Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








13 February 2011

Rumah.......... Telah Di Angkat



Lisa Amin





Pertama kali dengar tapi macam tak pecaya tahun 2011 ni ada lagi peristiwa sebegini dilakukan. Kalau zaman dahulu kala mungkin pernah dengar bukan biasa dengar. Tapi pada zaman serba moden dan maju ni cerita angkat rumah ni macam cerita ajaib la pulak.



Pecaya atau tidak rumah yang kita tinggal ni boleh diangkat dan dipindahkan macam rumah mainan pulak. Tapi buka semua jenis rumah boleh diangkat. Biasanya rumah lama dan bertiang sahaja yang diangkat oleh orang. Proses mengangkat ruamah ni memerlukan kerjasama dan berpuluh orang untuk menjayakanya. Dan seumur hidup saya ini lah pertama kali saya menyaksikanya.

Peristiwa ini berlaku semasa tahun baru cina baru-baru ini. Rumah Pak Andak Udin dan Mak Andak Nor yang dalam proses pembinaan ruamh batu. Mahu dirobohkan rumah lama terasa sayang, maklum lah masih cantik lagi. Boleh juga diguna sebagai stor jika tidak dijadikan rumah. Lalu diputuskan untuk memindahkan rumah lama ini ke satu tapak lain. Maka pada hari kejadian bergotong royong la penduduk kampung berau dan kawasa sekitarnya untuk mengangkat rumah ini. Saya tidak ketinggalan untuk turut serta menjadi penonton.  Tak penah tengok hehehe .....

No comments: