Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








22 February 2011

Buat Mereka Yang Telah Tiada

Lisa Amin



Al Fatihah buat mereka yang telah tiada..... seperti post yang sebelum ini tahun baru ini begitu bayak mereka yang telah pergi yang telah pergi menghadap pencipta NYA. Hari isnin bersamaan denagn 21 Feb 2011 lagi satu berita kematian yang di dengari. Semua manusia akan pergi mengadapNYA tapi kita bila?

Baru- baru ini saya membasuh semua koleksi kain sembahyang saya. Tak sangka banyak juga rupanya, ada 4 kesemuanya dan apabila melihat ke ampaian saya terfikir kenapa saya membasuh kesemuanya sedangkan saya hanya guna 1 sahaja pada setiap masa. Ada juga fikiran nakal saya menjelma "aku ni dah nak mati agaknya" maru agaknya. Saya juga sempat membelek kain telekung yang di hadiahkan oleh rakan saya dari Pakan Baru Indonesia. Cantik Betul kain kapas bercorak timbul dan bersulam unggu dan sulamnya mempunyai 2 tone warna. Cantik dan kemas buatanya. Terima Desma..........

No comments: