Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








25 February 2011

Terima Kasih Atas Utusan Allah Ini..............

Lisa Amin



Terima Kasih............ Bagi saya sebagai ucapan mengambarkan syukur kepada ilahi. Terima Kasih yang disulami dengan rasa bahagia dan sebak itu apa maknanya. Mungkin juga ia satu perasaan emosi yang tidak terungkap kerana ia telah di kunci dari dalam. Supaya tiada siapa pun mampu menghampirinya apatah lagi membuka nya. Ia sebuah pintu yang terkunci dengan pin berkod. Jika gagal memasukan formula yang betul ia mungkin akan terus terkunci dan langsung tidak terbuka.

Pic pelik bagi saya kerana ia terjadi dengan sendiri???
Kenapa Pic yang dihasilkan terjadi seperti ini?


Hari ini saya yang serba aneh ini bagaikan telah memberikan pengiktirafan  kepada seseorang, sebagai utusan allah kepada saya. Kerana jika saya kesana dan bersamanya dunia ini akan dbertukar sebagai sebuah tempat yang saya rasa tidak ada kecewa melain harapan tiada sedih melainkan bersyukur. Mengangkat seorang masuk kedalam hati dan fikiran saya bukan nya mudah. Orang itu perlukan keistimewaan yang benar-benar luar biasa melainkan mereka insan terpilih. Hanya insan terpilih ini mampu membutakan mata saya dan menerima segala ketidak sempurnaan manusia. 

2 comments:

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

akak xroger pon??

Lisa Amin said...

Roger apa plk ni?
hang jgn buat andaian...........