Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








20 December 2010

Ketibaan Yang belum tiba......................

Lisa Amin

Walaupun saya tak naik pesawat selalu tapi biasanya bila saya menaiki pesawat semunya berjalan lancar. Sebaik sahaja pesawat AK710 selamat mencarat di LCCT saya dengan gaya lemah gemalai memulakan langkah untuk turun. Berada di hujang perut pesawat menjadikan saya antara mereka yang terakhir turun. Seperti selalunya pesawat ini berada di penghujung garisan dah nak sampai ke pagar. Perlu menapak jauh ke ke bangunan terminal dan melepasi pihak kastam. Hemmm proses biasa yang sememangnya biasa-biasa aja.

Proses biasa yang sememangnya biasa-biasa aja adalah mendapatkan bagasi. Dan biasa seperti yang biasa-biasa saya juga akan pergi ke washroom dulu sebelum mengambil bagasi. Tambahan pula bagasi baru sahaja tiba.  Sekembalinya dari washroom dengan penuh bersemangat nak mendapatkan bagasi. Malangnya hanya beberapa bagasi sahaja yang tinggal. Beg sandang merah saya tidak kunjung tiba.

Huwaaaaaaaaaaaaaa mane beg ku............... beg merah kelabu. Walaupun tiada apa yang sangat lah berharga dan beg itu sudah pun kusam warna nya, tapi ia beg ku dan sayanggggggggggggggg.  Memang tiada barang yang berharga kecuali pakaian kotor. Yang berharga sedikit adalah pengecas telefon dan kamera. Sebalik sahaja selesai membuat aduan di kaunter perkhidmatan  lost n found dengan sayunya saya melangkah ke luar.

Menikmati McD yang biasanya kami lakukan sebalik sahaja mendarat menanti kenderaan untuk meneruskan perjalanan balik ke rumah. 11 disember 2010 yang menjadi memori. Mujurlah saya mampu bertenang dan mood baik. Almaklumlah balik bercuti kata orang dan tiada barang yang lebih penting dan penting untuk dikenang.

Walaubagaimanapun AirAsia berjaya mengembalikan beg saya dalam tempoh masa lebih kurang 6 jam sahaja dan ia dihantar terus ke kediamam saya. Terima kasih Airasia

No comments: