Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








03 December 2010

Cerita Zaman Kanak-Kanak

Lisa Amin

Bila ada buku hidup akan jadi lebih meriah......................   ini merupakan buku koleksi masa kanak-kanak. Masa sekolah rendah kot setipa satu berharga RM 2.50 murah kalau nak dibandingkan nilai duit sekarang. Tapi masa dulu mahal tu.  Ini merupakan koleksi penyiasatan siri salmah yang berwarna merah, siri hadi yang warna biru dan siri penyiasat kecil. Masa dulu aku tak pernah perasan koleksi ni di terjermah dari buku bahasa inggeris. Semuanya ok jer.

Tapi bila dah tua cam ni bila baca balik baru la aku rasa nak komen macam-macam benda. Rasanya sekarang aku perasan banyak kelemahan buku ni. Terjemahan dia pun tak la ok sangat. Berbelit-belit dan agak keterlaluan kerana nak sesuaikan dengan budaya melayu. Patut la bila baca ada banyak ayat yang aku rasa cam pelik jer bunyinya. Konon la kan.... kecik dulu tak kira apa hentam jerrr................ tapi walauapa pun aku sayang buku-buku ni. Kalau ada jual sekarang aku mesti rasa nak beli sebab ia bersiri dan ada byk episod. Baru la lengkap koleksi aku ni. Buku ala penyiasantan ni aku suka cam detektif la konon.

No comments: