Lisa Amin
Ayat ni menjadi tajuk rencana Dr Mohd Ridhuan Tee dalam utusan malaysia 5 Dis 2010 dan saya benar-benar suka ungkapan tersebut. Walaupun salam rencana ini beliau memperjelaskan yang sudah diulang berapa kali bahawa beliau bukan memenagkan melayu tapi cerita tersebut tidak pernah berakhir. Katanya beliau tidak pernah dipergunakan oleh orang melayu apa tah lagi oleh UMNO.Apa yang diseru adalah orang melayu islam bersatu atas nama islam sebagai pembentuk perpaduan.
Katanya fikir punya fikir elok juga dipergunakan. Sekurangnya-kurangnya kita dapat merasa diri kita berguna. Dari pada tidak dipergunakan menunjukan diri kita langsung tidak berguna.
Perjalanan Takdir
Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan
Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.
06 December 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment