secubit  garam
Secubit lada hitam
Secubit mix herbs
Secubit oregano
1 sudu olive oil
1 sudu teh perahan lemon


Caranya


  1. Bersihkan fillet ikan salmon hingga bersih kemudian keringkan dengan tisu dapur
  2. Lumurkan fillet ikan salmon dengan semua bahan di atas dan perap selama 3 jam di dalam peti ais supaya bahanya meresap kedalam ikan
  3. Panaskan grill............disebabkan dapur bujang nie serba kekurangan maka saya gunakan non stick pan untuk grill ikan nie .........hidup kena kratif ma.....jangan bataskan keinginan sebab kita takda bahan@barang yang canggih macam orang lain...............jangan putus asa fikir.....kita yang buat dia kan....
  4. Disebabkan tadi dah ada olive oil jadi tak perlu tambah apa-apa lagi terus grill kan sahaja cuma jika terlalu kering boleh tambahkan sedikit lagi butter or olive oil

Bahan sampingan yang lain untuk menjadikan hidangan nie lengkap boleh la goreng kentang atau buat mashed potato dan juga buat coleslow atau buat salad atau just rebuskan sayur macam broccoli, bunga kubis, carot. Terserahlah pada anda kombinasi mana yang anda suka....

Bahan untuk sos pun terserah pada anda........sama ada nak buat sos black paper@ sos lemon atau sos cili, mayonnaise dan juga  thousand island nak resipi sos boleh ggoogle yerr 




KATAKAN........LAH...........

Lisa Amin





WITHOUT COMMUNICATION THERE IS NO RELATIONSHIP,
WITHOUT RESPECT THERE IS NO LOVE,
WITHOUT TRUST THERE IS NO REASON TO CONTINUE.

18 April 2013

Koleksi Pinggan Mangkuk ..........Baru Dari Gudang

Lisa Amin





Koleksi putih gebu.................Yang putih itu indah..........nak makan pun kena la cantik-cantik kan .....supaya semuanya nampak sempurna..............ni antara koleksi yang di tunggu sejak sekian lama..........tunggu masa je nak beli...........semua cantik-cantik belaka...........Cik Lisa Amin Kalau masuk kedai pinggan mangkuk memang la riang tak terkira ............hati pun berbunga-bunga jer..........macam jatuh cinta lagi..............Ohh jatuh cinta cam tu kerr???? hehehehehe



Nie kebetulan hari tu masa pergi pasar borong sempat singgah kedai nie............memang besar dan lengkap terutamanya kepada mereka yang masuk dalam bidang industri makanan..............semua koleksi ada teramasuk lah peralatan catering...............memang meriah dan menarik oooooo................



Jadi bersama kesempatan yang ada saya pun mengambil kesempatan untuk bershopping la...........rembat apa yang sempat............barang-barnag yang dia dah longgok........untuk jualan murah....ada yang  Rm 5 untuk tiga barang dan RM10 untuk tiga barang..............

Cik Lisa Amin

16 April 2013

Resipi Apam Tepung Beras

Lisa Amin




Nie sesuai buat minum petang atau sarapan pagi..........tapi kalau nak buat sarapan pagi kena buat dengan terancang la sebab perlukan masa yang lama untuk perap adunan nya.............kena buat 2 kali baru hasilnya sempurna........yang pertama bukan apa..........derhaka......tak ikut sukatan airnya.........hehehehe kan dah tak jadi............tapi kali kedua tak derhaka lagi maka terhasilah apam yang cantik gebu........



Bahan-bahanya

1 cawan tapai nasi
1 cawan gula
2 cawan air
3 cawan tepung beras
1 paket eno biru
Sedikit kelapa parut untuk hiasan

Cara-cara


  1. Blander tapai bersama gula dan 1 cawan air.........masuk air sedikit demi sedikit untuk pastikan gula hancur
  2. Campurkan bahan yang di blander tadi dengan tepung beras dan kacau sebati.......kemudian masukan lagi 1 cawan air dalam blander untuk bersihkan sisa-sisa tapai dan tuangkan dalam adunan....setelah semunya sebati..........simpam aduanan untuk 4 jam sekuran-kurangnya..........
  3. Setelah 4 jam boleh sediakan kukus ......panaskan hingga benar-benar air medidih..........sambil tunggu kukus panas masukan 1 paket eno biru dalam adunan dan kacau sebati...............ketika ini jika nak tambah pewarna boleh dicampurkan dalam aduana sebelum dikukus
  4. Kukus dengan api yang besar selama 10-15 minit.......
  • Jika guna acuan yang bergerigi ditepi sapukan sedikit minyak masak supaya tidak meleka
Cara buat tapai..........
  1. Nasi sejuk sebanyak 2 cawan 
  2. 1/4 bahagian dari ragi.........hancurkan ragi dan gaul rata bersama nasi........
  3. Simpan dalam suhu bilik dalam bekas bertutup selama 24 jam...........
  4. Setelah nasi menjadi tapai boleh simpan dalam peti ais............boleh simpan untuk tempoh 2 minggu jika tidak mahu menggunakanya terus bagi membuat apam.........

08 April 2013

Belimbing Rebus @ Sambal Hitam Belimbing Rebus

Lisa Amin

Tak mo cerita pasal sambalnya cuma  nak cerita pasal susahnya nak buat belimbing tu jadi hitam setelah di rebus..........proses membuatnya bukan senang memerlukan masa sehari untuk menjadikannya hitam.........Rasa sambalnya tidak perlu dinafikan lagi memang siapa yang makan akan minta nak tambah nasi lagi..........rasanya setakat nie tak pernah dapat comment negetif untuk yang pertama kali mencubanya....LAZAT................LAZAT.........LAZAT..........Tapi sebelum dapat sambalnya tu kena ada belimbingnya dulu...........tanpa belimbing yang di rebus jangan mimpi ada sambal hitam...........



Nie lah rupa pokok  buah belimbing tu ........ada ke sesiapa yang tak kenal????? mujur la kebun kami ada stok pokok belimbing sebanyak 3 pokok..............so tak perlu nak merempat mintak dari pokok orang lain.

Ini lah Pokok Belimbing Buluh

Ini rupa buah nya dari dekat
 Montel-montel belimbing kebun kami........biasanya pokok belimbing nie tak lah besar sangat yang sedang sedang jer..........kadang kala poko yang sebesar lengan dah mula mengeluarkan buah..........buahnya biasanya melekat di dahan dan batang jadi senang nak ambil........kadang kala sampai hampir mencecah tanah masih berbuah lagi di batangnya........

Nie la rupa buah yang berjaya dipetik oleh sisa-sisa tenaga yang ada.....berpinar biji mata nak jolok buah belimbing nie dah la kecik-kecik...........jadi kat bawah dia sila letak tikar ya supaya anda tidak perlu mengutip buah yang gugur satu persatu di dalam semak..............

Ni pulak proses menyunat belimbing kenapa kena "sunat' kena buang dia punya tampuk dan tangkai kalau tidak nanti belimbing rebusnya macam ada habuk dari tampuknya nampak kotor dan tak bersih.............biasa la kerja dengan mak teh sidah kan.......mana boleh lebih kurang semunya kena sempurna..........cerewet sangat mak saya nie........tapi tak pe untuk kebaikan bersama.......tapi ada je sebenarnya orang rebus jer dengan tampuk dia tu........kalau malas ........banyak tu nak buang satu-satu..........
Nie la rupanya yang dah di bersihkan dibuang tangkai dan tampuknya.........nampak kan beza dengan gambar kat atas yang banyak habuk hitam dan tangkai kat atas tu..........sekarang semuanya dah hijau berseri-seri.........jangan lupa basuh erkkk.............jaga lah kebersihan penyediaan makanan anda.........

Apabila dipetik dari pokoknya pilih yang sedang muda.........jagangam ambil buah yang masak ini kerana buah tersebut telah mengandungi air yang sangat banyak dan lembik atau dengan kata lain pilih buah yang muda.........

Tin biskut atau minyak diperlukan merebus belimbing.........jangan sekali merebus di dalam perikuk melainkan nada bersedia untuk membuang periuk tersebut selepas ini......

Biarkan belimbing tanpa di tambah bahan lain kecuali garam.........untuk tin yang penuh begini lebih kurang satu mangkuk sederhana besar garam yang di perlukan.........Kalau ada lebih belimbing dari satu tin jangan risau ia boleh ditambah dari semasa kesemasa apabila ia semakin berkurangan..........Top up kan jer tak perlu rebus 2 kali..........

Air belimbing akan terhasil dengan sendirinya dan biarkan sehingga kering barulah dikira belingbing rebus tersebut telah masak.....air nie kalau ambil sikit buat air asam sedap sangat.......boleh makan dengan ayam,ikan atau daging bakar......air asam tu cuma letak bawang, cili dan gula jer..................air nie juga boleh disimpan bertahun lamanya untuk buat air basuhan ikan,ayam atau daging...........untuk hilangkan hanyir .......

Semasa diangkat dari dapur belimbing kering seperti ini tidak kelihatan lagi air nya...............JANGAN SESEKALI MENGACAU BELIMBING YANG SEDANG DIREBUS............Nampak setengan tin kan banyak sebenarnya ni adalah hasil dari 2 tin belimbing yang direbus kalau satu tin lagi kecut dan kurang dari gambar di atas anda mungkin dapat cuma 1/4 bahagian jer untuk 1 tin tu...............


Belimbing nie biasanya memang direbus dalam tin.......sama ada tin biskut atau apa-apa jenis tin yang ada yang boleh dibakar la...........dalam periuk tidak digalakkan sama sekali kerana ia akan merosakan periuk dengan sifat asidnya yang masam dari air belimbing..........kecualilah anda tidak kisah dengan periuk anda berlubang lepas tu.....boleh terus buang periuk tu .........semasa merebus tiada bahan lain ditambah melainkan garam kasar sahaja.........untuk satu tin macam nie 1 mangkuk sedarhana besar garam yang diperlukan..........biar terlebih garam jagan kurang garam kerana ia akan meenyebabkan belimbing tidak tahan lama dan berkulat.........untuk melihat hasil yang baik apabila belimbing rebus yang telah kering terdapat hablur garam tertinggal bersama belimbing.Masa yang diperlukan untuk merebus belimbing satu tin sebesar ini sekurnagnya 8 hingga 10 jam.............sehingga air yang terhasil dari belimbing kering dengan sendiri nya............semasa merebus air akan keluar dengan banyak......biarkan sahaja sehingga ia  kering dengan sendiri ...........jika semasa merebus air tersebut telah kering yang tinggal hanya belimbing sahaja didalam tin seperti gambar itu menunjukan belimbing telah masak.

Warna belimbing yang masak paling baik lebih hitam lebih tahan lama.........

Sekurangnya warna belimbing rebus seperti ini cokelat gelap.............


Semasa merebus belimbing apinya tidak perlu terlalu besar nanti akan menghanguskan bahagian dasar tin........rugi nanti kena buang........ada juga yang memgalas bahagian bawah tin dengan pelepah pisang sebelum dimasukan belimbing.Belimbing tidak perlu dikacau biarkan sahaja ini kerana makin lama makin megecut dan menyusut kedasar tin apabila ianya kering...... setelah masak toskan@ tapiskan belimbing di dalam tapis sekurangnya 24 jam sebelum di simpan di dalam bekas.............air yang telah ditoskan boleh disimpan dalam botol untuk membuat air basuhan ikan, ayam atau daging..........ia boleh membuang hanyir ikan...........belimbing yang disimpan kadangkala akan berair sedikit  walaupun dah ditoskan selama satu malam......tidak mengapa biarkan sahaja

Kalau orang pahang pulak semasa hari merebus belimbing wajib membuat menu ikan bakar , ayam bakar atau daging bakar untuk dicicah dengan air belimbing rebus.................buat macam biasa jer letak bawang, cili padi dan sedikit gula hemmmm memang lazat air belimbing cicah ikan bakar...........nyum......nyummm.........kalau air yang dah lama tu rasanya tak sedap lagi setakat seminggu dua air yang disimpan tu sedap la untuk buat air asam tu...........kalau tidak simpan untuk cuci ikan je la air tu................