Lisa Amin
Fuhh berduyun manusia shopping dan terus shopping. Memang giler punya shopping orang la bukan empunya diri. Ini pun hari biasa klu hari cuti tak tau la. Mau sendat dalam Jusco kot.
Agendanya hari ini hanyalah menonton Narnia bersama M, N & L 3 sahaja. Macam biasa la mencari parking memang satu masalah di MV.Memang masalah atau kami jarang bernasib baik, pernah sehingga keluar dari parking dan masuk semula. Semata-mata untuk mencari parking terutamanya jika keadaan mendesak dan waktu semakin suntuk. aduh sesak giler.
Sebaik selesai menonton kami menyibuk bersama orang ramai angkat, cuba dan letak balik barang bersama ribuan manusia yang lain. Saja tengok tengok dan cuba-cuba. kali ni si M pulak yang gila membeli selepas saya sudah gila membeli seminggu sebelumnya. Sudahnya saya dan si N melepak diluar sambil menikmati ubi keledek kegemaran kami.
Kami meneruskan agenda untuk makan malam dan di kedai makan berhampiran UM memang boleh tahan dan kedai yang sekian lama sudah terpahat di minda saya sejak pertama kali menjamu selera bertahun dahulu. Kedai ni boleh tahan dan ada bintang yang tersendiri.
No comments:
Post a Comment