Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








02 November 2011

Resipi Ikan Tongkol Masak Ompak

Lisa Amin



Ompak???? pelik je bunyinya........... hemmm tapi ia sangat lazat terutamanya bagi pengemar masakan berasaskan ikan.  Ikan yang menjadi pilihan dan yang paling sesuai adalah ikan tongkol. Ompak ini merupakan satu-satunya resipi warisan dari keluarga sebelah mak saya. Ia juga boleh dikatakan masakan tradisi keluarga kami sahaja, kerana tidak pernah dimasak oleh orang lain di kampung saya.

Susun daun kunyit di bahagian bawah periuk
Susun ikan
Ikan yang diperap bersama cili


Dengan itu saya dengan sendirinya mengiktiraf ia menjadi resipi warisan keluarga saya. Ia di hasilkan oleh keluarga sebelah mak saya yang berasal dari padang indonesia. Menurut sejarahnya arwah datuk saya telah datang ke malaysia ketika beliau berusia 12 tahun bersama bapanya. Beliau berkawin dengan nenek saya warga negara malaysia.  Menurut cerita emak saya, datuk telah mengajar resipi ini kepada nenek saya. Apa istimewanya masakan ini ia berkhasiat selain mampu membuka selera.
Tutup ikan dengan daun kunyit dan masak di atas api yang sederhana

Bahan-bahanya:
  1. 1 ekor ikan Tongkol  bersaiz sederhana (Dibersihkan)
  2. 10 tangkai cili kering ( direbus)
  3. 1 inci halia
  4. 2 inci kunyit hidup
  5. 2 ulas bawang putih
  6. 6 helai daun kunyit 
  7. 7 keping asam gelugor
  8. Garam secukup rasa
  9. Bahan perasa 
  1. Cili kering, halia, bawang putih dan kunyit di blander
  2. Ikan dibersihkandan dipotong ikut kesesuaian
  3. Letakan di ikan dalam besin  dan tuangkan bahan yang diblander( Gaul rata)
  4. Masukan garam dan asam keping  perap selama 2 jam
  5. Daun kunyit dipotong dan disusun di dalam periuk seperti pengalas
  6. Susun ikan diatas daun kunyit dan tuangkan kuah cili tadi tutup dengan daun kunyit
  7. Masukan sedikit air sehingga menutupi ikan
  8. Masak diatas api yang sederhana tambahkan bahan perasa 
  9. Masak sehingga kering seperti rendang

22 October 2011

Laut Kenapa Airnya Masin???

Lisa Amin



Lain satu lagi kedamaian alam yang tiada tandinganya  tempat berhibur, mencari rezeki dan juga mencari kedamaian. Tapi pernahkah kita terfikir mengapa air laut sangat masin? Salah satu kebesaran Allah yang jarang kita lihat dari mata hati. Kita selalu berkunjung ke laut tapi tidak pernah berfikir dengan lebih mendalam lagi. Semua orang sedia maklum bahawa lebih daripada sebahagian alam ini terdiri dari air.



Air di muka bumi ini bermula dengan mata air yang tersimpan di dalam tanah kemudia terbit dan mula mengalir semakin lama semakin besar aliranya lalu ia menjadi sungai yang mengalir. sungai yang mengalir ini akan mula bercantum lalu ia akan menjadi sungai yang lebih besar. sungai yang lebih besar ini akan mengalir ke laut. di di lautlah air tawar dan masin ini akan bersatu. Dan dalam sepanjang aliran sungai itu segala macam sisa buangan kita salirkan dari bahan terbuang hinggalah air terawat. Segala jenis sampah dan air kumbuhan dan laut itulah penerima semua sisa itu. Cuba bayangkan laut yang menutupi bumi ini hanya terdiri dari air tawar yang pastinya akan menjadikan ia sebagai satu tempat yang penuh dengan segala macam kotoran. Adakah airnya masih tidak berbau seperti laut sekarang? Segala hidupan laut pasti akan mati kerana punca air yang tercemar ini.

Jadi Allah ciptakan air laut itu masin sebagai pengawet semula jadi kepada semua kotoran yang dialirkan kepadanya.

21 October 2011

Lihatlah Awan Di Atas Sana

Lisa Amin





Lihatlah awan di atas sana, Berarak mengikuti ku

Melihat awan, langit, bulan dan bintang bagi ku ia bagaikan satu anugerah. Kerana ia mampu menghilangkan keluh resah di dada. Malah ia mampu menwujukan rasa syukur dan nikmatnya bernaung di bumi Allah ini.Ia seolah-olah tidak bertepian saujana mata memandang. Melihat keindahanya dapat dirasakan bagai mahu melihat dunia di sebalik sana. Apa agaknya di sebalik awan ini seolah-olah wujud dunia lain di sana. terutamanya ketika pagi dan senja. Dengan tones warna nya sahaja sudah cukup indah tidak tergambar oleh kata-kata. Hakikatnya perasaan ini wujud kerana ia dekat dengan Allah yang menciptanya

12 October 2011

Doorgift Perkahwinan

Lisa Amin



Sekarang ni bulan sepuluh...... tak lama lagi cuti sekolah bulan sebelas dan dua belas. Macam biasa la sekarang dah ramai rakan-rakan yang minta alamat nak pos kad katanya. Kepada balal pengantin pulak akan pening kepala memikirkan doorgift yang nak di hadiakan kepada tetamu yang datang sebagai ucapan terima kasih. Kepada yang ada lebih baje blh la bagai yang mahal kan. Kepada yang kekurangan bajet boleh la memilih doorfift yang lebih murah. Sekarang ni pun macam-macam ada pilih saja.


Dulu trend bagai bahalu la, kek la, cup kek la dan yang terkini kek lapis sarawak. Kalau orang semenanjung mesti rasa ala susahnya nak cari kek ni. Sebenarnya sekarang ni dah ramai pengusaha di semenanjung yang dah buat. Jadi kepada yang tinggal sekitar kajang dan bangi boleh la intai-intai kek lapis yang ditawarkan oleh kek lapis Qalas yang beralamat di No 16-G, Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral, Jalan Reko, Kajang Selangor. Atau berhubung terus di talian 0387339200 @ 0177184313. Kek Lapis yang di tawarkan terdapat dalam pelbagai perasa dan saiz.  Bermula dengan harga Rm 1.50 sepotong hingga Rm 50 sebuku. Turut menawarkan harga yang lebih rendah bagi kek yang di buat dengan marjerin berbanding buttercup. Diskaun turut diberi kepada mereka yang membuat tempahan melebihi 200 unit.

09 October 2011

Bagaimana harus Kita memberi dan menerima??

Lisa Amin

Teruskan memberi supaya ia mekar


Adat memberi kena adil .... ada menerima kena bersyukur

Lisa Amin:: Keliru

Lisa Amin



Sepohon pokok pun ada dahan yang berdaun dan ada juga dahan yang hanya ranting sahaja walaupun dari pohon yang sama... Mungkinkah ini yang di katakan takdir?


Hidup sebagai manusia ni memang serba tak kena? " Serba tak kena kenapa pulak erkk?
Macam ni sebenarnya budak Lisa Amin ni baru terpikir satu soalan..........

Benarkah sifat terlalu memahami dan bertolak-ansur itu akan memakan diri?

Ya la kadang-kadang kita ni sebagai manusia kena bertolak-ansur........... tapi bukankah hakikatnya bertolak ansur itu perlu dilakukan oleh semua orang dan bukanya oleh satu pihak sahaja.Tapi jika hanya kita saja yang bertolak-ansur kadang kala jika dipikir dua kali ia macam tidak adil. Seolah-olah kita ini tiada perasaan dan hipokrit kerana sentiasa bersabar........ Kalau dikutkan hati kita ni bukan la sabar sangat cuma jadi insan yang lebih memahami............

Jadi siap pula kan faham kita jika kita sahaja yang faham orang lain????

22 September 2011

The Secret Life Of Nora

Lisa Amin






Sekali lagi akan berkunjung ke Istana Budaya demi sebuah karya pementasan di lantai teater. Sebuah karya yang ditunggu untuk melihat kembali kegemilangan Tiara JaqQuelina sebagai pelakon dan penerbit eksekutif.

Jika Tiara sendiri meneraju watak utama, kemampuanya sebagai pelakon di lantai teater dijangkankan akan memberikan persembahan yang luar biasa.Mungkinkah  (TSLON) setanding PGL atau jauh lebih hebat bersamalah kita tunggu pementasanya yang akan berlangsung pada 29 September hingga 16 Oktober ini.

Jadi kepada yang belum lagi menempah tiket bolehlah berbuat demikian dengan datang sendiri ke kaunter tiket Istana Budaya atau layari laman web http://www.airasiaredtix.com/ atau menghubungi Istana Budaya Box Office 03-8755 4666.Tak sabar rasanya nak tunggu 11 Oktober ni untuk menyaksikan kegemilangan TSLON pulak


 

13 September 2011

Jari Jemari Kaku


Lisa Amin



Jari jemari kaku bakal beraksi, sebenarnya nak cuba sangat bakat yang lama terpendam. Rasa-rasanya boleh tapi .........tak pasti ya ke tidak. Jadi sebagai bukti untuk pengesahan bakat terpendam ini. Ku cuba gubah 4 jambak bunga untuk percubaan pertama. Jadi lepas ni tak perlu pikir berjuta kali kemampuan diri dalam mengubah bunga jadi ke tidak. Rupanya jari-jemari ini masih memiliki bakat seni. Sekali pun bukan pengubah bunga, tapi tak la teruk sangat rupa gubahan bunga yang di cuba-cuba ni.  



Rupanya dalam sibuk-sibuk mengubah bunga di bulan puasa terlupa nak snap bunga yang dah siap gubah. yang sempat cuma gubahan dasar sahaja. Gubahan pertama bermula ketika waktu berbuka puasa nak tiba tak sempat nak snap yang dah siap. Cuma sempat ambik gambar gubahan dasar je. Sambungan gubahan pula ketika lewat malam menjelma. Dan menyedari tak cukup la pula bunganya. Jadi tertangguh hingga ke hari raya. Di siapkan dengan disaksikan oleh mata-mata tak percaya bahawa itu gubahan sendiri bukan beli dari kedai. Katanya macam beli je............ so ini boleh la di jadikan penyataan bahawa gubahan ni setanding yang dijual di kedai dengan bermodalkan RM 100 dapat jimat RM 350 berbaloi-baloi.



Terima kasih untuk emak juga kerana bersusah payah basuh dan berus pasu bunga yang dah lama bersawang tu.So lepas ni tak perlu beli bunga yang siap digubah lagi. Jimat duit emak.heheheh

01 September 2011

Ikhlas

Lisa Amin

Al kulliyah.......... baru saya tahu rupanya ikhlas itu rahsia allah........... rahsia allah yang hanya dia yang tahu. Kita sendiri sebagai pemberi pun tidak tahu rahsia allah ini.................jadi katanya ustaz itu jgn tunggu ikhlas baru kita nak memberi. Kerana kita juga tidak tahu bila kita ikhlas. Jadi sentiasalah memeberi kerana ia anugerah allah.............Ikhlaskan hati

Merdeka Raya 2011

Lisa Amin

Merdeka Sudah........... Raya Pun Sudah

Merdeka raya katanya tahun ni............... kemeriahan berganda.......... dunia akhir zaman ni agaknya memang segalanya diberi berganda. Lagi apa mau pikir..............Tahun 2011 tahun merdeka raya. cuti panjang berjela seminggu........... raya la selagi boleh. Tahun ni mpaling la sempoi........... rumah ku aja beraya. Tuan punya rumah tak raya. sehelai baju pun tak de. Ini peristiwa penting ni.... jgn tahun depan aku dah tak sempat raya lagi sudah... duduk tujuh kaki dalam tanah.

Tahun ni tahun yang saya buat.... baik-baik tak ponteng sangat terawih......... lagi seminggu nak raya pun pergi lagi... lepas balik baru sambung buat kuih raya. Baik sunggu saya..... siap cuti sebulan dok kat umah. ingat sempat buat semua kerja... kemas rumah la...tapi rupanya bukan senag nak uruskan rumah simpang tiga ni. Kalau buat pemalas macam saya kena bagi 3 bulan baru siap kemas ikut pencapaian ISO. Kalu tak ada je tempat yang tak kena dipandang mata.

Minggu ni balik bangi nampaknya sibuk juga kena berkemas. kena pindah umah bawah katanya.... adoiii ni yang leceh nak buat reka bentuk baru..............dah sebulan tinggal bangi jangan jadi umah berhantu sudah. Pendaftaran pelajar baru akan bermula.... adik-adik selamt datang.

Cerita-makan-makan nanti kemudian cerita... memang tak menang tangan bab makan-makan ni........................duit raya??? walaupun dah tua bangka nampaknya rezeki masih ad. Makmurlah rezeki si pemberi.... Kuih raya jgn cakap........... wajib ada tak kurang dari 5......

16 June 2011

Pemergian Wan Teh Dan Pak Itam

Lisa Amin


Pak Itam adik beradik sebelah arwah ayah juga sudah pergi tidak kembali lagi...... yang tinggal kini....Pak  Ngah dan Pak Chu Sahaja.Pemergian di hari jumaat penghulu segala hari memberikan seribu rahmat.

Selang dua minggu hari jumaat yang sama juga Wan Teh juga telah pergi tidak kembali juga........... Tak sempat nak bermanja. Terkilan juga sebab tak pernah lagi balik kampung tak pergi jumpa wan. Cuma balik kali ini sahaja tak sempat nak nak jumpa kerana kesibukan waktu cuti sekolah......... Saya juga tidak  merancang balik ke bangi awal............. Nampaknya tiada rezeki nak bermanja............. 

26 May 2011

Jalam TAR dan Citrawarna Malaysia 2011

Lisa Amin



Kesilapan tenikal.........hahah dah lama tak tengok citrawarna malaysia ni dulu-dulu masa kecik-kecik jerr.....  tap sejak dah besar yang masih pendik juga ni..... Tak berkesempatan pulak nak pergi tengok. .Alkisahnya pada 21 May 2011 dari agenda tengok wayang di Time Squre di panggung Max. Memang puas hati sebab besar sangat......... rasa macam pelik jerr.... Tengok Pirates Of The Caribbean........... cite dia mmg best....... tengok pulak 3D  kata Captain Jack Sparrow masa ditanya kenapa dia tak mo minum air mata air tu..........supaya kekal hidup dan muda sepanjang masa. Dia kata dia suka manfaatkan kehidupan sebab dia tak tahu bila ajal dia..... dia mahu merasa nikmat atas setiap denyut jantungnya dengan penuh perasan.........hahahah sempoi jerrr.................

Lepas tu sibuk pulak nak mengnatar Ain ke hentian pudu raya........... Yang serba baru dan morden tu. Allahamdullilah memang sangat selesa.............. tapi bangi ornag yang tak biasa agak keliru masa nak masuk parking sebab kat pintu masuk ni dia tulis perkataan besar berkaitan peraturan TEKSI........... ingat kereta awam masuk ikut lain.......... dah terlajak....... adoii bukan senang nak U turn kat KL ni....... Sempat juga membuat tinjauan........ jadi benarlah kata orang KLIA dan LCCT ada di mana-mana..........hahahaha bayaran parking pun agak berpatutan... masuk kurnag 15 minit free............ ok la tu....

Selepas tu kami meneruskan agenda ke jalan TAR......... awan medung berarak......... selamba jalan je... orang pun tak la ramai sangat..........Mula-mula cari makan la....... lapor sarapan kat bangi je bagi tu...... kak Maz nak mkn nasi kerabu...... cari-cari sampai hujung jalan......... makan je la... tp rasanya bukan tempat biasa makan..... je dulu mmg ada satu yang sedap kat bahagia hujung  tu....... dekat dgn Sogo. Tapi dah tak jumpa...... hentam sajalah....... tak sedap pun....... mujur tak mahal sgt...... masa tu hujan rintik-rintik dah turun....... kami pun singga kat satu gerai jual kain pasang. Sebab Cik Maz mmg niat  nak beli baju untu mak dia pun..... pilih punya pilih........ angin dan ribut melanda di susuri hujan lebat......... apa lg teperangkap la kat situ. Sempat juga melihat peniaga berkemas................ siap kena pegang khemah ada yang sampai nak runtuh.......... kesian nya.......... basah kuyup dia jaga kedai dia. Lama la juga kami kat situ dekat 1 jam lebih..... huhuhu.............Mula berkenan kat satu corak kain tu........ tapi nak yang tak de batu......... tak de so tak jadi beli......... Kak maz je beli 2 pasang. Dalam dok tunggu hujan reda....... belek punya belik berkenan pulak nak beli 1 pasang........... hehehehe godaan mata. Sudah la Kak Cik Maz tu belum semuh betul-betul lg......... Kembang lukanya........ siap tukar selipar lagi..... kesian dia.

Bila dah reda sikit kami pun meneruskan perjalanan.............. masuk pulak dalam kedai yang saya banggil kedai dalam tanah........ kedai tudung........... murah gilerrr...........paling mahal RM 14 hinggit,,,,,,,,,, sebaparuh harga dari kedai kat luar tu...........Sempat beli selendang 2 pasang......Teruskan perjalanan....... Cik maz kata tak kenanyang makan nasi kerabu tak sedap......... so singgah kedai laksa............. makan lagi... tap tak sedap juga bukan kedai laksa saya............... mengidam laici dan agar-agar beli lagi........ makan sungguh kami.......... memandangkan magrib pun dah tiba...... kami ambill keputusan nak balik sahaja.. baju dan seluar pun dah basah......... kami pulak parking kat Masid Jamek parking baik punya lokasi.

Singgah solat magrib kat masjid jamek................ jumpa pulak budak-budak pakai pakaian beraneka ragam... siap interview lg.......ni kenapa pakai macam ni......... nak buat apa......... kat mana......... pukul berapa......... hahahah ada hati lagi nak pergi dah la hujan lagi masa tu.......... lepas solat ambik payung pergi juga ke dataran....... memandangkan hari sedang hujan tak ramai orang........... ada kerusi yang dikhaskan untuk penonton yang masih kosong........ kami pun apa lagi........ ambik kesempatan la.......rasanya kalau tak dapat tempat duduk tak de la kamu tunggu dari awal sampai akhir........... persembahan bembukaan dimulakan dengan tembakan bunga api......... cantik betul....... 5 minit.............. saya suka-------- saya suka... persembahan mengikut budaya rakyat malaysia....... dari Melayu, Cina dan India termasuk Sabah, Sarawak dan KaumPeribumi malaysia..... Orang Kita katanya @ Orang Asli........... Termasuk juga budaya siam......... mega sale...... memang meriah............. Kehadiran Yang Di Pertua Agong Bersama Permaisuri menambahkan lagi kemeriahan majlis......... dan kata saya  ini berkat Tuanku...... sebab tu la ujan pun berhenti........... persembahan penutup pun ada bunga api juga......... lagi sekali suka... suka.. suka....




25 May 2011

Kemalangan Jalan Raya Di Malaysia

Lisa Amin




Amboiii tajuk tak agak-agak.......... macam tajuk berita surat khabar je.......... Kata orang malang tidak berbau. Tapi ramai yang tidak sedar kita sebenarnya boleh bau malang........... nak dengan tak nak sahaja.Sebeb tu la wujudnya saman-menyaman di jalan raya.......... bab kata ikhlan tu... Bukan kerajaan nak sanagt duit kita..... tapi untuk keselamatan bersama...... nyawa lebih berharga.



Dalam hati-hati ada juga masanya kita terlupa. Maklumlah manusia........... manusia mudah lupa.... al kisah nak pergi berenang yang tidak menjadi........... dan benar kata Doktor Klinik Zulfah tu........ kalu tak datang jumpa doktor bila hari kemalangan tu kita akan dapat penyakit yang bermula dengan nasib baik bila malam menjelma. Kalau datang jumpa dr walaupun kecederaanya tak banyak kita akan diberi ubat tahan sakit dan ubat bengkak selain luka boleh dicuci dengan bersih dan cara yang betul.




Penyakit nasib baik tu tetap ada. Nasib baik mooto tak bawa laju masa tu. Nasib baik seorang je yang jatuhbukan dua-dua. Nasib baik tak de kereta lain kat belakang. Nasib baik luka tak dalam sangat. Nasib baik tak patah. Hemmm kan dah kata macam-macam nasib baik. Kalu tak jumpa dr.... malam tu pulak tangung la azabnya........... sakit nyut-nyut tak boleh tido.......... hahha dr tu memamg la lawak....


Ni kisahnya jatuh moto sebab kain masuk dalam rim moto............ adoii sakitnya kesian kak maz. Walaupun saya tak jatuh kak Maz sahaja yang jatuh. Lukanya boleh taha dada 6  luka dan calar di sana-sini. Mujur tak patah je.......... Ni semua gara-gara dok sengek masa naik moto. Lain kali sila naik moto dengan cara yang betul. Bahaya naik moto cam tu............

10 May 2011

Apa Maknanya

Lisa Amin






Apa Maknanya Memberi Dan Menerima?????





Marahnya..................

Lisa Amin





Meratip apakah malam ini???.......... niat tadi nak tidur setelah menamatkan FB lebih awal dari biasa. Isu hangat-yang sememangnya panas.......... tidak boleh dimarakan lagi.............Kata orang api jgn di simbah minyak..... sikit-sikit boleh la bila ia sudah marak saya tidak mahu terlibat lagi..........hahahah... dari cerita biasa.... jadi cerita luar biasa.......... hemmm saya tidak sanggup kerana saya punya etika saya tersendiri dalam dunia maya ini. Mungkin kadang kala saya juga tebawa........... tapi demi Allah saya tidak berniat..... mungkin biasa bagi saya tapi luar biasa bagi orang lain............... biar apa pun orang lain guna sebagai kayu ukur untuk menilai manusia.......... saya juga ada.......... saya memerhati dan juga menilai........... sebab itu wujudnya insan terpilih...... yang bukan pilihan saya.............Jagan risau tentang siapa kamu.......... saya terima apa adanya....

Jgn risau tentang harta mu..........
Jgn risau tentang rupa paras mu..........
Jgn risau tentang pendididikan mu.........
jgn risau tentang pakaian mu...........
Jgn risau tetang pekerjaa mu..........
Jgn risau tentang status mu.............
Jgn risau tentang pegangan agama mu..........
Jgn risau tentang apa sahaja............
JADILAH DIRI KAMU..........

Kerana ia bukan kayu ukur biasa aku melihat jauh dari jendela hati......... jauh tapi ikhlas............jaga lah percakapan mu kerana dari sana aku mengenali diri kamu........... manusia yang leka berkata-kata tidak pernah sedar bahawa dia telah berbogel di khalayak umum..........semakin banyak kita bercakap......... semakin kita seronok dan lupa siapa kita...... di situ kita kan menjadi diri sebenar.................

PS: 44466444... 55444244 ... 9999...6