Lisa Amin
Hari ni dalam beberapa jam sahaja lagi seluruh warga bumi akan meraikan new year @ tahun baru. Setahun sudah berlalu esok januari akan muncul kembali dengan peristiwa yang tidak pernah kita jangka kan. Mungkin juga sebaik sahaja selesai menyambut tahun baru ada yang telah meninggalkan kita dan berhijrah ke alam fana.
Bagi saya tahun 2010 yang telah dilalui berakhir dengan selamat tanpa ada pekara yang terlalu mendukacita kan atau sukacita. Semuanya biasa-biasa aja dan ternya ia tersasar jauh dari impian saya. Kerana semua berakhir dengan begitu saja tanpa ada yang membuatkan saya benar-benar terharu. Sebegitu lama saya menunggu dalam hidup saya akhirnya saya tahu apa yang telah berlaku, kepada saya sepanjang tempoh tersebut. Syukur kerana diberi nafas hingga ke hari ini. Walaupun tidak terjangkau oleh saya sekurangnya saya tahu apa yang telah berlaku.
Jadi sempena tahun baru ini saya memang tiada idea atau azam yang saya mahu laksanakan kerana saya telah mengharungi tahun 2010 denagan begitu sahaja. Jadi saya sudah penat dengan tahun-tahun sebelumnya dan saya kira tahu 2011 bukanlah tahun yang perlu saya tetapkan matlamatnya, kerana penat saya mengakhiri 2010 ini belum berakhir. Bukan tidak teruja menyambut 2011 tapi biarlah ia berada salam mood biasa sahaja. Saya belum bersedia memburu mana-mana tahun pada kehadapan ini seperti saya memburu tahun 2010.
Saya mengku bahawa saya tidak melakukan apa-apa untuk menjadikan tahun 2010 ini bersinar seperti yang saya impikan. Kerana siapa pun tahu impian tanpa usaha tak akan kemana. Jadi inilah sebab saya tidak merasa tertekan dengan kegagalan 2010. Dan selagi saya tidak bertekat saya mahu biarkan hidup saya bebas, bebas untuk melakukan apa yang saya suka, tiada tekanan dan tiada beban. Bertahun saya memikul beban 2010 akhirnya saya lepaskanya dengan perasaan lega. Dan saya berdebar mentikan hari-hari yang seterusnya. Begitu banyak persoalan dan saya tiada jawabpanya...............
Perjalanan Takdir
Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan
Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.
No comments:
Post a Comment