Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








27 February 2011

Scrub Di Bilik Mandi Sendiri

Lisa Amin



Saya suka scrub.......... kalau banyak duit boleh la berkunjung ke spa yang sedia ada di luar sana. Tapi bagi yang kurang mampu seperti saya kita boleh melakukanya sendiri di rumah dengan menggunakan bahan yang ada dari dapur kita sahaja. Ini kerana banyak bahan masakan dari dapur kita mempunyai khasiat yang tersendiri. Bahan-bahan untuk spa ni boleh menggunakan bahan kitar semula dari bahan dapur sahaja.

Saya jarang bazirkan bahan seperti hampas teh, hampas buah untuk buat jus seperti lobak dan oren. Sisa bahan ini akan saya gunakan untuk dijadikan scrub bagi melicinkan kulit. Jika mahu menggunakan bahan seperti ini jangan tambahkan gula dalam bahan tersebut. Jika mahu menggunkan teh dapatkan pati teh dahulu selepas ditapis baru diletakan gula. Begitu juga bagi membuat jus, jangan campur gula ke dalam buah-buahan tersebut.

Biasaya saya akan membuat spa di bilik mandi sebulan sekali sekurangnya dengan menggunakan bahan scrub yang dijual di pasaran. Kadang-kala saya menggunakan bahan lain seperti teh atau hampas dari buah-buahan yang dibuat jus. Tapi hari ini saya gunakan kopi sebagai bahan. Wah hasilnya sungguh menakjubkan, seperti yang saya mahukan kulit menjadi licin dan lebih lembut. Macam putih sikit pun ya........ heheh perasan.

Tapi saya sungguh selesa kerana kulit saya kurang sesuai dengan scrub yang terjual dipasaran kerana berasaskan minyak. Sebab itu saya gunakan bahan sendiri cuma kadang kala saya guna scrub jenama bunga tanjung. Memang kulit menjadi seperti yang didamkan tapi baunya..... Fuh tak boleh tahan sebijik macam bau jamu. Kadang kala saya rasa orang di sekeliling juga dapat menghidu bau tersebut. Sehinggakan peluh juga akan berbau seperti jamu sehingga 2 hari. Jadi tidak sesuai untuk digunakan selalu. Cuma hasilnya memang memuaskan.

Hari ini saya cuba bahan baru iaitu kopi................. dan sungguh tidak disangka hasilnya seperti saya menggunakan scrub bunga tanjung. Saya benar-benar suka walaupun sebenarnya saya cuma cuba-cuba sahaja. Jadi selamat tinggal scrub yang berbau jamu............

No comments: