Perjalanan Takdir


Hari ini satu kepastian,
Hari semalam telah menjadi peristiwa,
&
Hari esok menjadi persoalan

Bagi saya tidak kira apa yang berlaku pada hari semalam, hari esok mahupun hari ini, perjalanan takdir ini telah ditentukan ia perlu diteruskan dilandasanya tanpa rasa sesal. Setiap insan punya kisah yang tersendiri.Hidup ini biar penuh emosi dan penuh warna, tanpanya kehidupan ini ibarat sebuah graf mendatar tanpa getaran irama malah pudar warnanya. Saya percaya tiada yang sempurna di dunia ini. Terimalah apa adanya sebagai tanda kita manusia biasa.








22 February 2011

Festival Sukan Antara Blok

Lisa Amin



Festival Sukan Antara Blok Kolej Keris Mas UKM, Bangi wah memang meriah FESKEB yang pertama kali diadakan hadiahnya banyak sekali. Hampir 100 hamper ditawarkan kepada peserta yang menyertai pertandingan ini.  Semua Blok Kediaman perlu menghantar wakil bagi setiap acara yang di pertandingkan iaitu
  1. Bola Tampar
  2. Bola Jaring
  3. Bole Keranjang 
  4. Futsal
  5. Badminton
  6. Congkak
  7. Dam
  8. Batu Seremban

 Selain dari itu ada juga hadiah yang ditawarkan untuk juara keseluruhan, Blok paling sporting dan Penyokong paling ceria.Pendek kata hadiah nya memang berbaloi baloi.Cuma penyokong sahaja yang kurang hanya pemain yang berhempas pulas berlawan sedankan yang lain hilang entah kemana. Dimana salah silapnya tidak dapat dipastikan... Mungkin pelajar sekarang lebih suka belajar dari terlibat dengan aktiviti yang dijalankan di luar bilik.

Kali ini blok 15 berjaya menjadi johan untuk bola jaring dan tempat ke2 dalam acara badminton........  TAHNIAH kepada semua pemain yang menyumbangkan tenaga dalam acara sukan blok ini.

2 comments:

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

tahniah! kalau wani stay blok 15 lg mesti da bole menang..hehe

Lisa Amin said...

Ya la.......... tu la sape suruh pindah blok..... heheh