Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








31 December 2010

Tangisan dan Air Mata

Lisa Amin




Alangkah ajaibnya air mata,
Air yang yang kadang hangan kadang dingin itu,
Mampu menghilangkan keluh kesah di dada...


Saya teringat kata-kata pujangga di atas............. ya saya akui keajaibpan air mata ini. Benar ia ajaib.... tapi air mata juga bukan tanda sedih  malah ia juga tanda gembira. Tapi saya jarang mengalirkan air mata , benar jika kita tidak mengalirkan air mata ia akan menjadi duri dalam diri kita. Jadi kita seharusnya menangis maka menangislah kerana ia akan memberikan perasan lega.

Bagi saya jika saya merasa sedih saya lebih suka ketawa dari memilih air mata sebagai penyelesaian. Diam itu akan memberi masa untuk saya berfikir dan muhasabah diri. Kita kena pecaya jika ada sesuatu yang tidak baik berlaku salah satu sebabnya mesti berpunca dari diri kita.Saya juga lebih suka diam dari mebicarakan pekara tersebut. Saya lakukan seperti tiada apa yang berlaku. Impaknya hati saya menjadi sekeras batu. Kerana saya mahu tunjukan bahawa saya tabah begitu tinggi ego saya. 

Kerana saya sedar saya tiada bahu untuk bersandar saya sendirian mengharungi hidup ini dan saya tidak pernah sanggup membebankan orang yang saya sayang dengan masalah saya. Jadi saya rela  diam atau ketawa jika saya memiliki masalah.........l

Tahun 2011 Telah Tiba

Lisa Amin



Syukur 2011 akan menjelma beberapa jam sahaja lagi................... saya harap saya sempat menikmati tahun 2011 ini  yang akan tiba sekejap sahaja lagi.  Tapi saya tidak memiliki idea untuk meraikanya. Pelawaan untuk melihat percikan bunga api tahun baru dari ahli keluarga juga saya tolak. Dari rakan-rakan juga, saya tolak. Tahun ini saya memilih meraikan tahun ini dengan bersendirian di rumah. Saya juga rasa aneh keran seingat saya, saya tidak pernah gagal meraikan tahun baru ini jika saya berada di selangor kecuali saya berada di pahang.

Aneh?????  heheheh semoga saya tak tinggalkan dunia ini dalam tempoh terdekat ini. Kalau tidak ini merupakan  tulisan di blog yang akan menjadi tanda ingatan untuk semua.  2011 apa akan terjadi? Perjalanannya masih panjang dan saya tidak mahu memburu tahun ini. Biarkan ................... biarkan sehingga saya mampu melakukan. Impian tanpa usaha.................... kenapa? Saya tidak pasti tapi saya selalu memperjudikan nasib saya pada takdir.................. wajarkah?

Kerana saya benci kecewa dan saya benci sedih......................... saya tidak mahu melakukanya dengan sepenuh usaha................akhirnya saya gagal dan berduka...................

Tahun 2010 Yang Telah Ditinggalkan

Lisa Amin



Hari ni dalam beberapa jam sahaja lagi seluruh warga bumi akan meraikan new year @ tahun baru. Setahun sudah berlalu esok januari akan muncul kembali dengan peristiwa yang tidak pernah kita jangka kan. Mungkin juga sebaik sahaja selesai menyambut tahun baru ada yang telah meninggalkan kita dan berhijrah ke alam fana.

Bagi saya tahun 2010 yang telah dilalui berakhir dengan selamat tanpa ada pekara yang terlalu mendukacita kan atau sukacita. Semuanya biasa-biasa aja dan ternya ia tersasar jauh dari impian saya. Kerana semua berakhir dengan begitu saja tanpa ada yang membuatkan saya benar-benar terharu. Sebegitu lama saya menunggu dalam hidup saya akhirnya saya tahu apa yang telah berlaku, kepada saya sepanjang tempoh tersebut. Syukur kerana diberi nafas hingga ke hari ini. Walaupun tidak terjangkau oleh saya sekurangnya saya tahu apa yang telah berlaku.

Jadi sempena tahun baru ini saya memang tiada idea atau azam yang saya mahu laksanakan kerana saya telah mengharungi tahun  2010 denagan begitu sahaja. Jadi saya sudah penat dengan tahun-tahun sebelumnya dan saya kira tahu 2011 bukanlah tahun yang perlu saya tetapkan matlamatnya, kerana penat saya mengakhiri 2010 ini belum berakhir.  Bukan tidak teruja menyambut 2011 tapi biarlah ia berada salam mood biasa sahaja. Saya belum bersedia memburu mana-mana tahun pada  kehadapan ini seperti saya memburu tahun 2010.

Saya mengku bahawa saya tidak melakukan apa-apa untuk menjadikan tahun 2010 ini bersinar seperti yang saya impikan. Kerana siapa pun tahu impian tanpa usaha tak akan kemana. Jadi inilah sebab saya tidak merasa tertekan dengan kegagalan 2010. Dan selagi saya tidak bertekat saya mahu biarkan hidup saya bebas, bebas untuk melakukan apa yang saya suka, tiada tekanan dan tiada beban. Bertahun saya memikul beban 2010 akhirnya saya lepaskanya dengan perasaan lega.  Dan saya berdebar mentikan hari-hari yang seterusnya. Begitu banyak persoalan dan saya tiada jawabpanya...............

27 December 2010

Sikap Mereka Di Sekeliling Mereka..............

Lisa Amin

Utusan Malaysia Online - Rencana



Bagi saya pekara sebigini biasa berlaku disekeliling kita. Menjadi adat dan budaya kita. Malah kita juga sudah terbiasa dengan budaya ini.Seolah tiada apa yang dapat dilakukan terutamanya berurusan dengan jabatan kerajaan.  Cukup mudah sebahagian nya di panggil makan gaji buta, terutamnya kepada mereka yang menghampiri masa untuk pengceng.Tidak pernah kisah dan sudah selesa. Buat keja sedikit merungut macam la dia la orang yang paling banyak keja kat dunia ni. Semua keja di tunda kerana ESOK MASIH ADA........ Buat keja tak boleh lebih sikit pun. Itulah sikap kita.

Pergi keja kena datang awal kerana ada punch card.......... tambahan pula sambil hantar anak ke sekolah dah tentula kena awal. Bagi yang tinggal jauh pesanan kepada kawan yang datang awal. Masuk keja borak-borak sambil pikir nak keluar makan breakfirst kat mana. Buka komputer bukan apa senang kalau bos datang pura-pura buat keja. Keluar sarapan lebih dari 1 jam. Kul 10 baru mula nak buat keja kul 12 moo keja dah turun semangat nak keluar amkan tengah hari. Sambil pikir nak pergi makan akt mana. Kalau yang perempuan ambik kesempatan nak pergi kedai tgok-tengok barang cari keperluan. Biasanya kedai baju, kasut, alat solek kedai- kedang yang jarang dilawati bersama suami bagi wanita yang bekerja. Bagi yang lelaki sibuk ambik dan hantar anak ke sekolah. kul 230 baru nak masuk keja. badan masih penat banyak benda nak sembang hasil lawatan selepas makan. Tidak termasuk yang curi-curi masa untuk solat. jam 3 baru buat keja yang kadang kala akan disambung oleh agenda minum petang. 430 masa untuk make up kembali dan masa untuk balik dengan semangatnya.

Walaupun bukan hari-hari tapi ia berlaku dalam kenanyakan hari. Jadi jika dikira berapa jam sahaja masa untuk bekerja. Itu tidak termasuk lagi masa untuk bermesyuarat dan menikmati jamuan lepas mesyuarat.



20 December 2010

Ketibaan Yang belum tiba......................

Lisa Amin

Walaupun saya tak naik pesawat selalu tapi biasanya bila saya menaiki pesawat semunya berjalan lancar. Sebaik sahaja pesawat AK710 selamat mencarat di LCCT saya dengan gaya lemah gemalai memulakan langkah untuk turun. Berada di hujang perut pesawat menjadikan saya antara mereka yang terakhir turun. Seperti selalunya pesawat ini berada di penghujung garisan dah nak sampai ke pagar. Perlu menapak jauh ke ke bangunan terminal dan melepasi pihak kastam. Hemmm proses biasa yang sememangnya biasa-biasa aja.

Proses biasa yang sememangnya biasa-biasa aja adalah mendapatkan bagasi. Dan biasa seperti yang biasa-biasa saya juga akan pergi ke washroom dulu sebelum mengambil bagasi. Tambahan pula bagasi baru sahaja tiba.  Sekembalinya dari washroom dengan penuh bersemangat nak mendapatkan bagasi. Malangnya hanya beberapa bagasi sahaja yang tinggal. Beg sandang merah saya tidak kunjung tiba.

Huwaaaaaaaaaaaaaa mane beg ku............... beg merah kelabu. Walaupun tiada apa yang sangat lah berharga dan beg itu sudah pun kusam warna nya, tapi ia beg ku dan sayanggggggggggggggg.  Memang tiada barang yang berharga kecuali pakaian kotor. Yang berharga sedikit adalah pengecas telefon dan kamera. Sebalik sahaja selesai membuat aduan di kaunter perkhidmatan  lost n found dengan sayunya saya melangkah ke luar.

Menikmati McD yang biasanya kami lakukan sebalik sahaja mendarat menanti kenderaan untuk meneruskan perjalanan balik ke rumah. 11 disember 2010 yang menjadi memori. Mujurlah saya mampu bertenang dan mood baik. Almaklumlah balik bercuti kata orang dan tiada barang yang lebih penting dan penting untuk dikenang.

Walaubagaimanapun AirAsia berjaya mengembalikan beg saya dalam tempoh masa lebih kurang 6 jam sahaja dan ia dihantar terus ke kediamam saya. Terima kasih Airasia

LISA AMIN Yang Jiwang Sungguh

Lisa Amin

Dalam sempit yang terhimpit,
dalam mencapai  apa yang dicapai,
ku melilit, tak membelit
ku melangkah tak memangkah,
dan dalam diam diam yang bingit,
ku terus yakin,
Allah Jua Pemberi Rezeki

Apa Lagi Yang Nak Dikata

Lisa Amin



Heheheeh apa lagi yang nak di kata................... semakin hari semakin rindu. Rindu pada jejaka kah? Oh sudah semestinya tidak............ tak mungkin bukan kah  ia sudah diputuskan sejak lama dahulu. Bab jejaka-jejaka ini saya bukan sahaja sudah putuskan malah saya ingin simpulkan pada tahun 2011. Simpul mati kata hati saya. Fuhhh kalau simpul mati alamatnya tak boleh buka lagi.

Rindu saya pada Ratip hatiku ini bukan kepalang malah ia berjaya menyaingi khebatan facebook hehehe... kini saya akaui semakin bosan dengan facebook. Kenapa? saya pun tak tau.... yang pasti saya juga memang mudah bosan dengan sesuatu benda. So tidak hairan lah saya juga telah bosan dengan mukabuku saya.......................

18 December 2010

Hantu Kak Limah

Lisa Amin

Hari ini mau santai katanya. Sudah berapa hari mencari hantu kak limah dimana-mana nampaknya ramai peminat kerana penuh sepanjang masa. Jadi nya selepas 3 hari mencari tiket hantu kak limah balik rumah yang sentiasa full house hari ni dengan semangat yang waja membeli tiket lebih awal. 

Sikap terjah menerjah tidak boleh di amalkan kepada cerita yang sememangnya mendapat sambutan di tambah lagi dengan musim cuti sekolah. Percubaan kami yang pertama gagal dengan menerjah ke alamanda putrajaya .  sudah la pakaian tak berapa nak lawa. Tiket pulak tak de naik pulak moto  kecewa betul malam tu.

Urusan beli membeli serahkan kepada mereka yang ada kad kredit siapa lagi kalau bukam M dan R.U hehehehe kami yang lain tukang tonton saje. Malam ni kami berlima akan date di the mines seramai 5 orang. Yang diangotai oleh  M, N, R, S  dan L.

16 December 2010

Transformasi NAT4526

Lisa Amin

Pertamanya saya perlu mengucapkan terima kasih kepada Abang saya kerana menyerahkan kaki ini kepada saya untuk memanjangkan  langkah. Sudah banyak budi yang ditabur sayabelum sempat balas lagi. Kaki ini saya terima dalam keadaan baik dan saya ingin mengindah kan lagi. dah lama berniat nak touch up akhirnya termakbul jua.

Ini adalah sebahagian daripada harapan saya dan saya selalu yakin dengan impian saya sentiasa akn menjadi kenyataan. Jika bukan hari ini mungkin di masa akan datang, ia nya pasti. Pada 28/10/2010 saya berya mengagahkan diri untuk melakukan transformasi yang sudah lama saya impikan. Syukur lah.
Akhirnya saya membelanjakan RM 320 untu keseluruhan transformasi ini. 100% berubah. heheheh
saya gembira

Time Tunnel The Local Meseum

Lisa Amin

Take a walk down memori lane, It fun and educational for everyone and there is so much to see..........

 I think this is  the firs memorabilia meseum in Malaysia. Located at Cameron  Highlands Pahang is the best keep secret about hidden treasures in Cameron Highlands you never imagine existed. Just pay RM 5.00 for adult and RM 3.oo for child. More than 1000 artifacts on display. Open 9.00am -6.00 pm.


What we can get from it the experience the rustic cham of a unique meseum that captures the spirit of the malaysian life. View a treasure  trove of heartwarming artifacts taht depict life  asit live then. Behold rare nostalgic photographs revealing the history and significant milestones of cameron Highlands

Truly a journey back in time not to be missed.

J Card Day MV

Lisa Amin

Fuhh berduyun manusia shopping dan terus shopping. Memang giler punya shopping orang la bukan empunya diri. Ini pun hari biasa klu hari cuti tak tau la. Mau sendat dalam Jusco kot.

Agendanya hari ini hanyalah menonton Narnia bersama M, N & L 3 sahaja. Macam biasa la mencari parking memang satu masalah di MV.Memang masalah atau kami jarang bernasib baik, pernah sehingga keluar dari parking dan masuk semula. Semata-mata untuk mencari parking terutamanya jika keadaan mendesak dan waktu semakin suntuk. aduh sesak giler.


Sebaik selesai menonton kami menyibuk bersama orang ramai angkat, cuba dan letak balik barang bersama ribuan manusia yang lain. Saja tengok tengok dan cuba-cuba. kali ni si M pulak yang gila membeli selepas saya sudah gila membeli seminggu sebelumnya. Sudahnya saya dan si N melepak diluar sambil menikmati ubi keledek kegemaran kami.


Kami meneruskan agenda untuk makan malam dan di kedai makan berhampiran UM memang boleh tahan dan kedai yang sekian lama sudah terpahat di minda saya sejak pertama kali menjamu selera bertahun dahulu. Kedai ni boleh tahan dan ada bintang yang tersendiri.

11 December 2010

Ronda-Ronda Bangi

Lisa Amin



Setelah sekian lama tidak mengila............ "mengila"  masih terkenag pada kes tolak NAT sebab terlebih ronda mujur ada si gagah perkasa menbantu kalau tak mau la balik jalan kaki. Gila punya kerja dari Peratuan ke down town kajang, kemudian ke McD menghampiri 4 pagi bersamaan  merempit.

Merempit tak hingat dunia bersama NAT  sampai kering petrol konon boleh pergi LONDON lagi. Menikmati makan hingga tak terlarat. Itulah aktiviti malam yang kadang-kadang tak terima oleh akal.Team merempit ni ada cik Naz, Ros, Mk dan lisa.
Tapi malam ni kami berdua cahaja bersama cik Naz.


Seperti biasa bermula dengan makan malam kemudian cuci-cuci mata dan disudahi dengan makan larut malam.

06 December 2010

Dipergunakan atau langsung tidak berguna????

Lisa Amin



Ayat ni menjadi tajuk rencana Dr Mohd Ridhuan Tee dalam utusan malaysia  5 Dis 2010 dan saya benar-benar suka ungkapan tersebut. Walaupun salam rencana ini beliau memperjelaskan yang sudah diulang berapa kali bahawa beliau bukan  memenagkan melayu tapi cerita tersebut tidak pernah berakhir. Katanya beliau tidak pernah dipergunakan oleh orang melayu apa tah lagi oleh UMNO.Apa yang diseru adalah orang melayu islam bersatu  atas nama islam sebagai pembentuk perpaduan.

Katanya fikir punya fikir elok juga dipergunakan. Sekurangnya-kurangnya kita dapat merasa diri kita berguna. Dari pada tidak dipergunakan menunjukan diri kita langsung tidak berguna.

Misteri KKM UKM & Cuti Semester

Lisa Amin


Pertama sekali bila cuti dah semestinya KKM ni sunyi dan sepi...................... dari dipenuhi pelajar beribu orang kini tinggal sekitar  belas orang yang menghuninya dan terasing dari mereka yang lain. Biasanya saya akan tunggu KKM ini ditinggalkan oleh semua pelajar dalam seminggu 2 lepas tu baru saya akan melungkan masa untuk bercuti. Memandangkan kali ini permulaan cuti bersamaan dengan hari raya haji. Maka saya terpaksa meninggalkan KKM lebih awal. Setelah lebih 2 minggu baru balik ke KKM.

Tiba-tiba saya merasa sunyi dan sepi............... seram............... malam pertama ketika sampai saya dapati Blok 15 ni suram...........................surammmmmmmmmmmmmm sangat. Ketika melenakan mata bunyi anjing menyalak sayup-sayup kedengaran. Adoiiii mencairkan iman sungguh..... tutup mata dan teruskan tidur. Bunyi anjing menyalak ni tidak lah seseram bunyi selipar basah dan bunyi pintu dibuka dan ditutup ketika hari melewati pagi dan diketahui bahawa blok di sebelah memang tidak berpenghuni semester ini.Huhuhu

Malam kedua hujan mencurah-curah adoi seram sejuk tidak mengapa berfikiran positif kita berkongsi rung yang sama. Hehehehe apabiladi masukan dlm facebook ada pulak yang menyakat......... kurang asam betul..............

Lepas tu dah ok dah tak kisah tak rasa sunyi dan suram pun.  Semua cam biasa kan dah kata takut sebab tak biasa......... tapi misteri yang terakhir  adalah................ kucing hitam yang duduk melepak atas tempat basuh baju............... cam mana la kucing ni boleh naik atas tempat yang tinggi tu???? ok tak pe aku tumpang guna bilik air jer jgn nak jerkah-jerkah aku pulak. Dan kucing hitam tu tak bergerak atau berbunyi sikit pun aku tengok dia dia tengok aku. Orang kata kalau kita jumpa benda n rasa tak sedap hati jgn tegur .........ya la........... aku berlalu tanpa menoleh ke belakang lagi........ hari ini toilet berbau sangat la wangi.............
kenapa??????

03 December 2010

Minggu Lepas, Minggu Ini dan Minggu Depan

Lisa Amin



Setiapa tahun ini la yang ku alami. Dalam dilema semuanya mahu tapi terbatas waktu. Musim cutu sekolah musim menyatukan cinta dan meraikan cinta. Bagi mereka yang sedang dilamun cinta bulan Disember menjadi bulan pilihan  untuk melangsungkan perkahwinan. Cuti sekolah senang nak himpun saudara mara.

Dan bagi saya mendapat undangan 2 atau 3 kenduri dihari yang sama dan dikenali bukanlah mudah untuk membuat pilihan. Mau pergi kemana ya. Siapa yang lebih utama??? tahun lepas dalam kecoh-kecoh orang kawin saya memlih untuk tidak menghadirnya dan pergi bercuti ke Cameron Highlands.

Tahun ni jadual cuti saya tercepat sedikit............ sudah pergi.  Minggu lepas sempat menghadiri perkahwinan siti aminah dan iskandar. Pasangan yang berkenalan sejak dari zaman sekolah lagi akhirnya ,menyatu cinta mereka ke jinjang pelamin pada  28 Nov 2010. tidak bercadang untuk pergi kerana dijadualkan untuk berangkat pulang ke bangi setelah bercuti 2 minggu. Tapi di pelawa oleh fadzlina dan juga fadzly. Jumpa ini di pekan sari damak dan menjawab tidak merancang untuk pergi sebab dah nak balik. Jumaat hari yang sesuai untuk menunaikan janji yang tertanggu kepada fadzly buat laksa. Hemm dia pun ajak pergi dan berjanji nak hantar balik ke jerantut. Maklum la sejak bas tak de ni semua pun aku susahkan, akak, kak azi dan abg zama nak jemput dan hantar ke jerantut. Akhirnya pergi la juga.

Minggu ni pulak kawin azura 5 Dec 2010 memang nak pergi dah lame tak jumpa  rakan yang lain.  lagi pun dekat dengan umah abg zama. Senang nak buat perkiraan. so tengah pikir nak balik ke tak ni. Kalu balik bila nak balik sini. Ingat nak balik kg smapai kenduri kak munah. Tapi minggu depan nak pg tgk Henry poter dengan umi n kak maz so tak leh cuti terus.

Jadi minggu ni nak balik ke tak???????????

Pizza Hut Jerantut

Lisa Amin

Tak sangka lepas KFC piza yang menyusul untuk menjadi lokasi makanan segera terbaru. Ku fikir McD maklum la Pizza ni mahal skit. Tapi untung la orang jerantut tak payah pergi temerloh nak makan pizza. Sambuta sangat lah mengalakan beratur  nak tunggu giliran..............

Sepanjang cuti ni selama 2 minggu untuk hari raya sempat la kau pergi 2 kali. Pertama kali dengan kakak ku dan anak-anak saudara ku yang katanya semua tak permah makan pizza yang bertali. Semuanya pernah makan pizza sejuk jer.

Kali ke-2 belanja akak n mak cu makan pada 27 nov 2010 RM 53.59 makan be-3 pun lebih kurang jer kali pertama RM 150 ++++

Jom wayang@ movie

Lisa Amin

Apa yang sudah

  1. Volverine
  2. Ice Age 
  3. T- Form 2
  4. Salt
  5. W- horse
  6. Susuk
  7. Bedstory
  8. Histeria
  9. Slumdog Millionaire
  10. Magika
  11. S-Worrior
  12. Narnia

Buku Itu nyawaku

Lisa Amin

Buku itu nyawaku sesuai ker dengan tajuk ni. Sesuai kot aku sayang buku ni lebih dari benda lain..... kopak duit pun tak pe janji dapat. Kalau tak, aku tak kan habis kan RM189.90 untuk sebuah buku. Sebuah ko, mahal tu.Walaupun kawan aku tak bagi beli aku beli juga bila aku pergi seorang. Degil........ Buku DIANA.



Buku yang paling tebal aku ada adalah buku Bukan Puteri Lindungan Bulan dah lame juga aku beli buku ni................ page dia 2000 ++++++



Buku bersiri yang paling aku sayang siri Yoyo macam popularnya buku Ahadiat Akasah lagenda budak setan cam ni la buku tu............



Buku novel pertama yang aku baca. Buku ni ada kat umah aku masa aku kecik dan tak tau datang dari mana sampai sekarang elok lagi.............. Selendang sutera.



Buku yang paling aku suka baca sampai boleh hafal ada 3 jer iaitu Teguh, Donia dan bermadu dalam cinta...............



Yang lain-lain tu biasa-biasa jer, tapi aku suka semua.............

MAHA INTERNATIONAL 2010

Lisa Amin


 Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism International Show 2010

Ini merupakan tahun ke 2 ia dilawati penat boleh tahan. tahun lepas langsung tak de peluang nak naik train. Tahun ni siap boleh  meronda lagi naik train. sampai sesat-sesat tu la malas sgt nak tanya main naik jerr. Mujur orang tak ramai n tak de barang nak berat nak dibawa huhuhu.............. kalau tau campur sesat tu mau terharu juga rasanya.


tahun ni sama juga cam tahun lepas hujan lebat mencurah-curah dan masa ni la kami akan melepak dalam dewan besar. tu adalah satu kebaikan MAHA ni. Walaupun ia luas dan besar ada satu ruang yang dijadikan tempat solat dan berehat bagi makci-makcik pakcik-pakcik dan kakak-kakak yg bawak anak boleh la dok rehat kat sini. Sebab ia berdekatan dengan tempat makan dan produk pameran IKS.



Tau lepas pergi dengan kak maz je. Tahun ni pergi dengan Siti, Zuha n Kak Maz Meriah sikit. Tahun ni pergi dari kul 12 tengah hari sampai kul 7 malam. Banyak lagi yang kami tak pergi jelajah. tengok mane yang jumpa jer. sebelah petang pulak hujan mencurah turun cam nak banjir.  Lepas tu sambung pergi makan dekat kul 10 sampai bilik. Penat yg teramat sgt terus tido je lepas tu.


Sempat juga habiskan duit heheheh aku beli ketupat mini faizah dah rempah faezah dan young tau fu . Dan macam biasa la klu masuk tempat IKS semua nya nak rasa sampai kenyang la. Yg paling menarik sekali tahun ni adalah tempe bersalut tepung. cam rasa nugget jer.

Cerita Zaman Kanak-Kanak

Lisa Amin

Bila ada buku hidup akan jadi lebih meriah......................   ini merupakan buku koleksi masa kanak-kanak. Masa sekolah rendah kot setipa satu berharga RM 2.50 murah kalau nak dibandingkan nilai duit sekarang. Tapi masa dulu mahal tu.  Ini merupakan koleksi penyiasatan siri salmah yang berwarna merah, siri hadi yang warna biru dan siri penyiasat kecil. Masa dulu aku tak pernah perasan koleksi ni di terjermah dari buku bahasa inggeris. Semuanya ok jer.

Tapi bila dah tua cam ni bila baca balik baru la aku rasa nak komen macam-macam benda. Rasanya sekarang aku perasan banyak kelemahan buku ni. Terjemahan dia pun tak la ok sangat. Berbelit-belit dan agak keterlaluan kerana nak sesuaikan dengan budaya melayu. Patut la bila baca ada banyak ayat yang aku rasa cam pelik jer bunyinya. Konon la kan.... kecik dulu tak kira apa hentam jerrr................ tapi walauapa pun aku sayang buku-buku ni. Kalau ada jual sekarang aku mesti rasa nak beli sebab ia bersiri dan ada byk episod. Baru la lengkap koleksi aku ni. Buku ala penyiasantan ni aku suka cam detektif la konon.